SEKAPUR SIREH Datuk Nordin Salleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Salam Sejahtera U saha untuk mencambahkan nilai-nilai positif anggota untuk turut sama menyemarakkan semangat keusahawanan koperasi bukan sahaja memerlukan kesungguhan serta komitmen yang berpanjangan, malah harapan yang mahu diletakkan bagi mengubah tahap pemikiran mereka menuntut pelbagai pendekatan yang boleh menarik minat selain rancangan ekonomi koperasi yang lebih inklusif. Sebenarnya kita tidak mahu melihat perbandingan yang tidak seimbang terutamanya dalam aspek tadbir urus ekonomi yang dijalankan oleh koperasi dan bukan koperasi. Perkembangan teknologi dan inovasi mampu merubah budaya niaga dan meninggalkan pendekatan konvensional jauh ke belakang. Hal tersebut perlu diberi perhatian kerana dibimbangi sekiranya tidak mengikut perkembangan semasa, pendekatan perniagaan cara lama yang masih digunapakai itu tidak lagi berupaya untuk bertahan dan akhirnya koperasi akan mengalami kerugian setelah ketinggalan dan tidak mampu untuk terus berdaya saing di pasaran. Pemimpin koperasi juga perlu sentiasa memberi dorongan dan mendedahkan anggotanya dengan cara melibatkan penyertaan mereka dalam setiap aktiviti ekonomi yang dijalankan selain memberi semangat berterusan kepada anggotanya untuk bersama membantu melonjakkan perniagaan koperasi. Inisiatif ANGKASA menganjurkan MACCOPS dilihat sebagai menepati matlamat kerana karnival tersebut bukan sahaja mampu menyuntik semangat dan inspirasi dalam keusahawanan koperasi, malah anggota juga berpeluang menimba pengetahuan melalui majlis-majlis ilmu berkaitan keusahawanan yang turut dianjurkan secara percuma. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ANGKASA atas penganjuran MACCOPS 2019. Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga karnival ini berjaya mencapai matlamat bukan sahaja kepada koperasi, malah kepada seluruh masyarakat.
Sekian, terima kasih.
DATUK NORDIN BIN SALLEH
4 PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease