12 KOPERASI
Tingkatkan Perolehan Koperasi Melalui Penanaman Vanilla
Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI K operasi Vanilla Berhad yang ditubuhkan khusus untuk kalangan pengusaha vanilla di negeri Pahang menjadi bukti kepada keyakinan dan kebolehpercayaan koperasi sebagai platform terbaik untuk membantu meningkatkan kuantiti pengeluaran dan pemasaran produk vanilla. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, produk vanilla yang sememangnya bernilai tinggi di pasaran bukan sahaja memerlukan modal bagi menangani aspek agronomi, malah dengan pengeluaran yang tinggi juga dapat membantu gabungan tersebut untuk memenuhi permintaan daripada pelanggan tempatan dan antarabangsa secara lebih konsisten. Langkah mewujudkan koperasi itu juga katanya bertepatan dengan prinsip koperasi yang ketiga iaitu ‘Penglibatan Ekonomi Oleh Anggota’ yang membawa pengertian setiap anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal koperasi secara demokrasi. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Vanilla Berhad di Bangunan ANGKASA Pahang Zon 2, Temerloh pada 15 Ogos 2020. Koperasi Vanilla Berhad ditubuhkan untuk melahirkan usahawan koperasi yang berkemampuan bagi mencipta peluang ( Lucrative Thinking ) dalam bidang Tanaman Bernilai Tinggi ( High Value Crop ) bukan sahaja menghasilkan perasa makanan malah produk hiliran lain berasaskan vanilla. Seramai 100 anggota menghadiri mesyuarat tersebut dengan 43 daripadanya melalui aplikasi Zoom. Hadir sama di majlis perasmian tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 2, Haji Mansor Abdul Rahman; Pengerusi JPAN Pahang Zon 1, Haji Mohd Zahid Haji Husain; Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Temerloh, Puan Puteri Yasmin Megat Mahmood dan Pemilik Amani Vanilla Temerloh, Encik Mohammad Feisal Mohamed Norawi.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah semasa mengadakan sidang media.
» Anggota koperasi yang hadir.
Sumber: Koperasi Vanilla Berhad
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease