Wadah PELANCAR Edisi Khas MACCOPS 2019

kira 1.8 juta tenaga kerja secara menyeluruh. Seiring dengan perkembangannya, gerakan koperasi di Malaysia tidak terkecuali dalam memberi sumbangan menerusi sektor berimpak tinggi tersebut. Kadar peningkatan perolehan koperasi negara dari RM35 bilion pada tahun 2014 kepada RM40,318.14 bilion pada tahun 2018 membuktikan penglibatan koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi begitu signifikan dalam merancakkan bidang ekonomi negara.

Mengikut data SKM, tahun 2018 menyaksikan bilangan koperasi adalah sebanyak 14,247 dengan keanggotaan seramai 6.6 juta orang mewakili 20 peratus populasi negara manakala jumlah syer dan yuran adalah sebanyak RM14.9 bilion dan aset sebanyak RM142.9 bilion. Gerakan koperasi di Malaysia juga disaran supaya meningkatkan perolehan dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan koperasi bagi mencapai sasaran sebanyak RM50 bilion menjelang 2020 sekali gus menyumbang lima peratus kepada KDNK. Koperasi-koperasi yang menjalankan perniagaan dalam sektor ini perlu lebih berani untuk bersaing dengan pemain industri pemborongan dan peruncitan tempatan mahupun syarikat multinasional. Langkah itu perlu dilihat dari sudut positif kerana dapat mendorong sektor koperasi untuk meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan yang disediakan. Sektor pemborongan dan peruncitan telah mula aktif dalam gerakan koperasi sejak tahun 1949 dan dijangka akan terus memberi sumbangan yang signifikan kepada peningkatan output koperasi. Perangkaan semasa menunjukkan 50 peratus koperasi terlibat dalam sektor pengedaran, dengan koperasi dewasa memainkan peranan penting bagi memastikan pengedaran barangan keperluan harian terutamanya barang kawalan sampai kepada rakyat terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar. Gabungan dan kerjasama strategik antara koperasi pemborongan dan peruncitan di seluruh negara dijangka dapat melipatgandakan penglibatan serta mengukuhkan koperasi dalam sektor ini. Pengukuhan koperasi penting bagi memastikan koperasi dapat memainkan peranannya dengan lebih efisien dalam membantu kerajaan menstabilkan harga barangan di pasaran. Penglibatan koperasi dalam aktiviti pemborongan dan peruncitan adalah bertepatan dengan konsep “ members-owned, members-produced, and members-consumed ” iaitu koperasi yang dimiliki oleh anggota, bergabung tenaga dan modal mengeluarkan produk atau barangan keperluan untuk kegunaan dan faedah bersama. Sebagai peneraju pembangunan sosioekonomi negara, ANGKASA akan terus memperkasakan gerakan koperasi dalam Sektor Pemborongan Dan Peruncitan yang secara tidak langsung turut membangunkan produk-produk Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) serta mengambil peluang dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

7 Edisi Khas MACCOPS 2019 PELANCAR 7 PELANCAR

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease