Wadah PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

SEKTOR HARTANAH DAN INDUSTRI BINAAN ANGKASA

Memacu Kemajuan Sektor Hartanah Koperasi

DATO’ HAJI CHE MOHD SHUKREE CHE ISA Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA

ANGKASA melalui Sektor Hartanah dan Industri Binaan bertanggungjawab merangsang dan membangunkan aktiviti perniagaan koperasi yang terlibat dalam Sektor Hartanah dan Industri Binaan, membina rangkaian perniagaan koperasi dalam bidang hartanah dan industri binaan, memberi khidmat nasihat untuk merancang pembangunan hartanah dan industri binaan, merangsang aktiviti Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad, merancang dan melaksanakan Strategic Business Unit (SBU) serta menguruskan penyelenggaraan dan penyewaan bangunan ANGKASA. Sektor ini juga mempunyai pelbagai objektif antaranya membuka peluang koperasi untuk menceburi pembangunan hartanah dan industri binaan, membimbing koperasi untuk merancang dan melaksanakan projek-projek hartanah dan industri binaan, menyediakan platform kepada koperasi untuk berunding dan mengadakan usaha sama projek antara koperasi dengan koperasi atau antara koperasi dengan syarikat swasta serta merancang dan menjalankan perniagaan baharu berkaitan sektor hartanah dan industri binaan. Sejak tahun 2015 hingga 2018, Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA telah bejaya mengenal pasti 385 buah koperasi yang terlibat dalam bidang hartanah dan industri binaan. Pada tahun 2018, buku Direktori Koperasi Hartanah 2018 dan Buku Kerja Seminar dan Konvensyen (2015-2017) telah diterbit sebagai rujukan kepada sektor koperasi yang terlibat di seluruh negara.

50 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease