CoopCity Bandar Penawar Usaha ANGKASA dan Koperasi Bangunkan Bandar Koperasi Pertama di Malaysia
Menurut Dasar Keusahawan Negara (DKN) 2030, pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudaya dan berpemikiran usahawan merupakan asas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang 2030. Perlaksanaan Enam Teras Strategik di bawah DKN akan menjadi pemangkin kepada proses transformasi ekonomi inklusif dan komuniti keusahawanan negara. ANGKASA melalui Sektor Hartanah dan Industri Binaan sedar akan perkara ini dan mengusahakan satu inisiatif pembangunan hartanah melalui projek Bandar Koperasi yang dikenali sebagai CoopCity. Objektif penubuhan CoopCity ini antaranya adalah untuk menggalakkan penglibatan koperasi dalam Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan, menguasai rantaian nilai yang sistematik dan tersusun melalui gerakan koperasi serta menyediakan peluang pelaburan kepada anggota dalam Sektor Pembangunan dan Industri Binaan. Antara bandar koperasi yang terbaik di dunia adalah CoopCity Bronx yang terletak di Borough Bronx, New York. Terdapat 43,752 penduduk daripada kalangan anggota koperasi menetap di sana dan kawasan tersebut juga berdekatan dengan tempat-tempat menarik seperti Pelham Bay dan Orchard Beach.
Oleh : DATO’ HAJI CHE MOHD SHUKREE CHE ISA Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA CoopCity Bandar Penawar meliputi keluasan tapak 59.5 ekar dengan nilai pembangunan kasar melebihi RM 300 juta. Projek itu sekarang dalam proses pembangunan fasa pertama oleh ANGKASA dan koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad dan keseluruhannya melibatkan tiga fasa iaitu Fasa 1 (Teres Jenis A&B/ Kedai Pejabat), Fasa 2 (Teres Jenis B, Teres RMMJ, Kedai Kos Sederhana) dan Fasa 3 (Teres Jenis A, Rumah Pangsa PKJ A&B). Projek CoopCity ini akan
dibangunkan menerusi lima prinsip koperasi iaitu koperasi perlu
menguruskannya sendiri, modal dikongsi bersama, keutamaan pemilikan oleh koperasi dan anggota selain koperasi perlu memonopoli perniagaan serta pembiayaan dari bank koperasi.
» Pelan Fasa pembangunan CoopCity Bandar Penawar
12 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease