MACCOPS 2019
Sejarah MACCOPS A NGKASA mempunyai objektif yang jelas untuk penganjuran MACCOPS buat julung kalinya pada tahun 2014
iaitu sebuah platform yang mempamerkan produk dan perkhidmatan koperasi secara lebih khusus, eksklusif dan besar-besaran. Ketika pertama kali diperkenalkan, MACCOPS merupakan satu-satunya karnival koperasi seumpamanya di Malaysia.
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah juga pernah berkata, “Jika kementerian Pertanian (ketika itu) menganjurkan Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA), ANGKASA selaku badan puncak koperasi ingin mengangkat produk dan perkhidmatan koperasi melalui MACCOPS supaya keberadaan produk dan perkhidmatan koperasi dikenali masyarakat.” Membawa tema “Jom Beli Produk Koperasi”, MACCOPS 2014 telah diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan telah berjaya menarik 10,000 pengunjung serta mencatat nilai perdagangan sebanyak RM10 juta. ANGKASA melihat penganjuran MACCOPS juga sebagai satu kempen untuk menyeru kerajaan supaya mengiktiraf koperasi sebagai sebuah entiti yang didefinisikan sebagai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi membolehkannya menikmati pakej insentif dan keistimewaan setaraf dengan sektor PKS. MACCOPS juga membantu membentuk pemikiran masyarakat untuk lebih positif dan terbuka terhadap gerakan koperasi serta menerima baik produk dan perkhidmatan yang dihasilkannya.
14 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease