Wadah PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

TINJAUAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN KOPERASI

Koperasi Homestay Walai Tokou Kundasang Sabah Berhad KOPSTAY Ketengah Budaya Kaum Dusun

Koperasi Homestay Walai Tokou Kundasang Sabah Berhad (KOPSTAY) yang terletak di kaki Gunung Kinabalu menawarkan perkhidmatan homestay, pakej pelancongan homestay, kraftangan, restoran dan katering serta pemandu pelancong.

Ditubuhkan pada tahun 2010, KOPSTAY yang mempunyai 190 anggota mempunyai 15 keluarga pengusaha Homestay berdaftar. KOPSTAY juga telah memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk anugerah ‘Million Potential Award’ di Persidangan Pelancongan Dunia 2019, ‘Asian Homestay Standard’ pada tahun 2017 dan ‘Homestay Inovatif Terbaik’ oleh Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2012. Pengunjung KOPSTAY akan disajikan dengan kumpulan Kinabalu Merdu Sound, sebuah kumpulan muzik yang mengangkat kembali muzik tradisional kaum Dusun. Kumpulan ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan bahkan sudah membuat persembahan ke serata dunia.

“Walai Tokou” yang bermaksud “Rumah Kita” dalam Bahasa Dusun mengalu-alukan kehadiran pelancong dan anggota koperasi untuk menikmati suasana nyaman dan indah di sekitar Kundasang dengan pelbagai aktiviti menarik. Koperasi Homestay Walai Tokou Kundasang Sabah Berhad Block B, Lot No. 2, Kundasang Sedco Complex, P.O Box 594, 89308 Ranau, Sabah.

Tel.: +6088 888166/ 019-860 2270 Pengerusi: Encik Kohadie Watiman E-mel: walaitokouhomestay@gmail.com

36 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease