10 RENCANA
Tindakan Koperasi Memerangi Perubahan Iklim Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 13: Tindakan Iklim
Oleh : SAFINAH SAUPI
T iada satu negara pun kebal dengan perubahan iklim. Pada 2018, kepekatan karbon dioksida (CO2) di atmosfera adalah yang tertinggi dalam tempoh tiga juta tahun. Sejak 1990, pelepasan CO2 global meningkat 50 peratus. Sementara 11 peratus pelepasan gas rumah kaca global adalah disebabkan oleh penebangan hutan. Ia setanding dengan pelepasan gas oleh semua kereta dan lori di planet ini.
Pemanasan global menyebabkan perubahan jangka panjang sistem iklim yang tidak dapat dipulihkan jika tidak bertindak dari sekarang. Ia turut memberi kesan buruk kepada penghidupan masyarakat di seluruh dunia, terutamanya kumpulan yang mudah terjejas seperti petani kecil, wanita, belia dan etnik minoriti yang berhadapan dengan bencana alam melampau dan pengurangan sumber daya alam. Saat ini dianggarkan 800 juta (11 peratus) penduduk dunia terdedah dengan perubahan iklim seperti kemarau, banjir, gelombang panas, cuaca melampau dan kenaikan paras laut. Sebagai pernyataan memerangi perubahan iklim dan menyokong Perkara 13 Tindakan Iklim, Matlamat Pembangunan Mampan, “Cooperative for Climate Change” dipilih sebagai tema sambutan Hari Koperasi Antarabangsa 2020 (HKA) yang diraikan pada tanggal 4 Julai 2020. HKA disambut setiap tahun pada hari Sabtu pertama bulan Julai untuk meningkatkan kesedaran mengenai koperasi dan menonjolkan tujuan, objektif dan sumbangan pergerakan koperasi antarabangsa. HKA juga mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi 47/90 pada 16 Disember 1992. Setiap tahun, tema acara ini ditetapkan oleh COPAC - satu jawatankuasa perkongsian yang dianggotai pelbagai pihak dari sektor awam dan swasta global yang menyokong koperasi sebagai pertubuhan berpusatkan manusia dan mandiri pemimpin dalam pembangunan lestari. Bersempena hari penting itu, International Co- operative Alliance (ICA) mengajak seluruh komuniti koperasi dan masyarakat dunia bersama-sama mengambil tindakan memerangi perubahan iklim. Acara ini memberi tumpuan kepada sumbangan koperasi dalam memerangi perubahan iklim yang merupakan cabaran besar dihadapi planet kita pada abad ke-21. Seluruh gerakan koperasi dunia menyatakan solidariti dan komitmen untuk bersama-sama memberi tumpuan dan sumbangan dalam memerangi perubahan iklim. Koperasi terus
» Foto yang memenangi Pertandingan Fotografi #Coops4ClimateAction
Sumber: Photo Competition #Coops4ClimateAction https://www.ica.coop
mengambil tindakan untuk mengubah perkara ini. Koperasi sebagai entiti global mempunyai peranan asas dalam usaha ini. Pandemik mengingatkan kita, aktiviti-aktiviti yang berlaku di dunia ini berkait erat dengan perubahan iklim. Oleh sebab itu, peranan penting perlu dimainkan koperasi untuk memeranginya. Koperasi menyedia dan menyelaraskan tindakan jangka pendek dan visi jangka panjang sebagai wawasan bagi komuniti koperasi global menghadapi krisis global, baik pendemik mahupun perubahan iklim. Sebagai saluran untuk menyuarakan mengenai perubahan iklim dan melibatkan masyarakat untuk mengambil tindakan, tahun ini bersempena sambutan
Hari Koperasi Antarabangsa, ICA melancarkan kempen untuk mendorong gerakan koperasi berkongsi kisah kejayaan mereka memerangi perubahan iklim di #Coops4ClimateAction. Kempen juga merangkumi peta interaktif yang dibangunkan dengan kerjasama dotcoop yang memaparkan visual dan info koperasi- koperasi di seluruh dunia mengambil bahagian dalam memerangi perubahan iklim beserta video pendek mesej inspirasi daripada gerakan koperasi dunia serta mesej video daripada Presiden ICA, Ariel Guarco. Kempen ini mendapat penyertaan menggalakkan. Banyak koperasi seluruh dunia
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease