5
WAWANCARA ANGKASA
Banteras Pemalsuan & Penyalahgunaan Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA Laporan Oleh : Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA
S ejak akhir ini (khususnya semasa PKP/PKPB), terdapat beberapa syarikat dan pihak tertentu telah memalsukan Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA dengan tujuan mengaburi mata orang awam dan koperasi untuk mengaut keuntungan dengan cara menipu prospek untuk membuat pelaburan. Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA adalah satu inisiatif yang telah dilaksanakan sejak tahun 2017 oleh Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA dan mendapat mandat daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selaku Konsultan Syariah Luaran Koperasi seiring dengan Garis Panduan (GP) 28, Bahagian B, No. 5C.
Berdasarkan garis panduan yang di- berikan SKM, ANGKASA bertanggungjawab memberikan perkhidmatan Pematuhan Syariah dan mengeluarkan Sijil Pematuhan Syariah kepada produk, aktiviti atau transaksi koperasi sahaja. Menerusi pemilikan sijil tersebut, koperasi mampu menambah keyakinan anggota dan orang ramai untuk melakukan transaksi dengan koperasi, bebas daripada sebarang unsur riba, syubhah, gharar, maisir dan sebagainya di samping menerapkan syariah Islam kerana setiap pembayaran yang dibuat kepada koperasi bukanlah semata- mata untuk mendapat keuntungan duniawi semata-mata. Setakat 29 Mei 2020,
terdapat empat buah syarikat yang telah dikenal pasti memalsukan sijil Pematuhan Syariah ANGKASA iaitu KMA Trading Sdn. Bhd., Hijarath Traders Sdn. Bhd., Ruhannas Forex Sdn. Bhd. dan FXDAX Private Investment. Usaha sedang giat dilakukan untuk membanteras kegiatan jenayah ini. Sebagai contoh, pihak ANGKASA telah membuat laporan polis, laporan polis jenayah komersial, terbitan di media sosial, media cetak dan lain-lain untuk memastikan ia dapat dibanteras habis- habisan. Sebagai info, sepanjang 2016 hingga 2019, sebanyak 359 organisasi dan koperasi di seluruh Malaysia telah dianugerahkan Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA yang diperakukan oleh SKM. Diharapkan dengan penyenaraian ini, masyarakat awam/ koperasi dapat menyemak terus kepada
DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA
ANGKASA untuk memastikan kesahihan sijil yang disogokkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Usaha pengukuhan dan pemastian ‘kekebalan’ sijil serta integriti pengurusan dan pembangunan sijil ini terus dijalankan, antaranya termasuklah langkah-langkah berikut: 1. Tadbir urus baik - Laporan & Perbin- cangan dengan SKM, SSM dan Pelbagai Pihak Berkepentingan. 2. Kekebalan ‘Sijil’ - ‘Watermarks’ dan Kualiti Sijil. 3. Integriti - Siasatan Dalaman & Tindakan Undang-Undang. Sebarang keraguan boleh menghubungi Unit Pematuhan Syariah, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA di talian +603-78846613 bagi mendapatkan maklumat dan membuat semakan mengenai pengiktirafan Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease