WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2020

13 KOPERASI

Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN Mentor Mentee Nurseri Sawit Bantu Jana Ekonomi Koperasi

P rogram Mentor Mentee Nurseri Sawit yang bermula sejak Jun 2019 telah berjaya membantu koperasi membentuk perniagaan baharu khususnya dalam industri penanaman anak pokok kelapa sawit. Melalui program tersebut juga, koperasi dapat didedahkan dengan Amalan Pertanian Baik (GAP) dalam industri penyediaan tapak semaian dan perkhidmatan yang ditawarkan juga menepati piawaian kualiti seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Perladangan ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata demikian sewaktu berucap merasmikan sesi penutupan Program Mentor Mentee Nurseri Sawit anjuran Koperasi Wawasan Peserta FELCRA Sungai Sepuluh Berhad di pejabat koperasi berkenaan di Kluang, Johor. Katanya lagi, ANGKASA turut berterima kasih kepada mentor iaitu FGV Agro Services yang telah memberikan khidmat nasihat kepada koperasi peserta sepanjang tempoh perlaksanaan program serta kepada pihak Felcra Berhad yang sentiasa bersama-sama dalam menjayakan agenda pembangunan koperasi. Hadir sama di dalam Majlis tersebut ialah dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd. Hamid; Pengurus Besar Pengurusan Institusi Felcra Berhad, Haji Zainul Anzaid Haji Seman; Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Johor, Encik Wan Mokhtar Wan Muda; Pengurus Kanan Cawangan Pembangunan Koperasi (KPR) FELCRA Berhad, Encik Mohd Ishak Haji Hamatu; Pengurus Kawasan Felcra Berhad Sungai Sepuluh, Haji Musa Mohamad dan Pengerusi Koperasi Wawasan Peserta Felcra Sungai Sepuluh Berhad Kluang, Haji Mahmod Nasir.

» Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman merasmikan sesi penutupan Program Mentor Mentee Nurseri Sawit di pejabat Koperasi Wawasan Peserta-Peserta FELCRA Sungai Sepuluh di Kluang.

» Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik melawat ke tapak nurseri sawit Koperasi Wawasan Peserta-Peserta FELCRA Sungai Sepuluh Kluang.

Sementara itu pada hari yang sama, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman turut mengadakan lawatan kerja ke tapak nurseri sawit milik Koperasi Wawasan Peserta-Peserta FELCRA Sungai Sepuluh Berhad di Mukim Paloh, Kluang Johor. Katanya, nurseri sawit tersebut mampu berperanan sebagai pembekal utama bagi menghasilkan output atau produk lebih berkualiti kepada pelanggan. selain dapat memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, nurseri itu juga dapat membantu mengembangkan perniagaan dan meningkatkan jumlah perolehan koperasi khususnya dalam sektor pertanian. Menurut beliau, pengurusan tapak semaian sawit yang cekap dapat menjamin mutu dan kualiti bahan tanaman yang dihasilkan. Kesempurnaan anak benih merupakan asas untuk menghasil Buah Tandan Segar (BTS) yang tinggi di ladang bagi jangka hayat pokok sawit dari 20 ke 25 tahun. Nurseri sawit tersebut memiliki keluasan sekitar 2.5 hektar dan kini diuruskan oleh FELCRA Berhad Sungai Sepuluh, Kluang, Johor. Kriteria pemilihan kawasan tapak semaian tersebut juga dinilai berasaskan kepada kemudahan sumber air yang terdapat di situ. Anak sungai yang terdapat di kawasan ladang tersebut berupaya membekalkan air secara konsisten. Keperluan air sehari yang diperlukan untuk sebatang pokok sawit adalah antara 1.5 hingga 2 liter dan kualiti air mestilah tidak tercemar serta bersih daripada lumpur. Sumber diambil melalui kolam yang dibina berukuran 60 kaki x 30 kaki dan kedalaman 20 kaki selain pembinaan empangan bagi membolehkan air masuk.

» Nurseri sawit dapat membantu mengembangkan perniagaan dan meningkatkan jumlah perolehan koperasi khususnya dalam sektor pertanian.

» Nurseri sawit yang terletak di Mukim Paloh, Kluang Johor memiliki keluasan sekitar 2.5 hektar dan kini diuruskan oleh FELCRA Berhad

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease