Wadah PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

SEKTOR PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN KEWANGAN ANGKASA

DATO’ HAJI CHE MOHD SHUKREE CHE ISA Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA

SPGA Beri Impak Besar Kepada Gerakan Koperasi Negara

Peranan sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) semakin diperluas menerusi peningkatan fungsinya dalam menyediakan perkhidmatan kepada koperasi dan anggotanya. Ia bagi memastikan 591 buah koperasi kredit seluruh Malaysia termasuk 419 koperasi kredit yang merupakan pelanggan Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) menikmati pelbagai kemudahan menerusi inovasi yang diperkenalkan untuk memudahkan kelancaran. Sejak diperkenalkan pada April 1977, Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) hanya menguruskan potongan gaji sebanyak RM1.5 juta sebulan melalui 23 buah koperasi sahaja. Kini,

ANGKASA telah menguruskan potongan gaji berjumlah hampir RM1.2 bilion sebulan melibatkan 1.289 juta anggota terdiri daripada kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Melihat kepada perkembangan dan fungsi dalam memajukan urusan potongan gaji, ANGKASA sentiasa bersedia dan terus komited melakukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan, bukan sahaja kepada pengguna dalaman ANGKASA malah kepada koperasi ahli dan pelanggan BPA. Seiring dengan peredaran masa, kemampuan ANGKASA menguruskan urusan potongan gaji kini ditambah baik sekaligus berperanan sebagai “ Payment Gateway ” kepada sektor swasta dan juga syarikat berkepentingan kerajaan meliputi syarikat insurans, bank, kelab dan persatuan serta yayasan terpilih. Kemajuan teknologi yang dimiliki juga turut memudahkan ANGKASA untuk menguruskan lain-lain bayaran melalui potongan gaji majikan secara lebih efisien dan menjimatkan. Antaranya termasuk ansuran pinjaman, yuran, saham, insurans, derma, tunggakan, lain-lain kos pengurusan, pelarasan atau perubahan yang diarahkan oleh koperasi atau organisasi pelanggan dari masa ke semasa. Kemampuan ini membuktikan bahawa ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi di Malaysia berjaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memartabatkan standard gerakan koperasi.

54 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease