Wadah PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

TINJAUAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN KOPERASI

KOSAS Tanam Nanas MD2 Secara Besar-Besaran Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad Jus MD2 ‘KOSASPINE’

Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad atau ringkasnya, KOSAS adalah antara koperasi yang mengeluarkan nanas jenis MD2 pada skala yang besar. Ladang miliknya yang berkeluasan 254 hektar di Kuala Langat, Selangor mampu menanam kira-kira lima juta pokok nanas pada satu masa. Pada mulanya, KOSAS memberi tumpuan kepada tanaman nanas jenis N36, Josaphine dan MD2. Walau bagaimanapun, pada tahun 2013, koperasi tersebut telah mengambil keputusan untuk fokus pada tanaman nanas MD2 sahaja selepas melihat permintaan yang tinggi terhadap nanas jenis tersebut. Setiap bulan, pengeluaran nanas yang berjaya direkodkan adalah antara 10 ke 15 tan. Melalui penjualan nanas, KOSAS mencatat keuntungan sebanyak RM40,000 sebulan. Sejak 2014, KOSAS membekalkan sulur nanas MD2 ke Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan dua pengeluar nanas yang membantunya untuk menjana pendapatan sebanyak RM180,000 sebulan. KOSAS turut menghasilkan kira-kira 3,200 botol jus nanas setiap bulan. Koperasi tersebut juga telah merancang untuk menghasilkan produk puri dan jem nenas. Selaras dengan usaha untuk melihat lebih banyak koperasi terlibat dan berjaya dalam industri nanas, KOSAS juga telah memberi latihan dan bimbingan kepada sebuah koperasi di Sarawak. Program tersebut terbukti berjaya kerana telah menunjukkan hasil yang positif untuk fasa yang pertama.

Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad Ladang Nanas Kampung Kundang KOSAS, Batu Laut, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Tel : +6010 – 548 3384 / +6013 - 3436189

Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR

25

25

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease