WADAH PELANCAR EDISI JUN 2020

7

RENCANA

pendamik Covid-19 mengakibatkan sumber kewangan perniagaan menjadi terhad dan terbatas. Keadaan ini menyebabkan berlakunya kesulitan kewangan pada belanjawan dan latihan dalam organisasi. 3.3 Sumber Bahan Mentah Sumber bahan mentah pula akan menjadi terhad malah akan berlaku rencatan pengeluarannya akibat dari penularan wabak Covid-19. Ini adalah kerana pihak pembekal tidak dapat membekalkan kepada pembeli kerana operasi terpaksa dihentikan serta merta bagi mengekang penularan wabak tersebut. Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan lagi menyukarkan pengeluaran sumber bahan mentah tersebut. 3.4 Sumber Teknologi COVID-19 menyerang tanpa mengira darjat, kaum, agama atau sempadan negara. Malapetaka ini memberi impak sangat besar kepada dunia perniagaan. Di Malaysia, seperti dianggarkan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), lebih 2.4 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan disebabkan ketidakupayaan majikan membayar gaji dan banyak syarikat terpaksa menamatkan perniagaan. Akan tetapi dengan adanya sumber teknologi perniagaan Teknoprenur. Teknoprenur mempunyai banyak kelebihan berbanding pesaing yang tidak berasaskan teknologi. Kelebihan ini adalah aset paling besar dalam mengekal dan menstabilkan perniagaan. Justeru, COVID-19 akan memberi ‘kelebihan’ kepada teknoprenur dalam tiga perkara, iaitu peningkatan

kesedaran masyarakat terhadap kepentingan produk berasaskan sains dan teknologi, penggunaan internet benda (IoT) serta melaksanakan inovasi berasaskan ekonomik ( frugal innovation ). 4. Kesimpulan Secara keseluruhannya, apa yang boleh diperkatakan tentang kesan atas isu-isu semasa seperti penularan wabak pendamik Covid-19 ke atas keusahawanan PKS dan koperasi di negara ini adalah dimana ia boleh memberi kesan negatif dan positif juga. Kesan negatif yang kita boleh lihat adalah seperti berlakunya pembelian panik oleh masyarakat pada perniagaan yang mengakibatkan kehabisan stok barangan, penyebaran berita palsu tentang Covid-19 yang menyebabkan masyarakat dalam komuniti terkena risiko panik yang menjadi huru-hara dan tidak ketentuan. Selain daripada itu, kesan yang teramat besar menurut Bank Dunia adalah dari segi ekonomi negara dimana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan menguncup di antara 0.1 peratus hingga 4.6 peratus tahun ini berikutan kesan buruk yang ditimbulkan wabak COVID-19. Ia juga akan terkesan ke atas pelaburan langsung asing (FDI), komoditi dan pelancongan selain kejutan domestik susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Unjuran ini dilakukan adalah kerana kebanyakan PKS di Malaysia merupakan antara perusahaan yang amat berkaitan dengan rantaian bekalan global. Manakala kesan positif adalah di mana keupayaan prestasi sesebuah perniagaan PKS tidak lagi hanya tertumpu dengan sekadar keuntungan semata-mata. Setiap perniagaan

PKS harus mengambil kira pengalaman servis khidmat pelanggan dan menaik taraf cara operasi harian dalam mendepani ancaman virus COVID-19 masa kini. Negara kita mampu bersatu padu dalam mendepani cabaran yang mendatang akibat wabak COVID-19 ini. Ekonomi Digital boleh memberikan seribu satu peluang yang lebih baik untuk dikongsi bersama. Secara nyatanya antara solusi yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan dan syarikat perniagaan PKS adalah menggunakan Teknologi Digital seperti Produktiviti Dengan Ruang Kerja Digital, Potensi Perniagaan melalui e-Dagang, Pendigitalan Operasi Perniagaan, Senarai Penyedia Penyelesaian Teknologi, Dana untuk Syarikat Awalan ‘Startups’ dan juga Platform Kerjaya dan Kesukarelawan yang boleh diperkenalkan semasa negara sedang dilanda penularan wabak ini. Rujukan l Abdul Aziz Ab Latif, et.al. (2011) Asas Keusaha- wanan dan Pengurusan Perniagaan Kecil dan sederhana. Penerbit Universiti Malaysia Kelantan, Kota Bharu. l Geografia OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 13 issue 4 (117-125) © 2017, ISSN 2180- 2491. l Mohsein Shariff (2020): Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) https://mdec.my/digitalvscovid- perniagaan.

Normal Baharu Rangsang Ekonomi Koperasi Kredit Negara Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

P enularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) turut menyaksikan perubahan sistem atau cara bekerja bagi kebanyakan individu dan syarikat sama ada dalam sektor kerajaan mahu pun swasta. Jika sebelum ini, pekerja perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas bertahun-tahun lamanya terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar untuk menuju ke pejabat, kini rutin itu mulai berubah apabila pekerja mahu pun majikan mulai bekerja dari rumah sepanjang tempoh ini. Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai hampir semua sektor ekonomi negara kembali beroperasi mulai 4 Mei 2020 berupaya merancakkan semula aktiviti ekonomi negara. Langkah berhati-hati pihak Kerajaan membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan Prosedur Standard Operasi (SOP) ditetapkan ini dilakukan bagi memastikan aspek kesihatan diutamakan dan terjamin dalam persekitaran kerana penularan wabak COVID-19 masih merupakan ancaman yang besar kepada negara. Sektor koperasi negara seperti aktiviti Ar-Rahnu dan Koperasi Kredit merupakan antara industri yang perniagaan yang dibenarkan beroperasi. Bagaimanapun, pembukaan operasi tersebut perlu mengikut peraturan dan ketetapan yang digariskan pihak kerajaan. Garis Panduan Pembukaan Semula Ekonomi Aktiviti Ar-Rahnu Dan Koperasi Kredit ini dikeluarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sementara SOP adalah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). Garis panduan tersebut melibatkan waktu operasi perniagaan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang, manakala waktu kehadiran pelanggan adalah bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Ia melibatkan sejumlah antara 50 hingga70 peratus kapasiti pekerja.

Normal baharu ini merangkumi garis panduan yang ditetapkan meliputi:

1. Mengamalkan langkah-langkah kesihatan a. Penjarakan sosial ( social distancing ) sekurang-kurangnya satu meter, sebaik-baiknya dua meter dalam semua keadaan. b. Memakai pelitup muka ( face mask ) digalakkan setiap masa, diwajibkan dalam keadaan tertentu sama ada pekerja atau pun pelanggan. 2. Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi a. Kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer. b. Menyediakan kemudahan ini untuk pekerja dan pelanggan. c. Memastikan pembersihan ( sanitizing ) premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten, sekurang- kurangnya dua kali sehari. 3. Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan a. Memastikan terdapat protokol pemantauan penyakit dan pencegahan penularan jangkitan. b. Kesemua pekerja diperiksa setiap hari untuk mengenal pasti simptom COVID-19 termasuk pemeriksaan suhu badan. c. Di mana penjarakan sosial tidak boleh diamalkan, pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai. d. Melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19. e. Melatih pekerja untuk memantau dan bertindak sekiranya terdapat kes yang disyaki timbul.

4. Kebersihan Premis a. Proses sanitasi dan pembersihan hendaklah dilaksanakan sebelum dan selepas operasi.

5. Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan a. Aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai seperti panggung wayang, stadium bola sepak, dan kelab malam tidak dibenarkan. b. Aktiviti sukan berpasukan atau melibatkan sentuhan ( contact ) tidak dibenarkan. c. Majlis kenduri-kendara/rumah terbuka/aktiviti perayaan atau keagamaan tidak dibenarkan atau dihadkan dengan ketat.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease