7
ANGKASA
Oleh : RAHMAT MOHD DID ANGKASA Santuni 70 Keluarga Asnaf Komuniti Kelana Jaya
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyampaikan sumbangan BA100 kepada asnaf.
» Menyantuni salah seorang asnaf kelainan upaya (OKU).
A NGKASA meneruskan misi Coop Care bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 melalui penyerahan sumbangan barang keperluan harian di bawah program Barang Asas 100 (BA100) kepada golongan asnaf di sekitar komuniti Kelana Jaya. Program tersebut yang mendapat kerjasama Jawatankuasa Masjid Tabung Haji Kelana Jaya telah mengenalpasti 70 keluarga golongan asnaf yang memerlukan bantuan. Sumbangan disampaikan oleh
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah diiringi Nazir Masjid Tabung Haji Kelana Jaya, Haji Mohd Norber Kassim di ibu pejabat ANGKASA, pada 29 Julai 2020. Menurut Dato’ Abdul Fattah, inisiatif ANGKASA untuk mendekati masyarakat yang dihimpit kesukaran juga akan diperluaskan supaya lebih banyak bantuan dapat di salurkan kepada anggota koperasi dan masyarakat yang memerlukan perhatian seperti asnaf, ibu tunggal, orang kelainan
upaya (OKU) dan golongan berpendapatan rendah B40. Program Jelajah Santuni Asnaf ANGKASA merupakan kesinambungan siri program tanggungjawab sosial koperasi (CSR) Coop Care ANGKASA yang telah dilaksanakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula bagi meringankan beban yang dihadapai oleh golongan yang hilang punca pencarian dan terputus bekalan makanan. Hadir sama dalam program
tersebut ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Prof. Dr. Haji Mansor Ahmad; Ahli JPAN Selangor, Encik Ismail Md. Dom; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim.
ANGKASA Sumbang Barangan BA100 Kepada Petugas Barisan Hadapan Kuala Lipis
A NGKASA meneruskan ke- sinambungan siri program tanggungjawab sosial koperasi (CSR) Coop Care ANGKASA kepada petugas barisan hadapan Klinik Kesihatan Padang Tengku dan Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis menerusi sumbangan barang keperluan harian di bawah Program Barang Asas 100 (BA100) pada 11 Ogos 2020. Majlis serahan produk bernilai RM25,900 itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 3, Dato’ Syed Ali Syed Mohammad yang mewakili Presiden ANGKASA kepada wakil petugas di Klinik Kesihatan Padang Tengku, Kuala Lipis, Dr. Nuratikah Zakaria dan Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor. Program yang telah dimulakan
sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu merupakan usaha bagi membantu meringankan beban perbelanjaan dan kekangan masa untuk mendapatkan barang keperluan harian terutamanya dalam kalangan petugas barisan hadapan yang memainkan peranan penting memutuskan rantaian Covid-19. ANGKASA memperuntukkan RM2 juta bagi tujuan sumbangan Covid-19 dan RM1 juta daripada jumlah sumbangan tersebut akan diagihkan menerusi sumbangan BA100 kepada golongan kurang bernasib baik dan petugas barisan hadapan. Hadir sama ialah Setiausaha JPAN Pahang Zon 3, Puan Norizah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim.
» Dato’ Syed Ali Syed Mohammad (tiga dari kanan) menyampaikan pek barangan BA100 kepada Dr. Nuratikah Zakaria (dua dari kanan).
» Dato’ Syed Ali Syed Mohammad (empat dari kanan) bergambar bersama Superintendan Azli Mohd Noor (tiga dari kiri). Turut sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (tiga dari kanan), Setiausaha JPAN Pahang Zon 3, Puan Norizah Abdullah (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim (kanan sekali).
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease