WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2020

14 KOPERASI

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI KoBandaraya Sasar Jualan Rumah Capai 100 Ribu Unit

» Dato’ Abdul Fattah turut meninjau ibu pejabat baharu KoBandaraya bersama Pengerusi Eksekutif KoBandaraya, Dato’ Yapri Kamaruzaman di Tingkat 10, Menara AmpWalk.

» Dato’ Abdul Fattah menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara KoBandaraya dan RAFA Global (M) Sdn Bhd bagi SPSR (Satu Polis Satu Rumah) kerjasama dengan Koperasi PDRM Berhad.

K operasi Bandaraya Maju Berhad (KoBanda- raya) menyasarkan jualan rumah di bawah projek Infinium mampu mencapai sasaran sehingga 100 ribu unit menerusi pakej-pakej menarik yang bakal diperkenalkan. Majlis pelancaran projek Infinium Malaysia Sdn. Bhd. dan Strategik Collaboration Agreement SCA telah berlangsung di ibu pejabat baharu KoBandaraya di Bangunan AmpWalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2020.

menerusi pakej jualan menarik yang bakal disediakan. ANGKASA katanya sedia memberi kerjasama dan sedia berbincang bagi menyediakan pendekatan terbaik untuk manfaat anggota koperasi. Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada KoBandaraya terhadap usaha yang telah dibuat dan berharap usaha ini mampu beri pulangan terbaik kepada koperasi dan anggotanya. Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif Koperasi Bandaraya Maju Berhad, Dato’ Yapri Kamaruzaman Kushairi.

Menerusi kerjasama tersebut, KoBandaraya akan berperanan sebagai pemudahcara kepada pembeli khususnya kakitangan kerajaan untuk memiliki rumah di bawah projek Infinium di Putrajaya, Sepang dan Dengkil, Selangor. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Beliau dalam ucapannya berkata, usaha yang dibuat oleh KoBandaraya diharap dapat membantu anggota dan masyarakat untuk memiliki rumah

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease