WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2020

3

ANGKASA

Tentu Kebolehpasaran 100 Produk Koperasi dan Anggota Oleh : NADIAH KAMARUDIN

» Dato’ Abdul Fattah dan Dr. Mohd Azlan melihat salah satu produk sejuk beku.

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya (duduk, kanan) bersama barisan panel penilaian yang terdiri daripada (berdiri dari kiri) Perunding Utama, SIRIM, Encik Khirul Salleh Marzuki; Pengurus Projek, MRM, Encik Quzailan Abdul Rahman;Perunding, SIRIM, Encik MD Yazid Miskom; Penyelidik Kanan, SIRIM, Puan Rafidah Ali dan Pensyarah Kanan Sains dan Teknologi Makanan di Fakulti Sains Gunaan, UiTM, Dr. Aida Firdaus MN Azmi.

» Sesi penilaian produk.

D alam usaha menentukan segmen pasaran yang sesuai untuk produk keluaran koperasi atau anggotanya, ANGKASA telah mengumpulkan sebanyak 100 produk keluaran koperasi termasuk anggota koperasi untuk dinilai dalam satu program khas. Program Penilaian Pengumpulan Produk Koperasi yang telah diadakan selama tiga hari bemula 26 Ogos 2020 di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya telah menjemput panel penilai yang terdiri daripada Fakulti Sains Gunaan, UiTM; SIRIM dan Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM). Produk yang terdiri daripada makanan dan minuman, pembersih rumah, ubat-ubatan dan kraftangan dinilai dari aspek kebolehpasaran produk, pelabelan, pembungkusan, bahan kandungan dan perakuan tambahan. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, program penilaian tersebut akan memudahkan ANGKASA untuk menentukan produk yang perlu ditambah baik dari aspek pembungkusan dan pensijilan melalui penyertaan Program ‘100 Product Champion’ , Program Pra ‘100 Product Champion’ dan Program Pembangunan Pensijilan Halal. “Produk yang telah mencapai tahap pembungkusan yang baik dan memiliki sijil-sijil seperti Halal,HACCP, MeSTI dan GMP, akan terus dibantu dari segi promosi supaya mudah untuk

memasuki pasaran khususnya hypermarket atau supermarket tempatan,” tambah beliau. Sementara itu menurut Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya, markah penilaian yang diberikan untuk setiap produk akan dapat membantu dalam menentukan pasaran yang bersesuaian kelak. “ANGKASA dan panel penilaian telah mengenal pasti beberapa cadangan pasaran tempatan eksport,” ujarnya. Dr. Mohd. Azlan juga turut menyarankan agar Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad dapat menjadi pembekal produk koperasi yang dirasakan mampu menarik minat pembeli. Panel penilaian terdiri daripada Pensyarah Kanan Sains dan Teknologi Makanan di Fakulti Sains Gunaan, UiTM, Dr. Aida Firdaus MN Azmi; Pengurus Projek MRM, Encik Quzailan Abdul Rahman; Perunding Utama, SIRIM, Encik Khirul Salleh Marzuki; Perunding, SIRIM, Encik Md Yazid Miskom dan Penyelidik Kanan, SIRIM, Puan Rafidah Ali. Hadir sama ke sesi penilaian tersebut ialah Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan & Pembangunan Keusahawanan ANGKASA, Haji Anuar Bulin dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.

» Produk-produk makanan sejuk beku seperti ikan patin, daging salai, capati dan murtabak.

» Produk Ready to Eat dan Ready to Cook yang terdiri daripada sardin, biskut, sos cili dan kicap.

» Tudung sukan dan batik kaftan.

» Baja kompos organik buatan Koperasi Keluarga Asmara.

» Produk pembersih rumah dan penjagaan diri.

» Produk minuman.

» Produk kraftangan.

» Produk minyak masak dan beras.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease