Susulan sambutan yang menggalakkan terhadap MACCOPS 2014, ANGKASA menganjurkan MACCOPS untuk kali kedua pada bulan November 2015 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Seramai 10,000 orang telah berkunjung ke MACCOPS 2015 yang merekodkan nilai perdagangan sebanyak RM10 juta. MACCOPS 2017 mencatat sejarahnya tersendiri apabila Presiden International Co-operative Alliance (ICA) ketika itu, Monique F. Leroux telah hadir bagi merasmikan program yang diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre. Bertemakan “Embrace the Difference”, buat pertama kalinya MACCOPS mencatat kunjungan pelawat antarabangsa tertinggi berikutan Malaysia menjadi tuan rumah ICA Global Conference and General Assembly di Sunway Resort Hotel & Spa pada 13 hingga 17 November 2017.
Dalam ucapan perasmiannya, Monique berkata MACCOPS adalah contoh terbaik dan dijadikan sebagai jenama di peringkat global dalam usaha untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi koperasi menerusi pendekatan promosi dan publisiti. Karnival edisi ketiga tersebut menyaksikan kehadiran seramai 15,000 pengunjung. Harapan ANGKASA agar MACCOPS terus menjadi wadah menyatukan semua koperasi di seluruh negara dan menentukan strategi bagi usaha sama, kelestarian serta pembaharuan masa hadapan yang membolehkan kemakmuran perniagaan dan masyarakat umum.
Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR
15
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease