SEKTOR PELANCONGAN, PENJAGAAN DIRI DAN KESIHATAN (SPPDK) ANGKASA
Keseragaman Dalam Jaringan Koperasi Usaha menyatukan semua koperasi yang menjalankan aktiviti pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan di bawah satu jenama berjaya merangsang penglibatan koperasi dalam industri perniagaan dan keusahawanan profesional.
Jadual 1: Entry Point Project (EPP) 2016-2020 Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri Dan Kesihatan (SPPDK) ANGKASA
Bil.
Sub Sektor
Sasaran Perolehan 2016-2020 (RM)
DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA
1. CoopHotel 2. CoopStay 3. CoopISTAC 4. CoopSpa 5. CoopDialisis
11 juta 10 juta 3.3 juta 10 juta
Penubuhan jaringan atau rangkaian perkhidmatan dan perniagaan koperasi dalam Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan (SPPDK) ANGKASA mencerminkan imej yang disegani serta melambangkan keseragaman jaringan dalam industri ini. Impak positif ini wajar dikembangkan melalui kewujudan jaringan koperasi melalui bimbingan berterusan dan tersusun ke arah merealisasikan matlamat penubuhan sesebuah koperasi iaitu meningkatkan pendapatan koperasi sekaligus memberi manfaat kepada anggota. Jaringan atau rangkaian perkhidmatan dan perniagaan koperasi tersebut ialah CoopHotel, CoopStay, CoopSpa, CoopDialisis, CoopFarmasi, CoopTravel dan CoopTamu. Penyertaan jaringan perkhidmatan dan perniagaan koperasi sektor ini dalam penganjuran MACCOPS 2019 bukan sahaja mempromosikan produk yang dihasilkan malah ia lebih kepada usaha memartabatkan produk dan perkhidmatan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa di samping membangun serta meningkatkan prestasi sosioekonomi koperasi melalui aktiviti keusahawanan.
8 juta
JUMLAH
42.3 juta
Sumber: TOR SPPDK Januari 2016
Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR
31
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease