Faktor Kejayaan Koperasi Dalam Bidang Peruncitan Berdasarkan kepada dapatan dari kajian kualitatif sebelum ini oleh para pengkaji, terdapat dua isu penting yang boleh dikenalpasti bagi kejayaan koperasi iaitu isu strategik dan isu tektikal. Isu Strategik Antara isu strategik yang boleh diketengahkan adalah seperti kekuatan Koperasi Pengguna bermula dengan penggabungan institusi, pengurusan perniagaan koperasi yang diuruskan secara profesional dan sokongan kuat daripada anggota. Isu Taktikal Isu taktikal pula dilihat dari aspek operasi koperasi itu sendiri iaitu membekalkan produk dengan jenama sendiri, rantaian bekalan terus daripada pengeluar kepada pengguna, gudang setempat dan pusat pengedaran, menjalankan kajian dan melaksanakan komunikasi berkesan, memberi tumpuan kepada isu komuniti iaitu penjagaan kesihatan dan pemakanan yang selamat, mementingkan keperluan pelanggan dan penggunaan teknologi terkini terutamanya teknologi komunikasi maklumat (ICT). Satu elemen tambahan yang dikenal pasti adalah faktor budaya yang banyak mempengaruhi keupayaan perniagaan. Budaya kerja masyarakat Singapura banyak dipengaruhi oleh kepimpinan mereka yang sentiasa mahukan yang terbaik. Laluan bagi koperasi di Malaysia untuk mencerna budaya kerja koperasi yang tinggi masih belum terlihat dengan jelas. Cabaran ini harus diterima oleh anggota koperasi, pentadbir dan pengurusan koperasi sekiranya mahukan kemajuan dikecapi dalam jangka masa panjang. Cadangan Hasil daripada perbincangan, penemuan dan analisa kajian sebelum ini, beberapa perkara boleh dicadangkan kepada koperasi di Malaysia jika mahu menempa kejayaan dalam bidang peruncitan. Antaranya adalah: Sokongan Padu Daripada Semua Anggota Koperasi Semua anggota perlu bersepakat dalam menjayakan aktiviti peruncitan dalam koperasi mereka sama ada dari aspek minda, tenaga, penglibatan dan juga kewangan. Sokongan Kerajaan Koperasi di Malaysia masih memerlukan pimpinan dan panduan rapi oleh pihak bertanggungjawab khususnya
kerajaan untuk berhadapan dengan persaingan. Suntikan modal, kepakaran dan pengawasan perlu diberi perhatian. Melaksanakan sistem pengurusan yang lebih efisien Koperasi perlu lebih terbuka dalam menguruskan aktiviti peruncitan bukan hanya kepada anggota tetapi juga orang awam. Oleh itu, koperasi perlu disediakan dengan sistem rantaian bekalan, sistem inventori dan sistem maklumat pelanggan yang lebih canggih dan teratur. Menggunakan Aplikasi Format Peruncitan Berlainan Di Lokasi Berbeza Peruncitan moden masa kini memerlukan peniaga yang lebih agresif. Koperasi yang mahu menceburi peruncitan masa kini harus mengikut perkembangan aktiviti peruncitan dan kehendak pelanggan mengikut lokasi dan sasaran pasaran. Menyediakan Pakar Dalam Bidang Peruncitan Kegagalan koperasi lalu banyak dipengaruhi oleh ketiadaan pakar dalam bidang peruncitan untuk mengendalikan aktiviti tersebut. Koperasi disarankan untuk mengambil pakar dalam kalangan individu atau kumpulan dari luar sekiranya mereka tidak mempunyai kepakaran tersebut dalam kalangan anggota lembaga atau anggota koperasi. Tanpa kepakaran tidak mustahil bagi koperasi mengalami kegagalan dalam aktiviti peruncitan. Penggabungan Koperasi Aktiviti peruncitan memerlukan sokongan dari saiz pasaran yang luas dan besar. Penggabungan koperasi dilihat mampu untuk mencapai hasrat ini sebagaimana yang dilaksanakan oleh koperasi luar negara yang berjaya. Kesimpulan Hasil daripada perbincangan, dapatan dan analisa kajian masa lalu, didapati potensi bagi koperasi di Malaysia untuk maju dalam bidang peruncitan amat besar sekali. Apa yang diperlukan adalah pemantapan sistem pengendalian yang lebih efisien, mantap dan bestari selari dengan perkembangan aktiviti peruncitan masa kini.
40 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease