9
WAWANCARA
PELANCAR : Apakah strategi-strategi perniagaan yang digunakan oleh koperasi untuk kekal relevan, kompetitif dan berdaya saing? Haji Ahmad Rusli : Bagi memudahkan KGMKB menyertai bidang perniagaan baharu, dana dalaman yang mencukupi disediakan lebih awal. Begitu juga dana luar yang diluluskan penggunaannya untuk aktiviti perniagaan bagi lima tahun ke hadapan. Jenis pembiayaan juga dipelbagaikan untuk memenuhi keperluan anggota
mendapatkan pandangan daripada anggota dan perwakilan dahulu sebelum memulakan sesuatu perniagaan. PELANCAR : Apakah harapan yang mahu disandarkan untuk KGMKB pada masa hadapan? Haji Ahmad Rusli : Harapan kami adalah untuk melihat KGMKB menjadi koperasi dengan dana kewangan melebihi RM200 juta dengan keanggotaan mencecah 30 ribu menjelang tahun 2025. Adalah menjadi hasrat dan keutamaan KGMKB untuk bekerjasama dengan beberapa koperasi berdaya saing di seluruh Malaysia untuk membangunkan sebuah premis perniagaan berskala besar seperti mall atau supermarket. Di premis tersebut, keutamaannya adalah memasarkan produk-produk buatan koperasi. Kami juga berhasrat untuk meningkatkan keuntungan sebanyak 10 peratus setahun yang akan memberi kesan kepada peningkatan kadar dividen tahunan.
Haji Ahmad Rusli : Walaupun negara kita dilanda pandemik Covid-19, KGMKB berpegang pada prinsip tiada pemberhentian pekerja dan semua mendapat gaji penuh. Bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada 4 Mei membolehkan pekerja-pekerja hadir bertugas ke premis Hotel Darulaman di Jitra dan Alor Setar untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan serta menyusun strategi promosi. Ini sekali gus dapat memanfaatkan tenaga pekerja walaupun hotel tidak dibenarkan untuk beroperasi. Koperasi juga telah menjalankan semakan tunggakan pembiayaan anggota dan telah berjaya mengesan hampir 1,770 anggota yang mempunyai tunggakan bayaran pembiayaan, sumbangan dan yuran melibatkan hampir RM2.7 juta. Sehingga pertengahan Julai 2020, kita sudah berjaya mendapatkan hampir RM300 ribu bayaran tertunggak. Stesen minyak Petronas di Alor Merah juga mempelbagaikan barangan jualan seperti beras, minyak masak dan gula.
sama ada dari segi potongan bulanan yang mencukupi atau tempoh bayaran balik bulanan dianjalkan. Kami sentiasa berpegang pada prinsip
» Pengerusi KGMKB, Haji Ahmad Rusli Din.
Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad Menara Guru, Persiaran Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman Tel. : 04-772 3371 E-mel : kggmkb@gmail.com Laman web : www.kggmkb.com.my
» Wisma KGMKB menempatkan pejabat rasmi Institut Koperasi Malaysia Zon Utara.
arulaman cawangan Alor Setar yang mempunyai
» Stesen Minyak Petronas milik KGMKB di Alor Merah, Kedah.
ra yang mula beroperasi pada 11 Jun 2010 dahan dewan seminar dan kafeteria.
» Ladang sawit milik KGMKB yang berkeluasan 33.5 hektar di Bukit Selambau, Kedah.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease