15
Chacky’s
Dari Pasar Malam Ke Pasaran Global Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ
PREMIUM CHOCOLATE COOKIES
ASSORTED ORIGINAL ALMOND COOKIES
P ada awal tahun 2010, sekumpulan anggota keluarga Kandaserah telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual produk makanan berasaskan coklat di Ipoh, Perak dan kemudiannya dikomersilkan secara industri kotej di Bentong, Pahang. Jenama Chacky’s bermula setelah tertubuhnya Koperasi Keluarga Kandaserah Bentong Berhad (KEKANDA) pada awal tahun 2012. Pada peringkat awal, pembuatan produk Chacky’s merangkumi semua kategori seperti kek, cookies, coklat, candy dan ais krim dan dijual secara langsung di tapak-tapak pasar malam. Namun pasarannya terus berkembang dan kini jenama Chacky’s bukan sahaja boleh didapati di kedai-kedai runcit dan pasaraya tempatan, malah turut dieksport dan dijual secara konsisten menerusi platform online. Pengerusi KEKANDA, Prof Madya Dr Seri Intan Mokhtar berkata, pada tahun 2015, koperasi telah bersepakat untuk memberi tumpuan terhadap pengeluaran cookies sahaja. Keputusan tersebut disifatkan sebagai langkah yang tepat bagi menilai semula model perniagaan agar kekal relevan selain dapat mengecilkan pengeluaran produk yang mudah rosak seperti kek dan coklat.
DURIAN COOKIES
Sejak itu, produk cookies jenama Chacky’s mula memasuki pasaran pasaran Brunei dan Singapura di bawah bimbingan ANGKASA. Selain menjual produk di LAZADA dan SHOPEE, dua orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) KEKANDA turut menjadi jurulatih e-marketplaces untuk mengajar dan membimbing para usahawan yang ingin berniaga melalui platform e-dagang tersebut.
Koperasi Keluarga Kandaserah Bentong Berhad No. 745, Lorong 28, Taman Bentong Makmur 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur. Tel. : 013-2501230 E-mel : mohsin@chackys.com Encik Mohsin Mokhtar
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease