Wadah PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

KANDUNGAN EDISI KHAS MACCOPS 2019

04 Sekapur Sireh 05 Seulas Pinang 06 Pertingkat Kualiti Produk & Perkhidmatan Koperasi 08 Koperasi Perlu Sentiasa Cari Peluang Eksport Produk, Perkhidmatan Halal 10 Jom Berzakat Dan Berinfaq Melalui ANGKASA 11 ANGKASA Perkasa Perniagaan Peruncitan Koperasi 12 CoopCity Bandar Penawar Usaha ANGKASA dan koperasi Bangunkan Bandar Koperasi Pertama di Malaysia 13 Pentingnya Model Perniagaan Dan Visi Yang Jelas 14 Sejarah MACCOPS 16 Pelan Tapak MACCOPS 2019 17 BA 100 Inisiatif ANGKASA Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup 19 Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA : Teroka Peluang Perniagaan Baharu 20 Koperasi Pertis Terengganu Berhad : Urut Refleksologi 21 Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad : Kopi Pra Campuran 2 Dalam 1 22 Sektor Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia : Perintis Kemajuan Koperasi Malaysia 23 KOMARDI : Produk Susu Segar Dan Susu Coklat 24 Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sungai Buloh Berhad : Tanaman Cili Fertigasi 25 KOSAS : Jus MD2 ‘KOSASPINE’ 26 Sektor Perladangan : ANGKASA Perjuang Minyak Sawit Malaysia 28 Koperasi FELDA Sungai Koyan III Raub Berhad : Pengangkutan BTS 29 Sektor Pembangunan Inovasi Dan Teknologi ANGKASA : Teknologi Sebagai Pemangkin Perniagaan Koperasi 30 Koperasi Pos Nasional Berhad : Cloud Point of Sales (CPOS) 31 Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri Dan Kesihatan (SPPDK) ANGKASA : Keseragaman Dalam Jaringan Koperasi

9

15

54

42

43

50

2 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

32 Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad : Umrah & Pelancongan Melalui KOPETRO 33 Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad : Perkhidmatan Sewa Bot 34 Koperasi Keluarga Hanim Zainal Selangor Berhad : Warisan Spa Tawar Pakej Kecantikan Untuk Muslimah 35 De KPMNJ Boutique Hotel 36 Koperasi Homestay Walai Tokou Kundasang Sabah Berhad : KOPSTAY Ketengah Budaya Kaum Dusun 39 Sektor Pemborongan Dan Peruncitan ANGKASA : Keupayaan Dan Kejayaan Sektor Peruncitan Koperasi Di Malaysia 41 ‘100 Product Champion’ Platform Perkasa Produk Koperasi 43 KOIMAN : Serunding i-man Farm 44 Koperasi Kakitangan BERNAS Berhad (KKBB) : Bubur Nasi Segera Berasli 45 Koperasi Usahawan IAT Berhad : Pengeluar Minuman Rumpai Laut 46 Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad (K’Big) 47 Koperasi Usahawan Groombig Penang Berhad : Marble Orange Cookies 48 Koperasi Wawasan Jasma Negeri Sembilan Berhad : Sos Salad Dan Krim Keju Kowjanes 49 Koperasi Fasto Global Berhad 50 Sektor Hartanah Dan Industri Binaan ANGKASA : Memacu Kemajuan Sektor Hartanah Koperasi 51 Perniagaan Bahan Pembinaan Dan Penyelenggaraan ( Hardware ) Di CoopMart PutraKop 52 KOPAMA : Pangsapuri D’Syakirin 53 Koperasi Sri Al Amin Kerteh Berhad : Paku Hardware D.I.Y Shop 54 Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA : SPGA Beri Impak Besar Kepada Gerakan Koperasi Negara 57 MyANGKASA Holdings Sdn Bhd

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman

Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz

Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya,

Wan Adlina Wan Ab. Aziz Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor Pemberita/ Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

9 770126 873000

47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

JILID 46 BIL. 5 KDN PP2010/01/2013(031495) SEM. MALAYSIA RM1.70 SABAH/SARAWAK RM2.00

Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop

@ANGKASACoop

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

3

SEKAPUR SIREH Datuk Nordin Salleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Salam Sejahtera U saha untuk mencambahkan nilai-nilai positif anggota untuk turut sama menyemarakkan semangat keusahawanan koperasi bukan sahaja memerlukan kesungguhan serta komitmen yang berpanjangan, malah harapan yang mahu diletakkan bagi mengubah tahap pemikiran mereka menuntut pelbagai pendekatan yang boleh menarik minat selain rancangan ekonomi koperasi yang lebih inklusif. Sebenarnya kita tidak mahu melihat perbandingan yang tidak seimbang terutamanya dalam aspek tadbir urus ekonomi yang dijalankan oleh koperasi dan bukan koperasi. Perkembangan teknologi dan inovasi mampu merubah budaya niaga dan meninggalkan pendekatan konvensional jauh ke belakang. Hal tersebut perlu diberi perhatian kerana dibimbangi sekiranya tidak mengikut perkembangan semasa, pendekatan perniagaan cara lama yang masih digunapakai itu tidak lagi berupaya untuk bertahan dan akhirnya koperasi akan mengalami kerugian setelah ketinggalan dan tidak mampu untuk terus berdaya saing di pasaran. Pemimpin koperasi juga perlu sentiasa memberi dorongan dan mendedahkan anggotanya dengan cara melibatkan penyertaan mereka dalam setiap aktiviti ekonomi yang dijalankan selain memberi semangat berterusan kepada anggotanya untuk bersama membantu melonjakkan perniagaan koperasi. Inisiatif ANGKASA menganjurkan MACCOPS dilihat sebagai menepati matlamat kerana karnival tersebut bukan sahaja mampu menyuntik semangat dan inspirasi dalam keusahawanan koperasi, malah anggota juga berpeluang menimba pengetahuan melalui majlis-majlis ilmu berkaitan keusahawanan yang turut dianjurkan secara percuma. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ANGKASA atas penganjuran MACCOPS 2019. Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga karnival ini berjaya mencapai matlamat bukan sahaja kepada koperasi, malah kepada seluruh masyarakat.

Sekian, terima kasih.

DATUK NORDIN BIN SALLEH

4 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

SEULAS PINANG Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

Salam Sejahtera K arnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia atau MACCOPS kali keempat penganjurannya tahun ini terus dijadikan sebagai sandaran penting dalam usaha ANGKASA membina rangkaian perdagangan secara lebih meluas.

Karnival yang bertemakan ‘ Coop Global Gateway to Sustainable Trade ’ itu adalah sebahagian dari inisiatif yang terjalin melalui kesepakatan negara anggota Ikatan Koperasi Antarabangsa bagi Asia Pasifik (ICA-AP) untuk saling membantu memperkasakan perniagaan koperasi. Keputusan Anggota Lembaga ICA-AP dalam mesyuarat kelapannya di Kuala Lumpur baru-baru ini yang memberi kepercayaan kepada Malaysia menerajui Pejabat Perniagaan Serantau Malaysia Business Office (MBO) di Kuala Lumpur untuk tempoh lima tahun lagi turut membuka peluang dan harapan yang cukup tinggi kepada koperasi bagi meneroka dan mengembangkan perniagaan ke rantau tersebut. MACCOPS sebenarnya boleh dianggap sebagai platform paling mudah kepada sektor-sektor koperasi untuk mencipta nama di pasaran antarabangsa kerana karnival tersebut turut disertai beberapa buah negara selain dapat memotivasikan anggotanya untuk lebih bersedia dan berpengetahuan selain mendidik mereka dalam hal ehwal perniagaan secara lebih menyeluruh. Selain dapat berhubung dan saling mengenali, anggota koperasi juga boleh memanfaatkan sepenuhnya tempoh penganjuran MACCOPS ini untuk meraih ilmu dan pandangan melalui seminar dan forum yang dianjurkan, mendapatkan sokongan pasaran dan yang lebih penting, mencipta peluang-peluang pasaran yang baharu. Kita harus akui bahawa semangat yang lahir melalui keazaman selalunya terbentuk hasil cetusan idea, sokongan dan juga dorongan yang timbul hasil perbandingan dan peluang yang terhidang. Justeru, tempoh tiga hari penganjuran MACCOPS ini diharap dapat memberi kesan positif kepada gerakan koperasi khususnya kepada anggota koperasi bagi meraih sebanyak mungkin peluang dan ilmu sekaligus lebih yakin untuk menetapkan matlamat dan masa depan koperasi secara lebih realistik dan progresif.

DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH

Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

5

Pertingkat Kualiti Produk & Perkhidmatan Koperasi Industri peruncitan dan pemborongan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam memacu ekonomi negara. Sektor berdaya saing ini memiliki potensi cerah dalam mencorakkan landskap ekonomi baharu. Ia sekaligus dapat merangsang nilai pelaburan yang tinggi tanpa mengabaikan keperluan pengguna yang semakin meningkat. Data yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merekodkan industri runcit Malaysia mencatat kadar pertumbuhan yang lebih baik daripada yang dijangkakan iaitu sebanyak 3.8 peratus dalam jualan runcit bagi suku pertama 2019 berbanding pada tahun 2018. Pada suku pertama, sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 57 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan subsektor borong dan runcit adalah memacu pertumbuhan utama bagi sektor perkhidmatan.

Situasi ini memperlihatkan jualan perdagangan borong dan runcit pada Mei 2019 telah menyumbang sejumlah RM110.8 bilion kepada KDNK dengan penglibatan kira-

Oleh: DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH Presiden ANGKASA Merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

6 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019 6 PELANCAR

kira 1.8 juta tenaga kerja secara menyeluruh. Seiring dengan perkembangannya, gerakan koperasi di Malaysia tidak terkecuali dalam memberi sumbangan menerusi sektor berimpak tinggi tersebut. Kadar peningkatan perolehan koperasi negara dari RM35 bilion pada tahun 2014 kepada RM40,318.14 bilion pada tahun 2018 membuktikan penglibatan koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi begitu signifikan dalam merancakkan bidang ekonomi negara.

Mengikut data SKM, tahun 2018 menyaksikan bilangan koperasi adalah sebanyak 14,247 dengan keanggotaan seramai 6.6 juta orang mewakili 20 peratus populasi negara manakala jumlah syer dan yuran adalah sebanyak RM14.9 bilion dan aset sebanyak RM142.9 bilion. Gerakan koperasi di Malaysia juga disaran supaya meningkatkan perolehan dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan koperasi bagi mencapai sasaran sebanyak RM50 bilion menjelang 2020 sekali gus menyumbang lima peratus kepada KDNK. Koperasi-koperasi yang menjalankan perniagaan dalam sektor ini perlu lebih berani untuk bersaing dengan pemain industri pemborongan dan peruncitan tempatan mahupun syarikat multinasional. Langkah itu perlu dilihat dari sudut positif kerana dapat mendorong sektor koperasi untuk meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan yang disediakan. Sektor pemborongan dan peruncitan telah mula aktif dalam gerakan koperasi sejak tahun 1949 dan dijangka akan terus memberi sumbangan yang signifikan kepada peningkatan output koperasi. Perangkaan semasa menunjukkan 50 peratus koperasi terlibat dalam sektor pengedaran, dengan koperasi dewasa memainkan peranan penting bagi memastikan pengedaran barangan keperluan harian terutamanya barang kawalan sampai kepada rakyat terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar. Gabungan dan kerjasama strategik antara koperasi pemborongan dan peruncitan di seluruh negara dijangka dapat melipatgandakan penglibatan serta mengukuhkan koperasi dalam sektor ini. Pengukuhan koperasi penting bagi memastikan koperasi dapat memainkan peranannya dengan lebih efisien dalam membantu kerajaan menstabilkan harga barangan di pasaran. Penglibatan koperasi dalam aktiviti pemborongan dan peruncitan adalah bertepatan dengan konsep “ members-owned, members-produced, and members-consumed ” iaitu koperasi yang dimiliki oleh anggota, bergabung tenaga dan modal mengeluarkan produk atau barangan keperluan untuk kegunaan dan faedah bersama. Sebagai peneraju pembangunan sosioekonomi negara, ANGKASA akan terus memperkasakan gerakan koperasi dalam Sektor Pemborongan Dan Peruncitan yang secara tidak langsung turut membangunkan produk-produk Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) serta mengambil peluang dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

7 Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR 7 PELANCAR

Koperasi Perlu Sentiasa Cari Peluang Eksport Produk, Perkhidmatan Halal

» Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof (enam dari kiri) mahu penyertaan yang lebih aktif daripada koperasi dalam misi kerajaan mengeksport produk makanan dan minuman halal untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020, penglibatan koperasi tempatan untuk memenuhi permintaan produk dan perkhidmatan halal yang tinggi di Jepun telah disarankan. Negara tersebut juga menjangkakan kemasukan lebih lapan juta pelancong Muslim sepanjang berlangsungnya acara sukan tersebut. Ekosistem industri halal tidak hanya tertumpu pada produk makanan dan minuman tetapi kewangan Islam, perubatan dan farmaseutikal, kosmetik dan penjagaan diri, kandungan dan bahan perasa makanan serta logistik. Namun begitu, mempunyai logo halal sahaja tidak dapat menjamin sesebuah produk itu boleh atau layak dieksport. Koperasi perlu mengatasi beberapa kelemahan seperti kapasiti dan keupayaan untuk mengeluarkan produk dalam skala yang besar. Perkara tersebut jelas dapat dilihat apabila sejumlah besar koperasi tidak berjaya menempatkan produk mereka di pasar raya tempatan kerana tidak mampu memenuhi pesanan besar. Bagaimanapun, perkara ini dapat diatasi dengan mengutamakan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk serta mengadaptasi teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (Aritificial Intelligence) dan robotik untuk pemasaran, pembuatan dan perkilangan. Koperasi-koperasi juga boleh bergabung untuk menubuhkan konsortium supaya produk-produk yang dihasilkan dapat dipromosi

Oleh : DATO’ HAJI KAMARUDIN HAJI ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Ahli Lembaga ICA Global

Koperasi-koperasi tempatan perlu sentiasa mencari peluang mengeksport produk dan perkhidmatan halal meskipun menghadapi saingan yang kuat daripada syarikat- syarikat multinasional. Berdasarkan statistik keluaran Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), eksport produk halal Malaysia pada tahun 2017 direkodkan pada RM43.4 bilion. Menurut HDC juga, syarikat-syarikat multinasional mendominasi pasaran eksport halal negara sebanyak 87.5 peratus manakala selebihnya disumbang oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta industri kampung.

8

PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

secara berkumpulan sekali gus memberi persepsi yang kuat kepada syarikat pengimport atau pembeli luar bahawa produk-produk tersebut mempunyai pasaran yang kukuh di Malaysia. Lambakan produk juga memberi masa dan ruang bagi pembeli mengenal pasti produk- produk yang mendapat permintaan tinggi daripada pengguna untuk membuat pesanan Stock Keeping Unit pada jumlah yang lebih banyak pada masa akan datang. Produk yang dihasilkan oleh koperasi juga perlu ditambah baik dari segi kualiti produk, pembungkusan dan maklumat nutrisi untuk memenuhi kriteria bagi dieksport ke luar negara. Kerjasama antara ANGKASA dengan SIRIM pada tahun 2014 telah membantu beberapa koperasi mendapat bantuan dan nasihat dari segi reka bentuk grafik, kesesuaian bahan pembungkusan, reka bentuk jenama, percetakan bahan pembungkusan dan pendaftaran cap dagangan. Koperasi turut disaran untuk menyertai program-program promosi eksport atau pameran perdagangan antarabangsa anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan agensi-agensi dibawahnya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) dan Industri serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

» Produk-produk koperasi sudah mencapai tahap yang membanggakan dan mempunyai potensi besar untuk dieksport.

Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

9

Jom Berzakat dan Berinfaq Melalui ANGKASA

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.

Antara bentuk perniagaan ialah perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian, sesama Islam atau bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya. Jumlah keseluruhan pengagihan zakat perniagaan ANGKASA bagi tahun 2018 telah meningkat kepada RM2,240,489.68 berbanding tahun 2017 iaitu sebanyak RM2,032,477.56. Pelbagai manfaat sebenarnya dapat direalisasikan menerusi hasil kutipan zakat perniagaan koperasi yang diuruskan oleh Unit Pengurusan Dan Pembangunan Zakat, Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Syariah ANGKASA. Bahagian tersebut telah dipertanggungjawabkan bagi mencari, menemuduga dan mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf dan diuruskan oleh koperasi melalui perniagaan yang dijalankan. Antara yang terkini adalah peruntukan sebanyak RM559,743.00 kepada golongan asnaf fisabilillah daripada 27 buah Koperasi Kariah Masjid (KKM) terpilih di seluruh negara sebagai saham kepada pelaburan projek cuci kereta milik KKM. Justeru, ANGKASA mengalu-alukan koperasi menggunakan khidmat ANGKASA sebagai wakil amil zakat perniagaan koperasi:

Oleh : DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah, ANGKASA

ANGKASA juga sedia memberi khidmat rundingan dan penaksiran zakat perniagaan di koperasi sekiranya mendapat jemputan koperasi. Sempena penganjuran MACCOPS 2019, koperasi berpeluang mendapatkan info lanjut di gerai pameran ANGKASA yang disediakan. Di samping itu, kutipan dana Infaq Lil-Waqf ANGKASA juga turut dijalankan oleh ANGKASA sebagai galakan kepada anggota koperasi untuk melaksanakan amalan menderma / menyumbang bagi tujuan wakaf. Selain dapat membangunkan harta untuk tujuan diwakafkan bagi kepentingan masyarakat umum khususnya anggota koperasi, dana infaq itu juga turut menyediakan saluran kebajikan yang sistematik, dinamik dan bersepadu.

Gerak Kerja Perkhidmatan Zakat Rundingan Taksiran Zakat Temujanji Kutipan Zakat Koperasi Surat Rasmi Hasil Taksiran Serahan Zakat Kepada Majlis Agama Islam Negeri

10 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

ANGKASA Perkasa Perniagaan Peruncitan Koperasi Sektor peruncitan merupakan antara sektor ekonomi yang diceburi oleh koperasi sebagai aktiviti perniagaan utama mereka.

Mengikut laporan statistik oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), pada tahun 2014 jumlah koperasi terlibat dalam sektor pengguna adalah sebanyak 4,916 buah dengan jumlah perolehan bernilai RM1,126 juta. Statistik terkini berakhir Jun 2019 menunjukkan sebanyak 5,429 buah koperasi terlibat dalam sektor pengguna dengan menjana perolehan bernilai RM1,142 juta. Ini jelas menunjukkan peningkatan berterusan penglibatan koperasi dalam sektor peruncitan dalam tempoh lima tahun. ANGKASA melalui Sektor Pemborongan Dan Peruncitan telah melaksanakan pelbagai usaha dan program untuk memperkasakan perniagaan koperasi. Pertama, Program “ 100 Product Champion ” yang mempunyai matlamat utama untuk mengenal pasti dan membangunkan 100 produk koperasi berpotensi sehingga mencapai tahap sedia bagi memasuki pasaran luar negara. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti meningkatkan kualiti dan pembungkusan produk serta persijilan yang diperlukan. Sehingga kini ANGKASA telah berjaya membangunkan 51 produk Unit Simpanan Stok (SKU) koperasi dan sebahagian daripadanya telah berjaya memasuki pasaran luar negara. Kedua, Sistem BA 100 yang dibangunkan oleh ANGKASA merupakan satu sistem rantaian bekalan secara atas talian yang lebih efisien dan efektif untuk meningkatkan daya saing koperasi dalam perniagaan peruncitan. Sistem ini dapat membantu koperasi mendapat bekalan dengan kos lebih rendah melalui penghapusan peranan orang tengah di samping dapat membantu peruncit dalam mengurus inventori dengan lebih berkesan kerana belian bekalan berdasarkan kepada permintaan pengguna. ANGKASA memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini melalui belian secara pukal dengan pengilang dan pembekal utama. Sistem ini juga telah diiktiraf oleh Kerajaan sebagai salah satu mekanisma untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Ketiga, program Go Global yang mempunyai matlamat untuk meningkatkan pemasaran produk-produk koperasi ke luar negara terutamanya kalangan negara ASEAN yang mempunyai potensi dan pasaran yang besar. Program ini dilaksanakan melalui tiga strategi utama, iaitu: i. ANGKASA akan bekerjasama dengan rakan strategik di luar negara untuk menerokai peluang perniagaan untuk produk-produk koperasi. ii. Penyertaan dalam ekspo perdagangan di luar negara iii. Menganjurkan pameran produk koperasi dan pemadanan perniagaan di luar negara.

Oleh : DR. MOHD AZLAN YAHYA Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk MACCOPS 2019

Bagi membuktikan komitmen untuk memperkasakan peruncitan dan pembangunan produk-produk koperasi yang berkualiti, ANGKASA telah memperuntukkan kewangan yang agak besar setiap tahun kepada Sektor Pemborongan Dan Peruncitan supaya usaha murni ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

11 Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR 11 Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

CoopCity Bandar Penawar Usaha ANGKASA dan Koperasi Bangunkan Bandar Koperasi Pertama di Malaysia

Menurut Dasar Keusahawan Negara (DKN) 2030, pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudaya dan berpemikiran usahawan merupakan asas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang 2030. Perlaksanaan Enam Teras Strategik di bawah DKN akan menjadi pemangkin kepada proses transformasi ekonomi inklusif dan komuniti keusahawanan negara. ANGKASA melalui Sektor Hartanah dan Industri Binaan sedar akan perkara ini dan mengusahakan satu inisiatif pembangunan hartanah melalui projek Bandar Koperasi yang dikenali sebagai CoopCity. Objektif penubuhan CoopCity ini antaranya adalah untuk menggalakkan penglibatan koperasi dalam Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan, menguasai rantaian nilai yang sistematik dan tersusun melalui gerakan koperasi serta menyediakan peluang pelaburan kepada anggota dalam Sektor Pembangunan dan Industri Binaan. Antara bandar koperasi yang terbaik di dunia adalah CoopCity Bronx yang terletak di Borough Bronx, New York. Terdapat 43,752 penduduk daripada kalangan anggota koperasi menetap di sana dan kawasan tersebut juga berdekatan dengan tempat-tempat menarik seperti Pelham Bay dan Orchard Beach.

Oleh : DATO’ HAJI CHE MOHD SHUKREE CHE ISA Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA CoopCity Bandar Penawar meliputi keluasan tapak 59.5 ekar dengan nilai pembangunan kasar melebihi RM 300 juta. Projek itu sekarang dalam proses pembangunan fasa pertama oleh ANGKASA dan koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad dan keseluruhannya melibatkan tiga fasa iaitu Fasa 1 (Teres Jenis A&B/ Kedai Pejabat), Fasa 2 (Teres Jenis B, Teres RMMJ, Kedai Kos Sederhana) dan Fasa 3 (Teres Jenis A, Rumah Pangsa PKJ A&B). Projek CoopCity ini akan

dibangunkan menerusi lima prinsip koperasi iaitu koperasi perlu

menguruskannya sendiri, modal dikongsi bersama, keutamaan pemilikan oleh koperasi dan anggota selain koperasi perlu memonopoli perniagaan serta pembiayaan dari bank koperasi.

» Pelan Fasa pembangunan CoopCity Bandar Penawar

12 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

Pentingnya Model Perniagaan Dan Visi Yang Jelas

Dunia perniagaan koperasi mempunyai pelbagai jenis dan bidang ekonomi. Aspek perniagaan yang luas memerlukan penelitian dan keputusan bijak serta berakauntibiliti. Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sebagai pemimpin sesebuah

koperasi perlu memahami sifat perniagaan secara holistik, sistematik, mudah dan jelas. Apabila ALK memahami model perniagaan yang hendak diceburi, ia akan memberi gambaran setiap elemen yang berkaitan dengan perniagaan. Justeru itu, model perniagaan yang jelas akan dapat mengenal pasti sasaran pelanggan, rakan kongsi, produk, pasaran dan kos pengeluaran. Kepimpinan ALK adalah penggerak utama yang memandu perjalanan koperasi bagi mencapai misi dan visi koperasi. Kepimpinan mereka juga perlu mempunyai talian rapat dan saling berinteraksi dengan anggota koperasi bagi memungkinkan kejayaan sesebuah koperasi. Maka jelaslah penglibatan kepimpinan ALK supaya dapat turut serta dalam program yang dirangka di bawah Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA sangat penting. Selain dapat memberi peluang untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan diri, ALK juga dapat menjadikannya sebagai platform perkongsian kejayaan antara koperasi dan bertukar-tukar fikiran untuk memajukan koperasi. Penekanan konsep keusahawanan dalam koperasi bukan sesuatu yang baharu. Melalui penekanan konsep tersebut, perniagaan koperasi akan menjadi lebih terancang dan sistematik kerana setiap perniagaan yang diusahakan dibincang dan didokumentasikan untuk dijadikan landasan dalam menggerakkan perniagaan koperasi. Anggota koperasi juga perlu meningkatkan kefahaman berkaitan peranan dan hak tanggungjawab.

Kefahaman peranan lembaga dan anggota koperasi terhadap model perniagaan yang jelas adalah penting. Ia juga haruslah terhasil daripada visi dan misi yang jelas. Ramuan model perniagaan dan visi yang jelas mampu membawa kejayaan koperasi. ALK perlu memahami selok-belok pentadbiran dan undang-undang koperasi serta pengurusan strategik dan kewangan koperasi bagi mendapat perolehan dan keuntungan yang optimum. Daya kepimpinan yang berkesan serta mengambil kira etika, nilai dan integriti selari dengan nilai dan falsafah dalam gerakan koperasi menjamin kemajuan sesebuah organisasi khususnya sektor koperasi. Dalam menuju ke arah koperasi cemerlang, koperasi perlu bijak mengurus kejayaan dan berupaya mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangan membabitkan cabaran dalam pengurusan kewangan, kepimpinan dan penglibatan anggota. Oleh : PROF. MADYA DATO’ DR. ABDUL RAHMAN ABDUL RAZAK SHAIK Naib Presiden ANGKASA Merangkap Timbalan Pengerusi Bahagian Kepimpinan, Modal Insan Dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA

13 Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR 13 Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

MACCOPS 2019

Sejarah MACCOPS A NGKASA mempunyai objektif yang jelas untuk penganjuran MACCOPS buat julung kalinya pada tahun 2014

iaitu sebuah platform yang mempamerkan produk dan perkhidmatan koperasi secara lebih khusus, eksklusif dan besar-besaran. Ketika pertama kali diperkenalkan, MACCOPS merupakan satu-satunya karnival koperasi seumpamanya di Malaysia.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah juga pernah berkata, “Jika kementerian Pertanian (ketika itu) menganjurkan Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA), ANGKASA selaku badan puncak koperasi ingin mengangkat produk dan perkhidmatan koperasi melalui MACCOPS supaya keberadaan produk dan perkhidmatan koperasi dikenali masyarakat.” Membawa tema “Jom Beli Produk Koperasi”, MACCOPS 2014 telah diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan telah berjaya menarik 10,000 pengunjung serta mencatat nilai perdagangan sebanyak RM10 juta. ANGKASA melihat penganjuran MACCOPS juga sebagai satu kempen untuk menyeru kerajaan supaya mengiktiraf koperasi sebagai sebuah entiti yang didefinisikan sebagai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi membolehkannya menikmati pakej insentif dan keistimewaan setaraf dengan sektor PKS. MACCOPS juga membantu membentuk pemikiran masyarakat untuk lebih positif dan terbuka terhadap gerakan koperasi serta menerima baik produk dan perkhidmatan yang dihasilkannya.

14 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

Susulan sambutan yang menggalakkan terhadap MACCOPS 2014, ANGKASA menganjurkan MACCOPS untuk kali kedua pada bulan November 2015 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Seramai 10,000 orang telah berkunjung ke MACCOPS 2015 yang merekodkan nilai perdagangan sebanyak RM10 juta. MACCOPS 2017 mencatat sejarahnya tersendiri apabila Presiden International Co-operative Alliance (ICA) ketika itu, Monique F. Leroux telah hadir bagi merasmikan program yang diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre. Bertemakan “Embrace the Difference”, buat pertama kalinya MACCOPS mencatat kunjungan pelawat antarabangsa tertinggi berikutan Malaysia menjadi tuan rumah ICA Global Conference and General Assembly di Sunway Resort Hotel & Spa pada 13 hingga 17 November 2017.

Dalam ucapan perasmiannya, Monique berkata MACCOPS adalah contoh terbaik dan dijadikan sebagai jenama di peringkat global dalam usaha untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi koperasi menerusi pendekatan promosi dan publisiti. Karnival edisi ketiga tersebut menyaksikan kehadiran seramai 15,000 pengunjung. Harapan ANGKASA agar MACCOPS terus menjadi wadah menyatukan semua koperasi di seluruh negara dan menentukan strategi bagi usaha sama, kelestarian serta pembaharuan masa hadapan yang membolehkan kemakmuran perniagaan dan masyarakat umum.

Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

15

MACCOPS 2019

16 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

BA100

“Saya mengalu-alukan pelaksanaan program Barang Asas 100 (BA 100), anjuran bersama Kementerian Pembangunan Usahawan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dalam sektor pemborongan dan peruncitan seperti yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 29 Ogos 2019 baru-baru ini.” BA100 Inisiatif ANGKASA Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup

Demikian merupakan petikan daripada amanat Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Majlis Countdown Hala Tuju Koperasi Selepas 100 Tahun di Tamarind Square, Cyberjaya pada 21 September 2019. Program BA100 merupakan salah satu usaha berterusan yang digerakkan oleh ANGKASA dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sarah hidup di era ini dan dalam masa yang sama menggerakkan perniagaan koperasi yang terlibat dalam industri peruncitan.

Objektif BA100

Menawarkan Barang Asas Dengan Harga Berpatutan

Menaiktaraf Kualiti Hidup Anggota Koperasi

Menaiktaraf Operasi Koperasi Peruncitan Agar Lebih Kompetitif

Merangsang Perniagaan Koperasi

Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

17

Bagaimana BA 100 Berfungsi?

Pembekal-pembekal yang membekal jenama Nasional telah dilantik untuk membekalkan produk ke seluruh rangkaian kedai koperasi. Berasaskan kepada pendekatan tersebut, kedai-kedai koperasi dapat bergabung dengan menawarkan jualan barangan asas dengan harga yang berpatutan. Koperasi yang terlibat dalam program BA 100 akan dibekalkan dengan latihan bagi menggunakan sistem-sistem yang telah direka sekali gus menghasilkan pengurusan peruncitan kedai koperasi yang lebih mantap dan efisien.

PENGURUSAN TEMPAHAN BA100

PELANGGAN

Pelanggan pilih dan bayar secara dalam talian. Ambil produk yang telah siap dibungkus di outlet .

OUTLET BA100

Menghantar tempahan terus ke outlet.

Tempah barangan / produk mengikut keperluan semasa.

ANGKASA

Tempah barangan / produk mengikut permintaan outlet.

VENDOR

18 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

SEKTOR PEMBANGUNAN KOMUNITI ANGKASA

Teroka Peluang Perniagaan Baharu

DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA

Penglibatan Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA dalam industri perniagaan semakin berjaya menyerlahkan pemantapan tadbir urus koperasi yang terlibat sekaligus membuka ruang pasaran secara lebih luas dan terjamin. ANGKASA melalui peruntukan daripada Tabung Kumpulan Wang Amanah Koperasi Pendidikan (KWAP) telah menyediakan sejumlah peruntukan bagi merealisasikan matlamat ekonomi sektor berkenaan. Selain menganjurkan pelbagai majlis ilmu seperti seminar dan bengkel padanan perniagaan, koperasi- koperasi yang terlibat juga turut diberi pendedahan secara terbuka menerusi khidmat nasihat dan pemantauan berterusan selain memberi pendedahan mengenai peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh koperasi.

pendidikan berkualiti mengenai kesedaran berkoperasi dan merangsang ekonomi, budaya dan sosial komuniti.

Garis Panduan Tadbir Urus dan Pengurusan perniagaan koperasi juga turut disediakan dalam usaha ANGKASA memastikan aktiviti perniagaan koperasi terus kekal aktif dan berjaya mencapai matlamat seperti yang ditetapkan. Selain itu, program pembangunan modal insan juga turut disediakan bagi meningkatkan kebolehpasaran selain memberi peluang kepada anggota koperasi yang terlibat untuk mendapatkan latihan dan pekerjaan. Penyertaan di MACCOPS mampu menyerlahkan lagi potensi perniagaan koperasi dalam usahanya untuk memperkenal dan membuka peluang pasaran baharu. Kesempatan yang diberi perlu diambil dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya bukan sahaja oleh koperasi, malah oleh seluruh anggotanya..

Usaha tersebut adalah selari dengan Misi Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA yang mahu menyediakan

Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

19

TINJAUAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN KOPERASI

Koperasi Pertis Terengganu Berhad Urut Refleksologi

Dalam memberikan kemahiran yang boleh menjana pendapatan kepada OKU penglihatan pihak Koperasi Pertis Terengganu Berhad telah menjalankan kursus urutan terutamanya kursus urutan refleksologi sama ada melalui pihak koperasi sendiri, dengan kerjasama persatuan orang-orang cacat penglihatan Islam Malaysia dengan pihak ANGKASA atau lain-lain agensi yang berminat. Di samping itu, pihak koperasi juga berperanan menempahkan juru urut - juru urut OKU penglihatan dalam mana-mana karnival atau tempat-tempat bersesuaian. Antara perkhidmatan yang dijalankan oleh Koperasi Pertis Terengganu Berhad ialah : • Bahagian refleksologi – menyediakan latihan refleksologi. •

Penempatan juru urut - juru urut ke mana-mana tempat yang memerlukan. • Menjadi penyelia dan pemantau kepada juru urut dan pusat-pusat urutan yang terdiri daripada ahli koperasi dan juru urut perkhidmatan. • Menjalankan kursus-kursus dan latihan dari semasa ke semasa dalam mempertingkatkan lagi kemahiran juru urut OKU penglihatan yang sedia ada. • Caj bagi perkhidmatan urutan refleksologi yang dijalankan ialah diantara RM20.00 – RM50.00 dalam tempoh masa di antara 30 minit – 1 jam bergantung kepada kos penganjuran dan jenis penganjuran yang diadakan. • Sekiranya mana-mana pihak berminat untuk mendapatkan perkhidmatan atau latihan bolehlah datang ke rakan niaga koperasi dan juga merupakan penasihat dalam bidang refleksologi kepada pihak koperasi iaitu :

Koperasi Pertis Terengganu Berhad Pusat Refleksologi Mf Mekar Niaga, A-656, Jalan Fikri, Kampung Baru, Seberang Takir,

21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman. Tel : 013-908 3130 - Encik Mohd Fauzi Mansor Tel : 018-948 1700 - Puan Nor Hidayu Mamat

20 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

TINJAUAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN KOPERASI

Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad Kopi Pra Campuran 2 dalam 1

Koperasi Serbaguna Kaum Ibu (KSKI) Kubang Pasu Berhad, Jitra, Kedah mempunyai produk keluaran sendiri seperti Kopi Pra Campuran 2 dalam 1 Warisan Ibu (27gm x 15 Sachet) dan mempunyai pengiktirafan sijil Halal & MESTI). Kopi Serbuk Warisan Ibu (160gm) pula sesuai untuk mereka yang menggemari cita rasa asli kopi tradisional. KSKI turut mengeluarkan Serbuk Kari Daging/

Ayam/Ikan Warisan Ibu (25gm) yang menggunakan rempah ratus berkualiti dan merupakan resipi turun temurun tradisional. Sos Cili Warisan Ibu (340 ml / 650 ml) dihasilkan tanpa penggunaan sebarang bahan pengawet. Boleh digunakan untuk pelbagai masakan dan dimakan begitu saja sebagai pencicah. Dodol Warisan Ibu (250 gm) pula menggunakan bahan seperti Tepung Pulut, Gula Putih, Santan, Garam mengikut resepi turun temurun yang mengekalkan citarasa tradisional. Produk-produk juga boleh diperoleh di Mart di Lot 54, Pekan Jitra 2, Kedah Darul Aman.

Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad Kampung Lubuk Batu, Mukim Pelubang, 06000 Jitra, Kedah

Tel. : 04-9171470 / 013-4023813 E-mel : kaum_ibu@yahoo.com Pegawai: Siti Nur Asilah

Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

21

Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani Perintis Kemajuan Koperasi Malaysia SEKTOR PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI ANGKASA

Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA mempunyai visi untuk meningkatkan pendapatan koperasi yang terlibat dengan sasaran perolehan sebanyak lima kali ganda menjelang tahun 2021. Selain itu, sektor ini juga mempunyai objektif untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor koperasi menerusi projek pembangunan yang berskala ekonomik dan bersifat lestari, meningkatkan sumbangan sektor koperasi di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menggalakkan pelaburan bagi meningkatkan nilai tambah sektor pertanian dan industri asas tani menerusi pemilikan atau pembelian tanah, saham syarikat dan usahasama serta memastikan pembangunan sektor koperasi berkembang secara mampan, mesra alam dan berupaya mengurangkan kos sara hidup masyarakat. Untuk mencapai objektif-objektif ini, Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA telah merangka pelbagai strategi seperti melaksanakan projek-projek pertanian dan industri asas tani secara berkelompok dengan menggabungkan koperasi, ANGKASA bertindak selaku peneraju dan pemudah cara dalam perlaksanaan projek, melaksanakan projek secara bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi dan jabatan kerajaan serta pihak swasta serta mengadakan rundingan dan kerjasama dengan pihak kerajaan supaya memberi keutamaan kepada koperasi dalam aspek perolehan. Antara projek-projek yang telah dilaksanakan oleh Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA adalah projek lembu tenusu secara berkelompok, mentor dan mentee, pusat pembiakan lembu Heifers Park di Negeri Sembilan, projek tanaman jagung bijian di Kedah, projek ternakan udang berkelompok, projek tanaman cili secara fertigasi, projek pembungkusan dan pengedaran beras dan projek ternakan ikan patin.

DATO’ HAJI KAMARUDIN HAJI ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA

22 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

TINJAUAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN KOPERASI

Koperasi Pegawai-Pegawai MARDI Berhad (KoMARDI) Produk Susu Segar dan Susu Coklat

Produk Susu Segar KoMARDI mula dikeluarkan pada tahun 2018. Produk ini menyediakan 100 peratus susu segar yang tiada bahan pengawet, pewarna atau bahan-bahan asing lain yang ditambah bermula dari peringkat perahan susu sehinggalah produk dipasarkan.

Koperasi Pegawai-Pegawai MARDI Berhad (KoMARDI) No. 3247, Jalan 18/37, Taman Seri Serdang,

Dalam masa yang sama, KoMARDI turut mengeluarkan produk susu segar berperisa ke pasaran seperti perisa coklat dan sebagainya. Terkini KoMARDI mempunyai ladang ternakan tenusu berskala sederhana yang terletak di Ladang Fidlot Kampung Gadong, Rembau dan Ladang Satelit Nasional di Kampung Londah, Gemas di Negeri Sembilan. Kedua-dua ladang ini mampu mengeluarkan sehingga 2500 liter susu segar sehari. KoMARDI juga memiliki tiga orang penternak kontrak di sekitar Rembau dan Rantau, Negeri Sembilan yang turut membekalkan susu segar kepada KoMARDI.

43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 03-89487962 E-mel: admin@koperasimardi.com

Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

23

TINJAUAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN KOPERASI

Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sungai Buloh Berhad Tanaman Cili Fertigasi

Menyedari keperluan masjid untuk menjadi pusat ekonomi umat Islam selain pusat ibadah semata-mata, Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sungai Buloh Berhad (COOP MSU) telah mendapatkan bimbingan dari ANGKASA untuk projek tanaman cili secara fertigasi di bawah konsultan yang dilantik ANGKASA, Pewaris Bumi Hijau (M) Sdn. Bhd.

Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sungai Buloh Berhad d/a Jalan Kemboja 2, Taman Saujana Utama 2, Sungai Buloh Country Resort, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 03-60384568 Emel: coopmsu2015gmail.com

Selain menjadi sumber pendapatan tambahan kepada koperasi, tanaman cili fertigasi ini juga mampu menjadi tempat riadah kepada masyarakat setempat selain mengeratkan silaturahim antara anggota koperasi. Bermula pada tahun 2017, COOP MSU telah menanam sebanyak 1,000 polybag cili hybrid 461 Gred A secara fertigasi dan untuk musim pertama, mereka berjaya mendapat hasil jualan sebanyak RM5,000. Buat masa ini tanaman cili fertigasi sudah masuk musim kedua dan hasil yang diperoleh nanti dijangka akan meningkat kepada RM6,000.

24 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

TINJAUAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN KOPERASI

KOSAS Tanam Nanas MD2 Secara Besar-Besaran Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad Jus MD2 ‘KOSASPINE’

Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad atau ringkasnya, KOSAS adalah antara koperasi yang mengeluarkan nanas jenis MD2 pada skala yang besar. Ladang miliknya yang berkeluasan 254 hektar di Kuala Langat, Selangor mampu menanam kira-kira lima juta pokok nanas pada satu masa. Pada mulanya, KOSAS memberi tumpuan kepada tanaman nanas jenis N36, Josaphine dan MD2. Walau bagaimanapun, pada tahun 2013, koperasi tersebut telah mengambil keputusan untuk fokus pada tanaman nanas MD2 sahaja selepas melihat permintaan yang tinggi terhadap nanas jenis tersebut. Setiap bulan, pengeluaran nanas yang berjaya direkodkan adalah antara 10 ke 15 tan. Melalui penjualan nanas, KOSAS mencatat keuntungan sebanyak RM40,000 sebulan. Sejak 2014, KOSAS membekalkan sulur nanas MD2 ke Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan dua pengeluar nanas yang membantunya untuk menjana pendapatan sebanyak RM180,000 sebulan. KOSAS turut menghasilkan kira-kira 3,200 botol jus nanas setiap bulan. Koperasi tersebut juga telah merancang untuk menghasilkan produk puri dan jem nenas. Selaras dengan usaha untuk melihat lebih banyak koperasi terlibat dan berjaya dalam industri nanas, KOSAS juga telah memberi latihan dan bimbingan kepada sebuah koperasi di Sarawak. Program tersebut terbukti berjaya kerana telah menunjukkan hasil yang positif untuk fasa yang pertama.

Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad Ladang Nanas Kampung Kundang KOSAS, Batu Laut, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Tel : +6010 – 548 3384 / +6013 - 3436189

Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

25

25

SEKTOR PERLADANGAN ANGKASA

ANGKASA Perjuang Minyak Sawit Malaysia Isu minyak sawit antara negara-negara pengeluar sawit seperti Malaysia dan Indonesia dengan Kesatuan Eropah (EU) sudah berlanjutan begitu lama. Pelbagai bantahan telah diterima oleh EU setelah mengumumkan untuk menyekat penggunaan minyak sawit sebagai biofuel bermula 2021. Bantahan tersebut ternyata membuahkan hasil apabila EU menangguhkan sekatan tersebut sehingga tahun 2030. Walaupun penangguhan tersebut disambut baik oleh kerajaan Malaysia, EU ternyata tidak berganjak daripada pelan asalnya. Statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga menunjukkan terdapat penurunan permintaan minyak sawit dari Malaysia oleh negara-negara EU. Dakwaan EU bahawa minyak sawit merupakan penyebab utama penebangan hutan secara berleluasa adalah tidak benar sama sekali. Malah, Union of Concerned Scientiests, sebuah organisasi advokasi ilmu bukan bermotifkan keuntungan di Amerika Syarikat menyatakan bahawa dari lima bilion hektar tanah pertanian di seluruh dunia, 71.2 peratus digunakan untuk membuka tanah bagi dijadikan padang rumput bagi lembu sapi sedangkan penanaman kelapa sawit hanya menggunakan 0.31 peratus tanah pertanian global. Matlamat untuk bergantung sepenuhnya terhadap minyak sayur juga dilihat sebagai penyelesaian yang tidak praktikal kerana jumlah tanah yang lebih besar perlu digunakan. Jika dibandingkan jumlah kuantiti minyak yang dihasilkan antara kelapa sawit dengan tanaman lain, kelapa sawit menghasilkan empat hingga sepuluh kali lebih banyak minyak per unit kawasan tanaman. Kerajaan melalui Kementerian Industri Utama dan agensi-agensi di bawahnya serta agensi-agensi pengeluar sawit berusaha memperkasakan lagi mesej-mesej mengenai minyak sawit melalui apa jua kempen dan program yang dijalankan. Mesej “kemampanan” kini menjadi mesej utama yang sering disampaikan kepada pengguna selain mesej “kelebihan menggunakan minyak sawit”. Setiap mesej mesti disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat serta disokong oleh sains dan fakta. Tugas ini bukan lagi hanya digalas oleh agensi-agensi yang berkenaan, tetapi juga setiap orang yang terlibat dalam rantaian nilai pengeluaran.

DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Perladangan ANGKASA

26 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bersalaman dengan Timbalan Menteri Industri Utama, YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas selesai sesi perbincangan antara pihak ANGKASA, MPOB dan MPOCC dengan pihak Kementerian Industri Utama. Pihak MPOB yang hadir diketuai oleh Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din (tiga dari kiri) dan Encik Chew Jit Sing (paling kiri) yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MPOCC.

» Contoh sijil MSPO Koperasi Ladang Pekebun- Pekebun Kecil Malaysia Berhad.

Kemampanan telah menjadi norma baharu dalam menghasilkan sebarang hasil pertanian. Malaysia telah menggerakkan usaha ke arah penghasilan produk sawit yang mampan sejak tahun 2011 lagi apabila mula membangunkan standard Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). MSPO telah dilancarkan secara rasmi pada 19 November 2013. Selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2011-2020, ANGKASA sebagai koperasi Apeks telah dipertanggungjawabkan untuk merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi dengan memfokuskan kepada lapan sektor berimpak tinggi. Sektor Perladangan telah dikenal pasti sebagai antara lapan sektor yang boleh membantu koperasi bagi meningkatkan pendapatan sekaligus menjadi penyumbang berkesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. ANGKASA menerusi Sektor Perladangan memberi bantuan kepada koperasi melalui program-program kesedaran mengenai kepentingan pensijilan MSPO dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Global ICA yang telah diadakan di Brussels, Belgium pada 18 hingga 19 Januari 2018, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah menggesa agar pemimpin-pemimpin koperasi dari seluruh dunia termasuk negara anggota Kesatuan Eropah untuk tidak memberi sokongan terhadap pelan memboikot penggunaan minyak sawit sebagai biofuel. Dalam mesyuarat yang sama juga, Dato’ Haji Kamarudin berkata, beliau membawa suara lebih 650,000 anggota koperasi yang juga pekebun kecil kelapa sawit di seluruh Malaysia yang pendapatan dan ekonomi mereka boleh terjejas akibat pemboikotan tersebut. Beliau turut menyeru agar ICA membawa bantahan tersebut kepada EU dan Ahli Lembaga Global ICA untuk berpegang pada prinsip-prinsip koperasi serta mengambil kira kesan serta impak sebelum membuat sebarang keputusan. » Pertemuan antara ANGKASA dengan Menteri Industri Utama, YB Puan Teresa Kok Suh Sim (dua dari kiri) menunjukkan kesungguhan ANGKASA untuk membantu koperasi yang terlibat dalam industri kelapa sawit.

» Keratan-keratan akhbar berkaitan usaha ANGKASA dalam membantu Industri Sawit Malaysia

Pada 18 Mac 2019, ANGKASA telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Menteri Industri Utama, YB Puan Teresa Kok Suh Sim di pejabat beliau di Putrajaya untuk membantu 19 buah koperasi bagi mendapatkan pensijilan MSPO. Dalam pertemuan tersebut, YB Puan Teresa turut menyokong cadangan ANGKASA untuk berperanan sebagai badan pensijilan MSPO oleh Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC) dan sebagai agensi bagi pekerja asing dalam usaha membantu koperasi menangani masalah kekurangan tenaga buruh ladang.

Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

27

TINJAUAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN KOPERASI

Koperasi FELDA Sungai Koyan III Raub Berhad Pahang Pengangkutan BTS

Koperasi FELDA Sungai Koyan III Raub Berhad, Pahang ditubuhkan untuk membantu anggota dalam usaha mengeluarkan hasil BTS (Buah Tandan Segar) dari ladang Felda Sungai Koyan 3 untuk dihantar ke Kilang Sawit Sg. Koyan.

Projek mengangkut BTS ini merupakan aktiviti utama koperasi. Hasil tuaian BTS (milik anggota) perlu diurus dengan baik, cepat dan tanpa tundaan. Aktiviti-aktiviti perniagaan lain juga dirancang untuk meningkatkan perolehan koperasi. Kawasan operasi adalah di Rancangan FELDA Sungai Koyan 3, FELDA Wilayah Mempaga Mukim Ulu Jelai, Daerah Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

ANTARA AKTIVITI PERNIAGAAN LAIN

1.

Kepenggunaan kedai Mini Market 1982 S.Minyak Petronas 1998. Kontrak-kontrak am kerja kontrak di ladang FTPSB, kerja kontrak dengan FELDA dan pihak-pihak lain. Perladangan mini estet keluasan 29.57 ekar ditanam tanaman kelapa sawit bermula 1992. Perkhidmatan sewa kenderaan, ruang niaga, ejen bank, kolam, kanopi, fotostat dan binding. Keahlian dalam koperasi lain KPFMB, BKRMB, KOPUTRA dan KOPSYA. Fungsi wanita rumah inap & camp; IKS

2.

3.

4.

5.

6.

Koperasi FELDA Sungai Koyan III Raub Berhad Pahang FELDA Sungai Koyan 3, 27650 Raub, Pahang Darul Makmur.

Tel. : 09-3401442 Faks : 09-3401442 E-mel : kopsgkoyan3@yahoo.com

28 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

SEKTOR PEMBANGUNAN INOVASI DAN TEKNOLOGI ANGKASA

Teknologi Sebagai Pemangkin Perniagaan Koperasi

DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Inovasi dan Teknologi ANGKASA

Modenisasi dalam bidang keusahawanan koperasi semakin menuntut kepelbagaian dalam aspek penggunaan teknologi moden. Selain memanfaatkan teknologi untuk mengurangkan kos pengurusan dan mempercepatkan proses kerja, modenisasi yang dituntut dalam bidang keusahawanan turut melibatkan pelaburan dalam perniagaan berimpak tinggi selain tuntutan kepada tahap pengetahuan yang tinggi. Sektor Pembangunan Inovasi dan Teknologi ANGKASA melihat perkembangan tersebut dengan menjalankan pelbagai analisis dan kajian lapangan bagi mendapatkan solusi baharu demi membantu melestarikan keusahawanan koperasi. Usaha yang dijalankan dari semasa ke semasa bukan sahaja terhad kepada pembangunan perisian komputer, e-dagang dan penggunaan perkakasan yang sesuai, malah sektor ini juga mahu menjadikan teknologi itu sendiri sebagai penyumbang utama kepada perniagaan yang dijalankan sekaligus memberi pulangan yang lebih bermakna kepada perolehan koperasi.

Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

29

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67 Page 68

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease