Wadah PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

Pentingnya Model Perniagaan Dan Visi Yang Jelas

Dunia perniagaan koperasi mempunyai pelbagai jenis dan bidang ekonomi. Aspek perniagaan yang luas memerlukan penelitian dan keputusan bijak serta berakauntibiliti. Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sebagai pemimpin sesebuah

koperasi perlu memahami sifat perniagaan secara holistik, sistematik, mudah dan jelas. Apabila ALK memahami model perniagaan yang hendak diceburi, ia akan memberi gambaran setiap elemen yang berkaitan dengan perniagaan. Justeru itu, model perniagaan yang jelas akan dapat mengenal pasti sasaran pelanggan, rakan kongsi, produk, pasaran dan kos pengeluaran. Kepimpinan ALK adalah penggerak utama yang memandu perjalanan koperasi bagi mencapai misi dan visi koperasi. Kepimpinan mereka juga perlu mempunyai talian rapat dan saling berinteraksi dengan anggota koperasi bagi memungkinkan kejayaan sesebuah koperasi. Maka jelaslah penglibatan kepimpinan ALK supaya dapat turut serta dalam program yang dirangka di bawah Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA sangat penting. Selain dapat memberi peluang untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan diri, ALK juga dapat menjadikannya sebagai platform perkongsian kejayaan antara koperasi dan bertukar-tukar fikiran untuk memajukan koperasi. Penekanan konsep keusahawanan dalam koperasi bukan sesuatu yang baharu. Melalui penekanan konsep tersebut, perniagaan koperasi akan menjadi lebih terancang dan sistematik kerana setiap perniagaan yang diusahakan dibincang dan didokumentasikan untuk dijadikan landasan dalam menggerakkan perniagaan koperasi. Anggota koperasi juga perlu meningkatkan kefahaman berkaitan peranan dan hak tanggungjawab.

Kefahaman peranan lembaga dan anggota koperasi terhadap model perniagaan yang jelas adalah penting. Ia juga haruslah terhasil daripada visi dan misi yang jelas. Ramuan model perniagaan dan visi yang jelas mampu membawa kejayaan koperasi. ALK perlu memahami selok-belok pentadbiran dan undang-undang koperasi serta pengurusan strategik dan kewangan koperasi bagi mendapat perolehan dan keuntungan yang optimum. Daya kepimpinan yang berkesan serta mengambil kira etika, nilai dan integriti selari dengan nilai dan falsafah dalam gerakan koperasi menjamin kemajuan sesebuah organisasi khususnya sektor koperasi. Dalam menuju ke arah koperasi cemerlang, koperasi perlu bijak mengurus kejayaan dan berupaya mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangan membabitkan cabaran dalam pengurusan kewangan, kepimpinan dan penglibatan anggota. Oleh : PROF. MADYA DATO’ DR. ABDUL RAHMAN ABDUL RAZAK SHAIK Naib Presiden ANGKASA Merangkap Timbalan Pengerusi Bahagian Kepimpinan, Modal Insan Dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA

13 Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR 13 Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease