Wadah PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

‘100 Product Champion’ bermaksud produk telah berjaya mencapai tahap kriteria seperti berikut:

Sebanyak lima dan sepuluh SKU masing- masing telah dilancarkan pada tahun 2017 dan 2018. Koperasi-koperasi di bawah program tersebut turut menerima bimbingan daripada SIRIM untuk meningkatkan penampilan dan kualiti produk mereka melalui pembungkusan, penjenamaan, pensijilan, kod bar dan percetakan. Pada Julai 2016, program ‘100 Product Champion’ mencatat sejarahnya tersendiri apabila sebanyak 588 karton produk pelbagai jenama koperasi bernilai RM100,000 telah dieksport ke Brunei. Beberapa hari kemudian, Singapura menjadi destinasi eksport kedua untuk produk-produk tersebut.Tidak dinafikan pengalaman yang lebih hebat adalah melihat produk koperasi berjaya ditempatkan di pasar raya AEON BiG pada tahun 2017. ANGKASA turut telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat e-dagang, AmaxMall yang membolehkan produk koperasi dijual secara dalam talian. Melalui kerjasama tersebut juga, produk koperasi mula dipasarkan di pasar raya Giant di seluruh Lembah Klang. Untuk maklumat lanjut mengenai program ‘100 Product Champion’, sila hubungi Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA di talian 03-7884 6666 / 6681 / 6777.

PEMILIKAN

• Milik koperasi @ • Milik Anggota (perlu ada kerjasama koperasi) • Boleh diwarisi jika milik anggota • Resipi boleh dikongsi / diwarisi • Bekalan bahan mentah berterusan • Kuantiti yang tetap setiap hari (bukan bermusim) • Kualiti yang tetap setiap pengeluaran • Ada pekerja (jumlah mengikut kapasiti pengeluaran)

PENGELUARAN

PENJENAMAAN

• Ada jenama [sedia ada @ baru (re-brand) ] • Ada pendaftaran MyIPO

PEMBUNGKUSAN

• Ditambah baik dari yang sedia ada • Mengikut standard pasaran (mengikut segmen)

PERLABELAN

• Maklumat bahan-bahan mentah • Maklumat nutrisi • Maklumat kandungan bahan kimia • Label ‘100 Champion’ • Bahasa antarabangsa (mengikut pasaran jika perlu)

PENSIJILAN

• MeSTI • HACCP • HALAL • GMP • Dan lain-lain yang bersesuaian

KERJASAMA

• Pengusaha (anggota) perlu bekerjasama dengan koperasi melalui:- - Kontrak perjanjian sebagai pengedar atau rakan usahasama. - Produk perlu dilabel sebagai edaran koperasi @ keluaran koperasi (usahasama). - Persetujuan memeterai kontrak perlu ada persetujuan hitam putih (sekurang-kurangnya keputusan minit mesyuarat ALK). - Tempoh memeterai kontrak sekurang-kurangnya tiga (3) tahun. - Koperasi bersetuju membiayai perusahaan melalui pembiayaan yang berjaya dipohon daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad. • Produk dapat dipromosi dan dipasarkan mengikut segmen yang sesuai dengan persembahan tersendiri. • Produk dapat mengekalkan penempatan pasaran yang sesuai. • Produk memperoleh peningkatan dalam permintaan serta pengeluaran yang berterusan.

PEMASARAN

42 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease