MuatTurun Aplikasi Mudah Alih
PERCUMA
SEPTEMBER 2020 JILID: WP02 / 9 ANGKASACoop Peluang Perniagaan Perkhidmatan Dobi di Masjid Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI
www.angkasa.coop RM1.00
Bicara Merdeka
Sekuat mana kau melaung bersorak MERDEKA ke puncak gunung sampai ke langit tujuh suara itu tidak akan bermakna jika tanah ini orang lain punya. Sehebat mana kau berteriak laung MERDEKA sampai suaramu serak tidak akan berguna tanpa ilmu kau terus dipijak tanah dan bumi ini diinjak-injak. Segagah mana kau bertahan meneriak MERDEKA ke langit terbuka tidak akan membawa erti jika kau masih bermimpi dan tidur lagi watan ini kepunyaan orang setiap inci. Kita jangan hebat dengan laungan sedang MERDEKA sudah tidak punya erti agama, bahasa, budaya hilang identiti di tanah kelahiran kita hilang jati diri. Laungkan MERDEKA beberapa kali ketika hati, akal dan waspada diri kita tidak mudah ditipu manis janji oleh petualang penyangak licik melingkari di sekeliling kita pelbagai gaya dan rupa. Ketika kita melaungkan MERDEKA ingat di tanah dan bumi inilah pahlawan pejuang bermandikan darah di tangan kita kuasa puncak siasah mempertahankan tanah dan maruah. Tanpa mereka tanah ini tidak akan MERDEKA kita masih terjajah dengan derita parah cuba baca kembali tiap lembar sejarah laungkan MERDEKA dengan tangan terbuka jangan sesekali akal budi, tanah kita dijajah.
» Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa merasmikan An-Nazhif Laundry yang bertempat di Anjung B, Masjid Wilayah Persekutuan. khidmat mengambil dan menghantar pakaian pertama di Malaysia wajar dicontohi. Menurut beliau, pendekatan seumpama itu
A NGKASA sedia membantu setiap koperasi kariah masjid (KKM) yang ingin menjalankan perkhidmatan dobi berkonsepkan An-Nazhif Laundry dengan sokongan Konsortium Koperasi Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS). Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, sudah tiba masanya untuk koperasi masjid mengembangkan skala perniagaan secara lebih dominan bersama KONSORMAS bagi bersama-sama membantu menjana kemakmuran anggota kariah. Katanya, selain dijalankan secara fizikal, konsep perniagaan dobi secara dalam talian yang dijalankan oleh An-Nazhif Laundry iaitu mewujudkan aplikasi mudah alih menerusi
juga dilihat seiring dengan pengamalan normal baharu masyarakat yang dilihat semakin aktif dalam aktiviti jual beli secara dalam talian. Selain itu, konsep yang diketengahkan juga sesuai dengan keperluan teknologi dalam perniagaan bagi membantu mempergiatkan aktiviti ekonomi khususnya dalam perniagaan dobi milik koperasi. Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang juga Pengerusi KONSORMAS berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian An- Nazhif Laundry di Masjid Wilayah Persekutuan, 20 Ogos 2020.
AMI MASRA ANGKASA - Kelana Jaya 31 Ogos 2020 Nukilan
2
ANGKASA
» Majlis perasmian An-Nazhif Laundry telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Hadir sama di majlis tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa (kiri) dan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (kanan). Majlis perasmian itu juga turut disusuli pelancaran aplikasi “NAK DOBI”. Aplikasi servis dobi yang pertama di Malaysia itu merupakan salah satu inovasi terkini bagi memaju dan menaik taraf perkhidmatan dobi. Melaluinya, pengguna aplikasi yang memerlukan perkhidmatan dobi hanya perlu menggunakan aplikasi tersebut untuk mendapatkan perkhidmatan dobi secara terus dengan hanya membuat tempahan secara dalam talian.
» Sesi menandatangani perjanjian kerjasama perniagaan antara KONSORMAS dan MyANGKASA Mukmin bersama rakan strategik, dengan CLE Coin Sdn. Bhd. untuk mewujudkan dobi layan diri di masjid dan perkhidmatan mengambil dan menghantar pakaian. Dari kiri, Setiausaha KONSORMAS, Encik Hasnan Haji Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Mukmin, Encik Mohd Yusni Haji Ismail; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Pengarah CLE Coins Sdn. Bhd., Encik Aslam Abdullah dan Encik Shahdan Abas.
P ertemuan antara YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan saya di Parlimen
secara tidak langsung akan dapat membantu koperasi lain untuk berjaya. Saya secara peribadi ingin merakamkan penghargaan terhadap sokongan dan pandangan oleh YB Menteri dan kita akan bersama-sama mendoakan agar koperasi dapat terus bergerak secara aktif dan menzahirkan manfaat yang setimpal untuk anggota serta masyarakat. Selamat maju jaya.
kan adalah perkembangan aktiviti koperasi dalam sektor peruncitan dan pemborongan (BA100), koperasi kariah masjid dan koperasi sekolah. Dalam pertemuan tersebut, YB Menteri telah menyatakan sokongan terhadap usaha yang dijalankan selain berkongsi pandangan yang boleh membantu memperkasakan lagi gerakan koperasi melalui strategi perniagaan mengikut kebiasaan atau normal baharu masyarakat. Beliau juga berharap agar koperasi yang memiliki modal dan aset boleh meneroka bidang berimpak tinggi yang
baru-baru ini telah memberi kesempatan untuk melaporkan per- kembangan terkini program pembangunan koperasi yang telah dan sedang dilaksanakan ANGKASA. Tiga aktiviti utama yang dilapor-
Bersama Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Parlimen.
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Datuk Zulkifli Hamzah Dr. Zaharani Ahmad Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat Telefon: 03-7884 6491 E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
3
ANGKASA
Tentu Kebolehpasaran 100 Produk Koperasi dan Anggota Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Dato’ Abdul Fattah dan Dr. Mohd Azlan melihat salah satu produk sejuk beku.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya (duduk, kanan) bersama barisan panel penilaian yang terdiri daripada (berdiri dari kiri) Perunding Utama, SIRIM, Encik Khirul Salleh Marzuki; Pengurus Projek, MRM, Encik Quzailan Abdul Rahman;Perunding, SIRIM, Encik MD Yazid Miskom; Penyelidik Kanan, SIRIM, Puan Rafidah Ali dan Pensyarah Kanan Sains dan Teknologi Makanan di Fakulti Sains Gunaan, UiTM, Dr. Aida Firdaus MN Azmi.
» Sesi penilaian produk.
D alam usaha menentukan segmen pasaran yang sesuai untuk produk keluaran koperasi atau anggotanya, ANGKASA telah mengumpulkan sebanyak 100 produk keluaran koperasi termasuk anggota koperasi untuk dinilai dalam satu program khas. Program Penilaian Pengumpulan Produk Koperasi yang telah diadakan selama tiga hari bemula 26 Ogos 2020 di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya telah menjemput panel penilai yang terdiri daripada Fakulti Sains Gunaan, UiTM; SIRIM dan Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM). Produk yang terdiri daripada makanan dan minuman, pembersih rumah, ubat-ubatan dan kraftangan dinilai dari aspek kebolehpasaran produk, pelabelan, pembungkusan, bahan kandungan dan perakuan tambahan. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, program penilaian tersebut akan memudahkan ANGKASA untuk menentukan produk yang perlu ditambah baik dari aspek pembungkusan dan pensijilan melalui penyertaan Program ‘100 Product Champion’ , Program Pra ‘100 Product Champion’ dan Program Pembangunan Pensijilan Halal. “Produk yang telah mencapai tahap pembungkusan yang baik dan memiliki sijil-sijil seperti Halal,HACCP, MeSTI dan GMP, akan terus dibantu dari segi promosi supaya mudah untuk
memasuki pasaran khususnya hypermarket atau supermarket tempatan,” tambah beliau. Sementara itu menurut Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya, markah penilaian yang diberikan untuk setiap produk akan dapat membantu dalam menentukan pasaran yang bersesuaian kelak. “ANGKASA dan panel penilaian telah mengenal pasti beberapa cadangan pasaran tempatan eksport,” ujarnya. Dr. Mohd. Azlan juga turut menyarankan agar Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad dapat menjadi pembekal produk koperasi yang dirasakan mampu menarik minat pembeli. Panel penilaian terdiri daripada Pensyarah Kanan Sains dan Teknologi Makanan di Fakulti Sains Gunaan, UiTM, Dr. Aida Firdaus MN Azmi; Pengurus Projek MRM, Encik Quzailan Abdul Rahman; Perunding Utama, SIRIM, Encik Khirul Salleh Marzuki; Perunding, SIRIM, Encik Md Yazid Miskom dan Penyelidik Kanan, SIRIM, Puan Rafidah Ali. Hadir sama ke sesi penilaian tersebut ialah Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan & Pembangunan Keusahawanan ANGKASA, Haji Anuar Bulin dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
» Produk-produk makanan sejuk beku seperti ikan patin, daging salai, capati dan murtabak.
» Produk Ready to Eat dan Ready to Cook yang terdiri daripada sardin, biskut, sos cili dan kicap.
» Tudung sukan dan batik kaftan.
» Baja kompos organik buatan Koperasi Keluarga Asmara.
» Produk pembersih rumah dan penjagaan diri.
» Produk minuman.
» Produk kraftangan.
» Produk minyak masak dan beras.
4
BA100 Memperkasa Perniagaan Koperasi Sekolah
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
K operasi untuk maju
syer bernilai RM27.9 juta, aset sebanyak RM38.89 juta serta perolehan berjumlah RM421.1 juta pada tahun 2019 lalu, koperasi sekolah berupaya memainkan peranan penting membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) gerakan koperasi pada akan datang,” katanya. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian dalam ucapan perasmian Program Pindaan Undang-Undang Kecil Koperasi (UUK) & Taklimat Peruncitan BA 100 Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Selangor di Subang Jaya pada 4 Ogos 2020. Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah. Sebagai rekod, sebanyak 18 siri Program Taklimat Peruncitan BA100 Koperasi Sekolah diadakan bermula 4 Ogos 2020 hingga 23 September 2020.
Sekolah
berpotensi
besar
berkembang
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, kekuatan koperasi sekolah yang berjumlah 2,441 buah seluruh negara itu dilihat mampu melonjakkan perniagaan peruncitan menerusi platform BA100 yang diperkenalkan ANGKASA. Katanya, ANGKASA akan terus mengambil langkah pro- aktif mempergiatkan usaha menjayakan Program BA100 ini yang telah diiktiraf Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) sebagai Program Nasional. “Dengan keanggotaan seramai 1.6 juta anggota, yuran menerusi perniagaan peruncitan melalui Program Pembangunan Perniagaan ANGKASA.
» Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik menyampaikan Sijil Pendaftaran Pembelian Program BA100: JIMATBIZ kepada wakil koperasi sekolah di Negeri Sembilan. Turut sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (kiri sekali).
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah menyampaikan Sijil Penghargaan, plak dan hadiah kepada guru Koperasi SMK Batu 3 Bandar Baru Bangi Berhad yang telah melanggan di bawah Program BA100.
5
» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa (dua dari kiri) menyerahkan Sijil Penyertaan Program BA100 kepada peserta. Turut sama ialah Timbalan Pengerusi JPAN Pahang Zon 2, Tuan Haji Mohamad Norzari Yahya (kiri sekali) dan Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Alias Yoop (dua dari kanan).
» Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 3, Encik Abi Hurairah Ahmad (dua dari kiri) menyerahkan Sijil Penyertaan Program BA100 kepada salah seorang peserta. Turut sama ialah Ahli JPAN Pahang Zon 3, Hajah Rokiah Zamzam (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Bahagian Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki Ismail (kiri sekali).
» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kiri) menyampaikan Sijil Pendaftaran Pembelian Program BA100: JIMATBIZ kepada wakil koperasi sekolah di Wilayah Persekutuan. Turut kelihatan ialah Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin (kiri sekali) dan Timbalan Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Haji M.Nasir Ramli (kanan sekali).
» Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Muslim Md. Shah menyampaikan Sijil Pendaftaran pembelian program BA100 kepada wakil koperasi sekolah di Melaka.
6
KOPERASI
4 K o p p e r a N
Koperasi UNIKEB Sedia Kongsi Kaedah Perniagaan Ar-Rahnu
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
» Bangunan Wisma UNIKEB di Bangi.
K operasi Universiti Kebangsaan Malaysia Berhad (Koperasi UNIKEB) berhasrat untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dalam perniagaan Ar-Rahnu (sebagai mentor) bagi memberi peluang kepada mana-mana koperasi yang berminat menambah jumlah aktiviti selain meraih pulangan daripada perniagaan Ar-Rahnu. Pengerusinya, Prof Dr Haji Wan Mokhtar Wan Yusoff ketika ditemu bual PELANCAR berkata, sebagai permulaan, projek tersebut akan dimulakan dengan dua buah koperasi sebagai mentee. Menerusinya, Koperasi UNIKEB akan memberi latihan kepada koperasi yang berminat mengikut prosedur operasi standard (SOP) perniagaan Ar-Rahnu Koperasi UNIKEB. Katanya, amalan 5M iaitu Man, Money, Material, Method dan Management merupakan model yang digunapakai oleh Koperasi UNIKEB dalam memastikan pencapaian terus cemerlang dan amalan tersebut akan turut diterapkan kepada mentee. Koperasi tersebut yang mempunyai keanggotaan
» Pengerusi Koperasi UNIKEB, Prof Dr Haji Wan Mokhtar Wan Yusoff. antara cawangan yang menjalankan operasi Ar-Rahnu dan kedai emas dalam satu premis. Koperasi UNIKEB juga berhasrat untuk membuka empat lagi cawangan baharu berkonsepkan Ar-Rahnu dan kedai emas di sekitar Negeri Selangor dalam masa terdekat,” ujar beliau.
mentee atau anggota mentee. Ar-Rahnu di Wisma UNIKEB dibuka pada tahun 2003 dan merupakan antara unit Ar- Rahnu terawal di Bandar Baru Bangi. Objektif utama perniagaan adalah untuk memberi perkhidmatan pembiayaan tunai dengan cagaran barang kemas mengikut syariah Islam. “Alhamdulilah, prestasi Ar-Rahnu di Wisma UNIKEB telah meningkat dengan mencapai pengeluaran sebanyak RM10 juta pada tahun 2019 dengan pendapatan kasar berjumlah RM864,000. Nilai marhun (Emas) yang disimpan di Ar-Rahnu sekarang melebihi RM8 juta. Prestasi Ar-Rahnu Cawangan Kajang juga turut meningkat dari tahun permulaan operasi 2014 sehingga berjaya mencapai pengeluaran sebanyak RM8.7 juta pada tahun 2019 dengan pendapatan kasar berjumlah RM494,000. Nilai marhun (Emas) yang disimpan di Ar-Rahnu tersebut juga telah melebihi RM5 juta. “Ar-Rahnu di Wisma UNIKEB dan Kedai Emas UNIKEB cawangan Kajang merupakan
Koperasi Universiti Kebangsaan Malaysia Berhad (Koperasi UNIKEB) Wisma UNIKEB Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel. : 03-89252540 / 89252617 / 89253720 Faks : 03-89257177 Web : www.unikeb.com E-mel : info@unikeb Encik Abdul Hajis Yusof (Pengurus Besar)
seramai 3,500 orang itu juga berhasrat untuk menjadi salah sebuah koperasi rujukan dalam gerakan koperasi negara sehingga ke peringkat antarabangsa. Bercakap mengenai jalinan kerjasama Koperasi UNIKEB dengan koperasi-koperasi atau syarikat- syarikat lain pada masa hadapan, barisan kepimpinan berhasrat untuk menjadikan Koperasi UNIKEB sebagai koperasi mentor terbaik dalam pelbagai bidang dengan cara mengkhususkan keperluan koperasi
» Kedai Emas milik UNIKEB cawangan Kajang.
7
ANGKASA
Oleh : RAHMAT MOHD DID ANGKASA Santuni 70 Keluarga Asnaf Komuniti Kelana Jaya
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyampaikan sumbangan BA100 kepada asnaf.
» Menyantuni salah seorang asnaf kelainan upaya (OKU).
A NGKASA meneruskan misi Coop Care bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 melalui penyerahan sumbangan barang keperluan harian di bawah program Barang Asas 100 (BA100) kepada golongan asnaf di sekitar komuniti Kelana Jaya. Program tersebut yang mendapat kerjasama Jawatankuasa Masjid Tabung Haji Kelana Jaya telah mengenalpasti 70 keluarga golongan asnaf yang memerlukan bantuan. Sumbangan disampaikan oleh
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah diiringi Nazir Masjid Tabung Haji Kelana Jaya, Haji Mohd Norber Kassim di ibu pejabat ANGKASA, pada 29 Julai 2020. Menurut Dato’ Abdul Fattah, inisiatif ANGKASA untuk mendekati masyarakat yang dihimpit kesukaran juga akan diperluaskan supaya lebih banyak bantuan dapat di salurkan kepada anggota koperasi dan masyarakat yang memerlukan perhatian seperti asnaf, ibu tunggal, orang kelainan
upaya (OKU) dan golongan berpendapatan rendah B40. Program Jelajah Santuni Asnaf ANGKASA merupakan kesinambungan siri program tanggungjawab sosial koperasi (CSR) Coop Care ANGKASA yang telah dilaksanakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula bagi meringankan beban yang dihadapai oleh golongan yang hilang punca pencarian dan terputus bekalan makanan. Hadir sama dalam program
tersebut ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Prof. Dr. Haji Mansor Ahmad; Ahli JPAN Selangor, Encik Ismail Md. Dom; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim.
ANGKASA Sumbang Barangan BA100 Kepada Petugas Barisan Hadapan Kuala Lipis
A NGKASA meneruskan ke- sinambungan siri program tanggungjawab sosial koperasi (CSR) Coop Care ANGKASA kepada petugas barisan hadapan Klinik Kesihatan Padang Tengku dan Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis menerusi sumbangan barang keperluan harian di bawah Program Barang Asas 100 (BA100) pada 11 Ogos 2020. Majlis serahan produk bernilai RM25,900 itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 3, Dato’ Syed Ali Syed Mohammad yang mewakili Presiden ANGKASA kepada wakil petugas di Klinik Kesihatan Padang Tengku, Kuala Lipis, Dr. Nuratikah Zakaria dan Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor. Program yang telah dimulakan
sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu merupakan usaha bagi membantu meringankan beban perbelanjaan dan kekangan masa untuk mendapatkan barang keperluan harian terutamanya dalam kalangan petugas barisan hadapan yang memainkan peranan penting memutuskan rantaian Covid-19. ANGKASA memperuntukkan RM2 juta bagi tujuan sumbangan Covid-19 dan RM1 juta daripada jumlah sumbangan tersebut akan diagihkan menerusi sumbangan BA100 kepada golongan kurang bernasib baik dan petugas barisan hadapan. Hadir sama ialah Setiausaha JPAN Pahang Zon 3, Puan Norizah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim.
» Dato’ Syed Ali Syed Mohammad (tiga dari kanan) menyampaikan pek barangan BA100 kepada Dr. Nuratikah Zakaria (dua dari kanan).
» Dato’ Syed Ali Syed Mohammad (empat dari kanan) bergambar bersama Superintendan Azli Mohd Noor (tiga dari kiri). Turut sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (tiga dari kanan), Setiausaha JPAN Pahang Zon 3, Puan Norizah Abdullah (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim (kanan sekali).
8
WAWANCARA
» Haji Ahmad Rusli Din (tengah) bersama Anggota Lembaga KGMKB yang terdiri daripada Setiausaha KGMKB, Haji Abdul Aziz Mohamood (dua dari kanan); Bendahari KGMKB, Encik Syed Ahmad Zawawi (dua dari kiri), Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah merangkap Ahli Lembaga KGMKB, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh (paling kanan) dan Pengurus KGMKB, Encik Mohd Ridwan Yaakub (paling kiri).
» Menara Guru yang terletak di Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.
Sumber: Arkib ANGKASA
Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad Kekal Relevan Selepas 70 Tahun Penubuhan Oleh: NADIAH KAMARUDIN B ermula sebagai sebuah koperasi yang ditubuhkan khusus untuk membantu kakitangan kerajaan
Malay Teachers Co-Operative Thrift And Loan Society, Limited Alor Setar. Sehingga kini, KGMKB mempunyai seramai 14,136 anggota. Koperasi mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk menjalankan kempen keanggotaan secara besar-besaran di seluruh negeri Kedah. Alhamdulillah, melalui kempen ini, kami berjaya mendapatkan anggota baharu sehingga 50 orang sebulan. Kami menyasarkan untuk mempunyai sebanyak 30 ribu anggota menjelang tahun 2025. menjalankan perniagaan hotel, hospital, stesen minyak dan perkhidmatan pembiayaan, adakah koperasi menjalankan bidang perniagaan yang lain? PELANCAR : Selain Haji Ahmad Rusli : KGMKB juga ada menyertai sektor perladangan pada tahun 2018 dengan menanam sebanyak 4,500 pokok kelapa sawit di tanah seluas 33.5 hektar di Bukit Selambau, Sungai
Petani. Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah telah dilantik untuk menguruskan ladang sawit tersebut dan dijangka akan memperolehi hasil sulung pada pertengahan tahun 2021. Koperasi juga telah mendapat peluang daripada kerajaan negeri untuk membangunkan satu kawasan di Bandar Baru, Kulim seluas 3,500 hektar untuk tanaman kelapa sawit. Satu kerjasama juga telah dimeterai antara KGMKB dengan Teguh Harian Sdn. Bhd. untuk membangunkan kawasan perumahan di tanah milik koperasi di Pokok Sena. Hampir satu ribu unit premis perumahan dan perniagaan akan dibangunkan meliputi perumahan kembar dua tingkat, premis perniagaan teres dua tingkat, hotel dan mall. PELANCAR : Bagaimana koperasi mengatasi cabaran-cabaran dalam menguruskan perniagaan ketika landskap persekitaran ekonomi yang serba tidak menentu ini?
mengatasi masalah hutang pada tahun 1950-an, Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad (KGMKB) berbangga dengan pencapaiannya setelah 70 tahun ditubuhkan. PELANCAR berpeluang mengadakan wawancara eksklusif bersama Pengerusi KGMKB, Haji Ahmad Rusli Din di Menara Guru, Alor Setar pada 19 Julai 2020 untuk mengetahui bagaimana KGMKB mampu menjadi antara koperasi yang kekal relevan, kompetitif dan berdaya saing di negeri Jelapang Padi tersebut. PELANCAR : Boleh terangkan serba sedikit mengenai sejarah penubuhan KGMKB dan objektif utama penubuhan koperasi? Haji Ahmad Rusli : KGMKB telah ditubuh dan didaftarkan pada 21 Januari 1950 (No. Pendaftaran: 956) dengan nama asalnya selepas mengadakan Mesyuarat Agung kali pertama adalah ‘Syarikat Guru-Guru Melayu Kedah Bekerjasama- sama Cermat Jimat Dan Pinjaman Rial Dengan Tanggungan Berhad’. Tujuan KGMKB ditubuhkan adalah untuk membantu kakitangan kerajaan membuat pembiayaan dengan koperasi bagi mengatasi masalah hutang dan wang gaji bulanan yang tidak mencukupi. Pembiayaan ini secara tidak langsung membantu mereka daripada perlu membuat pinjaman dengan ceti. Sebenarnya, idea penubuhan KGMKB telah mula tercetus sekitar awal tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kedah
» Hotel Da 28 bilik.
» MMC milik KGMKB diiktiraf sebagai sebuah hospital oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Hospital ini lengkap dengan lima bilik wad berkatil, satu dewan bedah bertaraf, 2 bilik kelahiran (labour/delivery room), fasiliti Xray dengan teknologi terkini (computed radiography), bilik kecemasan 24 jam dan kemudahan ambulans.
» Hotel Darulaman cawangan Jitr mempunyai 49 bilik selain kemud
9
WAWANCARA
PELANCAR : Apakah strategi-strategi perniagaan yang digunakan oleh koperasi untuk kekal relevan, kompetitif dan berdaya saing? Haji Ahmad Rusli : Bagi memudahkan KGMKB menyertai bidang perniagaan baharu, dana dalaman yang mencukupi disediakan lebih awal. Begitu juga dana luar yang diluluskan penggunaannya untuk aktiviti perniagaan bagi lima tahun ke hadapan. Jenis pembiayaan juga dipelbagaikan untuk memenuhi keperluan anggota
mendapatkan pandangan daripada anggota dan perwakilan dahulu sebelum memulakan sesuatu perniagaan. PELANCAR : Apakah harapan yang mahu disandarkan untuk KGMKB pada masa hadapan? Haji Ahmad Rusli : Harapan kami adalah untuk melihat KGMKB menjadi koperasi dengan dana kewangan melebihi RM200 juta dengan keanggotaan mencecah 30 ribu menjelang tahun 2025. Adalah menjadi hasrat dan keutamaan KGMKB untuk bekerjasama dengan beberapa koperasi berdaya saing di seluruh Malaysia untuk membangunkan sebuah premis perniagaan berskala besar seperti mall atau supermarket. Di premis tersebut, keutamaannya adalah memasarkan produk-produk buatan koperasi. Kami juga berhasrat untuk meningkatkan keuntungan sebanyak 10 peratus setahun yang akan memberi kesan kepada peningkatan kadar dividen tahunan.
Haji Ahmad Rusli : Walaupun negara kita dilanda pandemik Covid-19, KGMKB berpegang pada prinsip tiada pemberhentian pekerja dan semua mendapat gaji penuh. Bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada 4 Mei membolehkan pekerja-pekerja hadir bertugas ke premis Hotel Darulaman di Jitra dan Alor Setar untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan serta menyusun strategi promosi. Ini sekali gus dapat memanfaatkan tenaga pekerja walaupun hotel tidak dibenarkan untuk beroperasi. Koperasi juga telah menjalankan semakan tunggakan pembiayaan anggota dan telah berjaya mengesan hampir 1,770 anggota yang mempunyai tunggakan bayaran pembiayaan, sumbangan dan yuran melibatkan hampir RM2.7 juta. Sehingga pertengahan Julai 2020, kita sudah berjaya mendapatkan hampir RM300 ribu bayaran tertunggak. Stesen minyak Petronas di Alor Merah juga mempelbagaikan barangan jualan seperti beras, minyak masak dan gula.
sama ada dari segi potongan bulanan yang mencukupi atau tempoh bayaran balik bulanan dianjalkan. Kami sentiasa berpegang pada prinsip
» Pengerusi KGMKB, Haji Ahmad Rusli Din.
Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad Menara Guru, Persiaran Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman Tel. : 04-772 3371 E-mel : kggmkb@gmail.com Laman web : www.kggmkb.com.my
» Wisma KGMKB menempatkan pejabat rasmi Institut Koperasi Malaysia Zon Utara.
arulaman cawangan Alor Setar yang mempunyai
» Stesen Minyak Petronas milik KGMKB di Alor Merah, Kedah.
ra yang mula beroperasi pada 11 Jun 2010 dahan dewan seminar dan kafeteria.
» Ladang sawit milik KGMKB yang berkeluasan 33.5 hektar di Bukit Selambau, Kedah.
10 RENCANA
Tindakan Koperasi Memerangi Perubahan Iklim Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 13: Tindakan Iklim
Oleh : SAFINAH SAUPI
T iada satu negara pun kebal dengan perubahan iklim. Pada 2018, kepekatan karbon dioksida (CO2) di atmosfera adalah yang tertinggi dalam tempoh tiga juta tahun. Sejak 1990, pelepasan CO2 global meningkat 50 peratus. Sementara 11 peratus pelepasan gas rumah kaca global adalah disebabkan oleh penebangan hutan. Ia setanding dengan pelepasan gas oleh semua kereta dan lori di planet ini.
Pemanasan global menyebabkan perubahan jangka panjang sistem iklim yang tidak dapat dipulihkan jika tidak bertindak dari sekarang. Ia turut memberi kesan buruk kepada penghidupan masyarakat di seluruh dunia, terutamanya kumpulan yang mudah terjejas seperti petani kecil, wanita, belia dan etnik minoriti yang berhadapan dengan bencana alam melampau dan pengurangan sumber daya alam. Saat ini dianggarkan 800 juta (11 peratus) penduduk dunia terdedah dengan perubahan iklim seperti kemarau, banjir, gelombang panas, cuaca melampau dan kenaikan paras laut. Sebagai pernyataan memerangi perubahan iklim dan menyokong Perkara 13 Tindakan Iklim, Matlamat Pembangunan Mampan, “Cooperative for Climate Change” dipilih sebagai tema sambutan Hari Koperasi Antarabangsa 2020 (HKA) yang diraikan pada tanggal 4 Julai 2020. HKA disambut setiap tahun pada hari Sabtu pertama bulan Julai untuk meningkatkan kesedaran mengenai koperasi dan menonjolkan tujuan, objektif dan sumbangan pergerakan koperasi antarabangsa. HKA juga mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi 47/90 pada 16 Disember 1992. Setiap tahun, tema acara ini ditetapkan oleh COPAC - satu jawatankuasa perkongsian yang dianggotai pelbagai pihak dari sektor awam dan swasta global yang menyokong koperasi sebagai pertubuhan berpusatkan manusia dan mandiri pemimpin dalam pembangunan lestari. Bersempena hari penting itu, International Co- operative Alliance (ICA) mengajak seluruh komuniti koperasi dan masyarakat dunia bersama-sama mengambil tindakan memerangi perubahan iklim. Acara ini memberi tumpuan kepada sumbangan koperasi dalam memerangi perubahan iklim yang merupakan cabaran besar dihadapi planet kita pada abad ke-21. Seluruh gerakan koperasi dunia menyatakan solidariti dan komitmen untuk bersama-sama memberi tumpuan dan sumbangan dalam memerangi perubahan iklim. Koperasi terus
» Foto yang memenangi Pertandingan Fotografi #Coops4ClimateAction
Sumber: Photo Competition #Coops4ClimateAction https://www.ica.coop
mengambil tindakan untuk mengubah perkara ini. Koperasi sebagai entiti global mempunyai peranan asas dalam usaha ini. Pandemik mengingatkan kita, aktiviti-aktiviti yang berlaku di dunia ini berkait erat dengan perubahan iklim. Oleh sebab itu, peranan penting perlu dimainkan koperasi untuk memeranginya. Koperasi menyedia dan menyelaraskan tindakan jangka pendek dan visi jangka panjang sebagai wawasan bagi komuniti koperasi global menghadapi krisis global, baik pendemik mahupun perubahan iklim. Sebagai saluran untuk menyuarakan mengenai perubahan iklim dan melibatkan masyarakat untuk mengambil tindakan, tahun ini bersempena sambutan
Hari Koperasi Antarabangsa, ICA melancarkan kempen untuk mendorong gerakan koperasi berkongsi kisah kejayaan mereka memerangi perubahan iklim di #Coops4ClimateAction. Kempen juga merangkumi peta interaktif yang dibangunkan dengan kerjasama dotcoop yang memaparkan visual dan info koperasi- koperasi di seluruh dunia mengambil bahagian dalam memerangi perubahan iklim beserta video pendek mesej inspirasi daripada gerakan koperasi dunia serta mesej video daripada Presiden ICA, Ariel Guarco. Kempen ini mendapat penyertaan menggalakkan. Banyak koperasi seluruh dunia
RENCANA 11
mengambil bahagian dan berkongsi kisah kejayaan berinspirasi mereka dalam memerangi perubahan iklim. Antara yang membanggakan dan boleh dijadikan contoh adalah usaha yang dilakukan UIREVI. UIREVI merupakan gabungan 42 koperasi pengeluar koko dan kopi di negara Cote d’Ivoire yang mengutamakan usaha memerangi perubahan iklim dalam operasi pengeluaran mereka. Cote d’Ivoire telah kehilangan sepertiga daripada hutannya kerana pengembangan sektor pertanian, pembalakan haram dan kebakaran hutan yang tidak terkawal. UIREVI menandatangani perjanjian dengan SODEFOR (Persatuan Pembangunan Hutan) untuk membenarkan petani UIREVI menanam semula bagi mewujudkan hutan baharu. Tujuannya adalah untuk memerangi perubahan iklim melalui pengwujudan hutan komuniti yang diusahakan oleh masyarakat luar bandar di bawah pengawasan pegawai perhutanan. Melalui dua perjanjian itu, UIREVI komited memperkenalkan anak benih hutan dalam bidang pertanian kepada anggotanya untuk tujuan penanaman semula hutan. Melalui perjanjian itu juga, mereka bersetuju untuk berhenti meneroka hutan untuk ladang baharu dan memperluaskan plot di mana-mana kawasan yang dikelaskan sebagai hutan di Cote d’Ivoire. Lain caranya dengan tiga buah koperasi insuran memerangi perubahan iklim – The Centre for Agriculture and Rural Development Mutual Benefit Association (CARD MBA), Mutually Reinforcing Institutions (MRI) dan Philippine-based member of the International Cooperative and Mutual Insurance Federation (ICMIF) yang menyediakan perkhidmatan insurans nyawa dan kemalangan kepada anggotanya. CARD MBA memberi bantuan kepada 50,000 anggota yang terjejas dengan bencana alam ribut tropika Urduja dan taufan Vinta. Koperasi ini menetapkan polisi baharu untuk mempercepatkan tuntutan insurans ahli dalam tempoh 24 jam selepas bencana itu. Sasaran pencapaian untuk kedua-dua bencana tersebut adalah 96.5 peratus. Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti of Cambridge Institute for Sustainability Leadership menunjukkan bahawa insurans mikro koperasi boleh memperkuatkan daya tahan masyarakat yang mudah terjejas untuk pulih daripada bencana dahsyat akibat perubahan cuaca. Ini berdasarkan kajian kes peranan CARD MBA selepas taufan Haiyan pada 2013.
Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti of Cambridge Institute for Sustainability Leadership menunjukkan bahawa insurans mikro koperasi boleh memperkuatkan daya tahan masyarakat yang mudah terjejas untuk pulih daripada bencana dahsyat akibat perubahan cuaca. Ini berdasarkan kajian kes peranan CARD MBA selepas taufan Haiyan pada 2013.
» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail memetik sayur-sayuran pada Majlis Perasmian Laman Agro CoopCare ANGKASA - FAQEH yang berlangsung pada 3 Ogos 2019 di Akademi FAQEH Nilai, Negeri Sembilan.
21.4 peratus daripada keseluruhan sektor peruncitan Sweden. Dalam memerangi perubahan iklim, KF mengutamakan penjimatan penggunaan tenaga dalam keseluruhan operasi kumpulan itu. Ia menukar peti sejuk kepada yang hanya mengeluarkan sedikit gas rumah hijau dan menggunakan sedikit tenaga elektrik, memperkemas logistik dan pengangkutan produk, menggunakan tenaga boleh diperbaharui untuk operasi dan menyediakan perkhidmatan perundingan untuk koperasi menggunakan tenaga dengan cekap. Kesannya, 52 peratus pelepasan gas rumah hijau dapat dikurangkan antara tempoh 2008 hingga 2013. Beberapa koperasi peruncitan juga turut mengambil tindakan mengeluarkan pelan strategi komprehensif dalam menangani perubahan iklim seperti Cooperative Obrera (Argentina), Coop Brazil, Co-operative Group (UK), Coop Denmark, S Group (Finland), Coop Norway, Coop Itali, Consum (Sepanyol), Eroski (Sepanyol), UKOOPSPILICA (Ukraine), JCCU Jepun dan iCOOP Korea. Perubahan iklim adalah isu global yang melibatkan pelbagai aspek yang dapat ditangani secara efektif melalui usaha bersama dan koordinasi semua pihak berkepentingan. Penyesuaian dan mitigasi perubahan iklim yang berkesan melalui tindakan kolektif adalah penting bagi memastikan isu kompleks dapat ditangani secara berkesan dan memaksimumkan hasil untuk masyarakat. Koperasi sangat efektif dalam memperkuatkan daya tahan dan kemampuan masyarakat setempat beradaptasi
terhadap bencana alam melalui peningkatan kesedaran, latihan dan penyesuaian teknologi baharu. Koperasi boleh memainkan peranan utama dalam meningkatkan keupayaan petani ke arah penggunaan genetik yang cekap, peningkatan kesuburan tanah dan pertumbuhan semula sumber semula jadi yang dapat menyumbang kepada penyesuaian dan mitigasi perubahan iklim yang positif. Gerakan koperasi telah memimpin dunia dalam memerangi perubahan iklim. Usaha akan diperhebatkan lagi untuk mengurangkan masalah kemarau, kekurangan air dan penyalahgunaan sumber semula jadi untuk mengelakkan kemungkinan bencana kemanusiaan dan alam sekitar. Rujukan 1. Sustainability Solutions Group. 2014. A Co-operative Solution to ClimateChange. http://www.ssg.coop/wp-content/ uploads/2015/03/141205_Co-ops-and-climate- change_v4.pdf 2. ILO 2018 Cooperation in a Changing World of work: Towards a Cooperative Future https://www.ilo.org/wcmsp5/ groups/ public/---dgreports/--- cabinet/documents/publication/ wcms_547459.pdf 3. https://www.icmif555.org/news/card-mba-provides-relief-over- 50000-members- following-natural-disasters-philippines 4. https://www.icmif555.org/news/cambridge-report-indicates- mutual-micro insurance-delivers-greater-resilience-vulnerable 5. https://www.icmif.org/news/icmif-will-partner-commitments- increase-insurance-protection-climate-exposed-countries 6. Euro Coop and CCW. 2013. Climate Change and Consumer Co- operatives: Taking the Challenge Forward. http:// www.eurocoop.coop/uploads/content/docs/4th_Edition_Euro_ Coop_Climate_Change_Report.pdf
Penyesuaian dan mitigasi perubahan iklim yang berkesan melalui tindakan kolektif adalah penting bagi memastikan isu kompleks dapat ditangani secara berkesan dan memaksimumkan hasil untuk masyarakat.
Semasa Persidangan COP21 pada 2015, ICMIF mengumumkan pelancaran insurans mikro ICMIF 5-5- 5 yang bertujuan menginsuranskan lima juta nyawa di lima negara (Colombia, India, Kenya dan Filipina dan Sri Lanka) dalam tempoh lima tahun. Tindakan yang dilakukan oleh KF atau The Swedish Cooperative Union wajar diteladani dalam memerangi krisis perubahan iklim. KF merupakan gabungan 48 koperasi peruncitan dengan tiga juta ahli. Perniagaan utamanya adalah peruncitan dan koperasi menyumbang
12 KOPERASI
Tingkatkan Perolehan Koperasi Melalui Penanaman Vanilla
Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI K operasi Vanilla Berhad yang ditubuhkan khusus untuk kalangan pengusaha vanilla di negeri Pahang menjadi bukti kepada keyakinan dan kebolehpercayaan koperasi sebagai platform terbaik untuk membantu meningkatkan kuantiti pengeluaran dan pemasaran produk vanilla. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, produk vanilla yang sememangnya bernilai tinggi di pasaran bukan sahaja memerlukan modal bagi menangani aspek agronomi, malah dengan pengeluaran yang tinggi juga dapat membantu gabungan tersebut untuk memenuhi permintaan daripada pelanggan tempatan dan antarabangsa secara lebih konsisten. Langkah mewujudkan koperasi itu juga katanya bertepatan dengan prinsip koperasi yang ketiga iaitu ‘Penglibatan Ekonomi Oleh Anggota’ yang membawa pengertian setiap anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal koperasi secara demokrasi. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Vanilla Berhad di Bangunan ANGKASA Pahang Zon 2, Temerloh pada 15 Ogos 2020. Koperasi Vanilla Berhad ditubuhkan untuk melahirkan usahawan koperasi yang berkemampuan bagi mencipta peluang ( Lucrative Thinking ) dalam bidang Tanaman Bernilai Tinggi ( High Value Crop ) bukan sahaja menghasilkan perasa makanan malah produk hiliran lain berasaskan vanilla. Seramai 100 anggota menghadiri mesyuarat tersebut dengan 43 daripadanya melalui aplikasi Zoom. Hadir sama di majlis perasmian tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 2, Haji Mansor Abdul Rahman; Pengerusi JPAN Pahang Zon 1, Haji Mohd Zahid Haji Husain; Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Temerloh, Puan Puteri Yasmin Megat Mahmood dan Pemilik Amani Vanilla Temerloh, Encik Mohammad Feisal Mohamed Norawi.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah semasa mengadakan sidang media.
» Anggota koperasi yang hadir.
Sumber: Koperasi Vanilla Berhad
13 KOPERASI
Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN Mentor Mentee Nurseri Sawit Bantu Jana Ekonomi Koperasi
P rogram Mentor Mentee Nurseri Sawit yang bermula sejak Jun 2019 telah berjaya membantu koperasi membentuk perniagaan baharu khususnya dalam industri penanaman anak pokok kelapa sawit. Melalui program tersebut juga, koperasi dapat didedahkan dengan Amalan Pertanian Baik (GAP) dalam industri penyediaan tapak semaian dan perkhidmatan yang ditawarkan juga menepati piawaian kualiti seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Perladangan ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata demikian sewaktu berucap merasmikan sesi penutupan Program Mentor Mentee Nurseri Sawit anjuran Koperasi Wawasan Peserta FELCRA Sungai Sepuluh Berhad di pejabat koperasi berkenaan di Kluang, Johor. Katanya lagi, ANGKASA turut berterima kasih kepada mentor iaitu FGV Agro Services yang telah memberikan khidmat nasihat kepada koperasi peserta sepanjang tempoh perlaksanaan program serta kepada pihak Felcra Berhad yang sentiasa bersama-sama dalam menjayakan agenda pembangunan koperasi. Hadir sama di dalam Majlis tersebut ialah dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd. Hamid; Pengurus Besar Pengurusan Institusi Felcra Berhad, Haji Zainul Anzaid Haji Seman; Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Johor, Encik Wan Mokhtar Wan Muda; Pengurus Kanan Cawangan Pembangunan Koperasi (KPR) FELCRA Berhad, Encik Mohd Ishak Haji Hamatu; Pengurus Kawasan Felcra Berhad Sungai Sepuluh, Haji Musa Mohamad dan Pengerusi Koperasi Wawasan Peserta Felcra Sungai Sepuluh Berhad Kluang, Haji Mahmod Nasir.
» Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman merasmikan sesi penutupan Program Mentor Mentee Nurseri Sawit di pejabat Koperasi Wawasan Peserta-Peserta FELCRA Sungai Sepuluh di Kluang.
» Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik melawat ke tapak nurseri sawit Koperasi Wawasan Peserta-Peserta FELCRA Sungai Sepuluh Kluang.
Sementara itu pada hari yang sama, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman turut mengadakan lawatan kerja ke tapak nurseri sawit milik Koperasi Wawasan Peserta-Peserta FELCRA Sungai Sepuluh Berhad di Mukim Paloh, Kluang Johor. Katanya, nurseri sawit tersebut mampu berperanan sebagai pembekal utama bagi menghasilkan output atau produk lebih berkualiti kepada pelanggan. selain dapat memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, nurseri itu juga dapat membantu mengembangkan perniagaan dan meningkatkan jumlah perolehan koperasi khususnya dalam sektor pertanian. Menurut beliau, pengurusan tapak semaian sawit yang cekap dapat menjamin mutu dan kualiti bahan tanaman yang dihasilkan. Kesempurnaan anak benih merupakan asas untuk menghasil Buah Tandan Segar (BTS) yang tinggi di ladang bagi jangka hayat pokok sawit dari 20 ke 25 tahun. Nurseri sawit tersebut memiliki keluasan sekitar 2.5 hektar dan kini diuruskan oleh FELCRA Berhad Sungai Sepuluh, Kluang, Johor. Kriteria pemilihan kawasan tapak semaian tersebut juga dinilai berasaskan kepada kemudahan sumber air yang terdapat di situ. Anak sungai yang terdapat di kawasan ladang tersebut berupaya membekalkan air secara konsisten. Keperluan air sehari yang diperlukan untuk sebatang pokok sawit adalah antara 1.5 hingga 2 liter dan kualiti air mestilah tidak tercemar serta bersih daripada lumpur. Sumber diambil melalui kolam yang dibina berukuran 60 kaki x 30 kaki dan kedalaman 20 kaki selain pembinaan empangan bagi membolehkan air masuk.
» Nurseri sawit dapat membantu mengembangkan perniagaan dan meningkatkan jumlah perolehan koperasi khususnya dalam sektor pertanian.
» Nurseri sawit yang terletak di Mukim Paloh, Kluang Johor memiliki keluasan sekitar 2.5 hektar dan kini diuruskan oleh FELCRA Berhad
14 KOPERASI
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI KoBandaraya Sasar Jualan Rumah Capai 100 Ribu Unit
» Dato’ Abdul Fattah turut meninjau ibu pejabat baharu KoBandaraya bersama Pengerusi Eksekutif KoBandaraya, Dato’ Yapri Kamaruzaman di Tingkat 10, Menara AmpWalk.
» Dato’ Abdul Fattah menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara KoBandaraya dan RAFA Global (M) Sdn Bhd bagi SPSR (Satu Polis Satu Rumah) kerjasama dengan Koperasi PDRM Berhad.
K operasi Bandaraya Maju Berhad (KoBanda- raya) menyasarkan jualan rumah di bawah projek Infinium mampu mencapai sasaran sehingga 100 ribu unit menerusi pakej-pakej menarik yang bakal diperkenalkan. Majlis pelancaran projek Infinium Malaysia Sdn. Bhd. dan Strategik Collaboration Agreement SCA telah berlangsung di ibu pejabat baharu KoBandaraya di Bangunan AmpWalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2020.
menerusi pakej jualan menarik yang bakal disediakan. ANGKASA katanya sedia memberi kerjasama dan sedia berbincang bagi menyediakan pendekatan terbaik untuk manfaat anggota koperasi. Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada KoBandaraya terhadap usaha yang telah dibuat dan berharap usaha ini mampu beri pulangan terbaik kepada koperasi dan anggotanya. Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif Koperasi Bandaraya Maju Berhad, Dato’ Yapri Kamaruzaman Kushairi.
Menerusi kerjasama tersebut, KoBandaraya akan berperanan sebagai pemudahcara kepada pembeli khususnya kakitangan kerajaan untuk memiliki rumah di bawah projek Infinium di Putrajaya, Sepang dan Dengkil, Selangor. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Beliau dalam ucapannya berkata, usaha yang dibuat oleh KoBandaraya diharap dapat membantu anggota dan masyarakat untuk memiliki rumah
15
Chacky’s
Dari Pasar Malam Ke Pasaran Global Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ
PREMIUM CHOCOLATE COOKIES
ASSORTED ORIGINAL ALMOND COOKIES
P ada awal tahun 2010, sekumpulan anggota keluarga Kandaserah telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual produk makanan berasaskan coklat di Ipoh, Perak dan kemudiannya dikomersilkan secara industri kotej di Bentong, Pahang. Jenama Chacky’s bermula setelah tertubuhnya Koperasi Keluarga Kandaserah Bentong Berhad (KEKANDA) pada awal tahun 2012. Pada peringkat awal, pembuatan produk Chacky’s merangkumi semua kategori seperti kek, cookies, coklat, candy dan ais krim dan dijual secara langsung di tapak-tapak pasar malam. Namun pasarannya terus berkembang dan kini jenama Chacky’s bukan sahaja boleh didapati di kedai-kedai runcit dan pasaraya tempatan, malah turut dieksport dan dijual secara konsisten menerusi platform online. Pengerusi KEKANDA, Prof Madya Dr Seri Intan Mokhtar berkata, pada tahun 2015, koperasi telah bersepakat untuk memberi tumpuan terhadap pengeluaran cookies sahaja. Keputusan tersebut disifatkan sebagai langkah yang tepat bagi menilai semula model perniagaan agar kekal relevan selain dapat mengecilkan pengeluaran produk yang mudah rosak seperti kek dan coklat.
DURIAN COOKIES
Sejak itu, produk cookies jenama Chacky’s mula memasuki pasaran pasaran Brunei dan Singapura di bawah bimbingan ANGKASA. Selain menjual produk di LAZADA dan SHOPEE, dua orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) KEKANDA turut menjadi jurulatih e-marketplaces untuk mengajar dan membimbing para usahawan yang ingin berniaga melalui platform e-dagang tersebut.
Koperasi Keluarga Kandaserah Bentong Berhad No. 745, Lorong 28, Taman Bentong Makmur 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur. Tel. : 013-2501230 E-mel : mohsin@chackys.com Encik Mohsin Mokhtar
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease