Wadah PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

TINJAUAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN KOPERASI

Koperasi Pos Nasional Berhad (KOPONAS) memperkenalkan perkhidmatan terbaharu mereka iaitu Cooperative Point of Sale (CPOS) yang berasaskan storan awan ( cloud ) untuk kecekapan transaksi perniagaan. Melalui CPOS, koperasi yang berasaskan peruncitan dan perniagaan komersial mampu meningkatkan kecekapan pengurusan kedai dan menjimatkan modal perniagaan. CPOS boleh digunakan dalam pelbagai jenis perniagaan seperti kedai serbaneka, kedai koperasi, kedai buku koperasi, farmasi, spa, butik, restoran, kedai haiwan peliharaan, kiosk dan bengkel kenderaan. CPOS juga membolehkan capaian data dibuat pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan selamat, semua transaksi akan melalui proses penyulitan (encrypted) bagi menjamin keselamatan data pengguna, laporan jualan, prestasi produk, stok dan pembekalan dalam masa nyata (real-time), skrin juruwang yang mudah dengan aliran proses kerja yang efisyen dan berupaya menjejaki paras stok dalam masa nyata selain membolehkan pengguna membuat keputusan cepat mengenai pengurusan stok serta modal. CPOS juga turut menyediakan khidmat sokongan percuma tujuh hari seminggu. Koperasi Pos Nasional Berhad Cloud Point of Sales (CPOS)

KOPONAS menawarkan dua pakej iaitu RM990 setahun untuk kegunaan satu outlet dan RM1,500 setahun untuk kegunaan lebih dari satu outlet .

Koperasi Pos Nasional Berhad 70-72, Wisma KOPONAS, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur. Hubungi:

Cik Nur Amalina Jaiman – 03-2274 7277 Encik Mohd Hakimi Hanawi – 03-2274 7277

30 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease