SEKTOR PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN ANGKASA
Keupayaan dan Kejayaan Sektor Peruncitan Koperasi di Malaysia
Oleh : ABDUL AZIZ MOHAMAD YUNUS Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA
DR MOHD AZLAN YAHYA Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pemborongan Dan Peruncitan ANGKASA
Industri peruncitan merupakan penyumbang utama kepada sektor perdagangan dan pengedaran. Ia juga merupakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang merangkumi 97 peratus dari jumlah perniagaan di Malaysia. Selain itu, 65 peratus dari pekerjaan yang ditawarkan di Malaysia adalah dari IKS. Situasi ini membawa implikasi bahawa industri peruncitan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara berdasarkan keupayaan industri tersebut untuk menjana pendapatan terbaik.
Pelbagai definisi diberikan bagi mentakrifkan maksud peruncitan, secara umumnya peruncitan adalah peniaga yang membeli barang atau produk dalam jumlah yang besar daripada pengilang atau pengimport, baik secara langsung atau melalui pemborong, lalu menjualnya pada jumlah yang lebih kecil kepada pengguna akhir. Istilah peruncit juga merangkumi pembekal perkhidmatan yang melayani keperluan sebilangan agensi seperti organisasi kerajaan atau pembekal utiliti awam dan lain-lain. Para pemasar hasil perkilangan melihat proses peruncitan sebagai sebahagian yang penting dalam keseluruhan strategi pengedaran mereka. Peruncitan Dalam Gerakan Koperasi Koperasi secara amnya ditakrifkan oleh Akta Koperasi 1993 sebagai “satu pertubuhan yang terdiri daripada individu dan matlamatnya adalah untuk meningkatkan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi”. Takrifan ini membawa makna bahawa koperasi mampu untuk berdaya saing kerana adanya kerjasama dalam kalangan anggota dan mereka dialas oleh matlamat sepunya untuk memastikan kejayaan koperasi. Oleh
itu, koperasi bergerak dengan rentak yang sama dan anggota koperasi seharusnya menggalas rasa tanggungjawab bagi memastikan kejayaan koperasi. Namun begitu, sudah terlihat beberapa pengalaman koperasi yang kecundang disebabkan oleh beberapa faktor termasuk hal-hal berkaitan pengurusan, pentadbiran, kewangan dan aspek pemasaran. Berbeza dengan perniagaan lain, operasi koperasi adalah berpaksikan kepada kebajikan anggota. Anggota merupakan pemilik koperasi dan juga pengguna/pelanggan (owner-user) kepada produk dan perkhidmatan koperasi. Ciri ‘owner-user’ ini adalah kelebihan kepada koperasi. Hal ini bermakna koperasi mempunyai pasaran tetap (captive market) secara automatik daripada anggotanya sendiri. Ciri ini membuktikan kekuatan koperasi yang mampu bersaing dan menangani cabaran ekonomi global. Hal ini dilihat sebagai pemangkin kepada keupayaan koperasi dan sekiranya ia digabungkan dengan perniagaan seperti perniagaan runcit, tiada alasan mengapa koperasi peruncitan harus gagal.
Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR
39
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease