WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2020

RENCANA 11

mengambil bahagian dan berkongsi kisah kejayaan berinspirasi mereka dalam memerangi perubahan iklim. Antara yang membanggakan dan boleh dijadikan contoh adalah usaha yang dilakukan UIREVI. UIREVI merupakan gabungan 42 koperasi pengeluar koko dan kopi di negara Cote d’Ivoire yang mengutamakan usaha memerangi perubahan iklim dalam operasi pengeluaran mereka. Cote d’Ivoire telah kehilangan sepertiga daripada hutannya kerana pengembangan sektor pertanian, pembalakan haram dan kebakaran hutan yang tidak terkawal. UIREVI menandatangani perjanjian dengan SODEFOR (Persatuan Pembangunan Hutan) untuk membenarkan petani UIREVI menanam semula bagi mewujudkan hutan baharu. Tujuannya adalah untuk memerangi perubahan iklim melalui pengwujudan hutan komuniti yang diusahakan oleh masyarakat luar bandar di bawah pengawasan pegawai perhutanan. Melalui dua perjanjian itu, UIREVI komited memperkenalkan anak benih hutan dalam bidang pertanian kepada anggotanya untuk tujuan penanaman semula hutan. Melalui perjanjian itu juga, mereka bersetuju untuk berhenti meneroka hutan untuk ladang baharu dan memperluaskan plot di mana-mana kawasan yang dikelaskan sebagai hutan di Cote d’Ivoire. Lain caranya dengan tiga buah koperasi insuran memerangi perubahan iklim – The Centre for Agriculture and Rural Development Mutual Benefit Association (CARD MBA), Mutually Reinforcing Institutions (MRI) dan Philippine-based member of the International Cooperative and Mutual Insurance Federation (ICMIF) yang menyediakan perkhidmatan insurans nyawa dan kemalangan kepada anggotanya. CARD MBA memberi bantuan kepada 50,000 anggota yang terjejas dengan bencana alam ribut tropika Urduja dan taufan Vinta. Koperasi ini menetapkan polisi baharu untuk mempercepatkan tuntutan insurans ahli dalam tempoh 24 jam selepas bencana itu. Sasaran pencapaian untuk kedua-dua bencana tersebut adalah 96.5 peratus. Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti of Cambridge Institute for Sustainability Leadership menunjukkan bahawa insurans mikro koperasi boleh memperkuatkan daya tahan masyarakat yang mudah terjejas untuk pulih daripada bencana dahsyat akibat perubahan cuaca. Ini berdasarkan kajian kes peranan CARD MBA selepas taufan Haiyan pada 2013.

Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti of Cambridge Institute for Sustainability Leadership menunjukkan bahawa insurans mikro koperasi boleh memperkuatkan daya tahan masyarakat yang mudah terjejas untuk pulih daripada bencana dahsyat akibat perubahan cuaca. Ini berdasarkan kajian kes peranan CARD MBA selepas taufan Haiyan pada 2013.

» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail memetik sayur-sayuran pada Majlis Perasmian Laman Agro CoopCare ANGKASA - FAQEH yang berlangsung pada 3 Ogos 2019 di Akademi FAQEH Nilai, Negeri Sembilan.

21.4 peratus daripada keseluruhan sektor peruncitan Sweden. Dalam memerangi perubahan iklim, KF mengutamakan penjimatan penggunaan tenaga dalam keseluruhan operasi kumpulan itu. Ia menukar peti sejuk kepada yang hanya mengeluarkan sedikit gas rumah hijau dan menggunakan sedikit tenaga elektrik, memperkemas logistik dan pengangkutan produk, menggunakan tenaga boleh diperbaharui untuk operasi dan menyediakan perkhidmatan perundingan untuk koperasi menggunakan tenaga dengan cekap. Kesannya, 52 peratus pelepasan gas rumah hijau dapat dikurangkan antara tempoh 2008 hingga 2013. Beberapa koperasi peruncitan juga turut mengambil tindakan mengeluarkan pelan strategi komprehensif dalam menangani perubahan iklim seperti Cooperative Obrera (Argentina), Coop Brazil, Co-operative Group (UK), Coop Denmark, S Group (Finland), Coop Norway, Coop Itali, Consum (Sepanyol), Eroski (Sepanyol), UKOOPSPILICA (Ukraine), JCCU Jepun dan iCOOP Korea. Perubahan iklim adalah isu global yang melibatkan pelbagai aspek yang dapat ditangani secara efektif melalui usaha bersama dan koordinasi semua pihak berkepentingan. Penyesuaian dan mitigasi perubahan iklim yang berkesan melalui tindakan kolektif adalah penting bagi memastikan isu kompleks dapat ditangani secara berkesan dan memaksimumkan hasil untuk masyarakat. Koperasi sangat efektif dalam memperkuatkan daya tahan dan kemampuan masyarakat setempat beradaptasi

terhadap bencana alam melalui peningkatan kesedaran, latihan dan penyesuaian teknologi baharu. Koperasi boleh memainkan peranan utama dalam meningkatkan keupayaan petani ke arah penggunaan genetik yang cekap, peningkatan kesuburan tanah dan pertumbuhan semula sumber semula jadi yang dapat menyumbang kepada penyesuaian dan mitigasi perubahan iklim yang positif. Gerakan koperasi telah memimpin dunia dalam memerangi perubahan iklim. Usaha akan diperhebatkan lagi untuk mengurangkan masalah kemarau, kekurangan air dan penyalahgunaan sumber semula jadi untuk mengelakkan kemungkinan bencana kemanusiaan dan alam sekitar. Rujukan 1. Sustainability Solutions Group. 2014. A Co-operative Solution to ClimateChange. http://www.ssg.coop/wp-content/ uploads/2015/03/141205_Co-ops-and-climate- change_v4.pdf 2. ILO 2018 Cooperation in a Changing World of work: Towards a Cooperative Future https://www.ilo.org/wcmsp5/ groups/ public/---dgreports/--- cabinet/documents/publication/ wcms_547459.pdf 3. https://www.icmif555.org/news/card-mba-provides-relief-over- 50000-members- following-natural-disasters-philippines 4. https://www.icmif555.org/news/cambridge-report-indicates- mutual-micro insurance-delivers-greater-resilience-vulnerable 5. https://www.icmif.org/news/icmif-will-partner-commitments- increase-insurance-protection-climate-exposed-countries 6. Euro Coop and CCW. 2013. Climate Change and Consumer Co- operatives: Taking the Challenge Forward. http:// www.eurocoop.coop/uploads/content/docs/4th_Edition_Euro_ Coop_Climate_Change_Report.pdf

Penyesuaian dan mitigasi perubahan iklim yang berkesan melalui tindakan kolektif adalah penting bagi memastikan isu kompleks dapat ditangani secara berkesan dan memaksimumkan hasil untuk masyarakat.

Semasa Persidangan COP21 pada 2015, ICMIF mengumumkan pelancaran insurans mikro ICMIF 5-5- 5 yang bertujuan menginsuranskan lima juta nyawa di lima negara (Colombia, India, Kenya dan Filipina dan Sri Lanka) dalam tempoh lima tahun. Tindakan yang dilakukan oleh KF atau The Swedish Cooperative Union wajar diteladani dalam memerangi krisis perubahan iklim. KF merupakan gabungan 48 koperasi peruncitan dengan tiga juta ahli. Perniagaan utamanya adalah peruncitan dan koperasi menyumbang

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease