DARI MEJA PRESIDEN
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Salam Sejahtera
Tahun 2018 menyaksikan pertumbuhan pesat sektor-sektor koperasi melalui pelbagai aktiviti ekonomi sama ada secara kecil-kecilan mahupun yang berimpak tinggi. Berdasarkan kepada bilangan koperasi yang kini melebihi 14 ribu buah dan jumlah perolehan yang direkodkan menerusi perangkaan am Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terhadap sektor-sektor koperasi sehingga Jun 2018 yang mencecah angka RM22 bilion, jelas menunjukkan bahawa penglibatan ekonomi gerakan koperasi negara semakin rancak dan maju. Kita perlu akui bahawa kejayaan yang dicapai itu sebenarnya banyak dijana menerusi sokongan dan bantuan oleh kerajaan. Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan telah banyak membantu sektor-sektor koperasi bukan sahaja dari sudut pembangunan ekonominya, malah turut melibatkan aspek-aspek pembangunan yang berkaitan. Tadbir urus koperasi juga semakin cemerlang jika dilihat dari sudut pembangunan ilmu keusahawanan dan peningkatan peluang pekerjaan yang baharu. Banyak usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam memberi nafas baharu kepada sektor-sektor koperasi supaya mampu untuk lebih berdikari, mencatat perolehan yang lebih memberangsangkan dan memberi sumbangan lebih bermakna kepada seluruh anggota dan masyarakat. Terima kasih juga diucapkan kepada agensi-agensi swasta yang telah memberikan kerjasama bagi membantu merealisasikan matlamat perniagaan sektor koperasi. Usaha yang terjalin itu diharap dapat terus diperkukuh bagi memberi manfaat jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi koperasi dan negara. Saya bagi pihak seluruh jawatankuasa di ANGKASA mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan agar pada tahun-tahun yang mendatang, gerakan koperasi negara mampu mencatat kejayaan dengan lebih gemilang. Selamat Tahun Baharu 2019.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd Zakuan Azmi
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd.
Disember 2018 PELANCAR
1
DISEMBER 2018
23 Bersedia Tingkatkan Kapasiti Pengeluaran 50 Perhimpunan Bank Perkreditan Rakyat Indonesia Kagum Pendekatan Sistem Potongan Gaji ANGKASA 57 Bantu Murid Mahir Sifir Dalam Dua Hari PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 16 Persidangan ICA Global 2018 49 Tingkat Aktiviti Koperasi Di Sekolah KOPERASI 20 Pencapaian Koperasi UNIKEB Membanggakan 58 Koperasi Disaran Anjur Pesta Bunga Cameron Highlands
DISEMBER 2018
8
28 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Kepimpinan Teras Kemajuan Koperasi 29 KKM Disaran Terokai Pasaran Produk Halal 30 Selangor : Prestasi KKM Cetus Suntikan Untuk Terus Maju 32 Sarawak : Pertandingan Petanque Terbuka : Piala Jubli Emas SMK Subis 34 Perak : Penampilan Diri Pengaruhi Keyakinan Pelanggan 36 Pahang Zon 1 : Kepimpinan Berkesan Tingkat Prestasi Koperasi 38 Sabah : Promosi Keunikan Koperasi Kepada Masyarakat
lahir Job Creator Melalui KOSISWA
IBR INISIATIF KE ARAH TADBIR URUS BAIK KOPERASI
9 770126 873000
PENAMPILAN DIRI Pengaruhi Keyakinan Pelanggan
Promosi Keunikan Koperasi Kepada Masyarakat
JILID 45 BIL. 12 KDN PP2010/01/2013(031495) SEM. MALAYSIA RM1.70 SABAH/SARAWAK RM2.00
KETERANGAN GAMBAR KULIT Senator Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara ANGKASA, TS Asia Ventures Sdn. Bhd. dan MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. Turut hadir Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (lima dari kanan), Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan), Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (tiga dari kanan), Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa (paling kanan) dan Haji Nasir Khan Yahaya (dua dari kiri). Foto Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
JPAN 26 Terengganu : IBR Inisiatif Ke Arah Tadbir Urus Baik Koperasi
ANGKASA 4
ANGKASA Terima Dua Anugerah Majlis Pelancongan Malaysia Anugerah Emas Program Inisiatif Pelancongan Anugerah Emas Hotel Koperasi
6
7 8
Sektor Koperasi Semakin Berkembang Maju 12 Rumah Mampu Milik Untuk Anggota Koperasi 14 Kerajaan Turun Padang Lihat Perkembangan Koperasi 19 Program Amal “ANGKASA PEDULI” Raikan 33 Kanak- Kanak Pesakit Kanser 22 Tingkat Minat Baca Al-Quran Dalam Kalangan Anggota Koperasi
13
12
2 PELANCAR Disember 2018
19
29
21
MKM 42 Koperasi Mesti Bijak Imbangi Manfaat Kekayaan Ekonomi Negara 44 MKM Anjur Kursus Asas Memulakan Perniagaan RENCANA 46 Pentingnya Budaya Integriti Dan Etika Kerja Dalam Koperasi IKON KOPERATOR MUDA 60 Lahir Job Creator Melalui KOSISWA COOPMALAYSIA UPDATE 51 Coop-owned Hospital Helps Enliven Medical Tourism Industry in Malaysia 53 ANGKASA Aims To Open More Dialysis Centre Around The Country
34
61
55 Co-ops’ Contribution to Health Sector Mus Be Expanded 56 Co-ops’ contribution to health sector must be expanded
49
Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.
Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop
@ANGKASACoop
17
Disember 2018 PELANCAR
3
ANGKASA Terima Dua Anugerah Majlis Pelancongan Malaysia
Oleh : RAHMAT MOHD DID
ANGKASA berjaya merangkul Anugerah Emas Program Inisiatif Pelancongan bagi tahun kedua berturut-turut selain Anugerah Emas Koperasi Hotel oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dalam majlis ‘Gala Dinner MTC Gold Awards 2018’.
YAB DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL Timbalan Perdana Menteri Malaysia
4 PELANCAR Disember 2018
4 PELANCAR Disember 2018
Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail mewakili Presiden ANGKASA, Dato’Abdul Fattah Haji Abdullah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Pengarah Kanan (Domestik dan Acara), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Dr. Ammar A. Ghapar manakala penerima bagi Anugerah Emas Koperasi Hotel pula diwakili Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan merangkap Pengerusi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan ANGKASA. Majlis berprestij tersebut yang berlangsung di Seri Kembangan, Selangor pada 31 Oktober lalu telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam ucapan perasmiannya, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah berkata, penggiat industri pelancongan perlu menjadikan produk pelancongan tempatan supaya lebih menarik dan berinovatif agar Malaysia lebih dikenali dan mampu menjadi sebuah destinasi pelancongan yang hebat. Tambahnya, pengusaha pelancongan tempatan juga harus mempunyai perancangan strategik bagi menarik pelancong asing ke negara ini di samping bersedia menawarkan pakej-pakej pelancongan yang terbaik bagi memenuhi cita rasa pelancong.
» Sesi bergambar pemenang-pemenang Anugerah ‘MTC Gold Awards 2018’.
Beliau turut menjelaskan betapa pentingnya pengusaha pelancongan agar sentiasa memberi nilai tambah dan kelainan kepada tawaran masing-masing di samping meningkatkan promosi agar lebih menarik, komprehensif dan berdaya saing. “Industri pelancongan menjadi penyumbang pertukaran asing kedua terbesar kepada negara dengan mencatatkan ketibaan 25.9 juta pelancong dan menjana pendapatan sebanyak RM82.2 bilion tahun lepas. Insya-Allah, kita akan mencapai sasaran 26.4 juta ketibaan pelancong tahun ini dan akan menyasarkan kehadiran lebih 30 juta pelancong menjelang tahun 2020,” katanya. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi; Pengarah Kanan (Domestik dan Acara) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Dr. Ammar A. Ghapar; Presiden Majlis Pelancongan
» Sebahagian daripada tetamu yang hadir.
ANGKASA berjaya meraih Anugerah Emas Program Inisiatif Pelancongan yang disampaikan oleh Presiden MTC, Encik Uzaidi Udanis kepada Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah.
Malaysia, Encik Uzaidi Udanis dan Pengerusi Penganjur Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2018, Dato’ Noor Zaleha Baharudin. Pada majlis sama yang berlangsung di Kuala Lumpur, November tahun lalu,
Disember 2018 PELANCAR
5
» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menerima Anugerah Emas Program Inisiatif Pelancongan bagi pihak ANGKASA yang disampaikan oleh Presiden MTC, Encik Uzaidi Udanis.
Anugerah Emas Program Inisiatif Pelancongan ANGKASA amat berbesar hati dengan
penjagaan diri dan kesihatan di bawah satu jenama seperti CoopHotel, Coopstay, CoopSpa, CoopDIalisis, CoopFarmasi dan CoopTravel bagi melambangkan keseragaman dalam industri. Selain itu, SPPDK juga berusaha mewujudkan pakej yang seragam antara jaringan hotel, homestay, spa, pelancongan koperasi sekolah, dialisis, farmasi dan pelancongan serta melibatkan perkhidmatan hiliran dan huluan seperti spa, ejen pelancongan, pengangkutan, pertunjukan kebudayaan, cenderamata dan sebagainya. SPPDK juga dalam usaha mewujudkan satu rangkaian pembekalan berpusat yang
penerimaan anugerah yang disampaikan pada Majlis Pelancongan Malaysia ini. Sebagai badan puncak koperasi di Malaysia, ANGKASA telah melakukan pelbagai inisiatif untuk memajukan sektor pelancongan koperasi lebih-lebih lagi di peringkat sekolah dengan penjenamaan Inter School Cooperative Tourism of ANGKASA (CoopISTAC) melibatkan 99 buah sekolah di seluruh negara yang turut dikenali koperasi- koperasi luar negara. Melalui Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA (SPPDK), pelbagai objektif telahpun dilaksanakan seperti menyatukan semua koperasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti pelancongan,
membekalkan keperluan seperti tuala, sabun, syampu, selimut, air mineral dan sebagainya kepada koperasi-koperasi yang terlibat dalam jaringan serta meningkatkan hubungan kerjasama koperasi dengan kementerian, agensi-agensi kerajaan, badan-badan profesional, agensi-agensi pembiayaan dan sebagainya.
6 PELANCAR Disember 2018
» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menerima Anugerah Emas Hotel Koperasi bagi pihak ANGKASA yang disampaikan oleh Presiden MTC, Encik Uzaidi Udanis.
Anugerah Emas Hotel Koperasi
ANGKASA amat berterima kasih pada Majlis Pelancongan Malaysia kerana menghargai usaha-usaha ANGKASA selama ini dalam penjenamaan CoopHotel sehingga dikenali dalam industri. Pengiktirafan ini adalah bukti kepada pencapaian dan kesungguhan berterusan ANGKASA dalam melestarikan industri pelancongan Malaysia melalui rangkaian CoopHotel di seluruh negara. Setakat hari ini, terdapat 40 buah hotel koperasi di Malaysia dan 16 buah daripadanya telah menjadi ahli dalam jaringan CoopHotel. ANGKASA juga menjalankan pelbagai inisiatif untuk memajukan lagi jaringan
CoopHotel lebih-lebih lagi berkaitan konsep keseragaman dalam jaringan. Sebagai contoh, semua hotel dalam jaringan CoopHotel menggunakan papan tanda yang sama, prosedur operasi standard (SOP) yang sama, hub pembelian bahan bekalan berpusat, memiliki Sijil Patuh Syariah, hotel mesra muslim dan sebagainya. Melalui usaha-usaha ini, ANGKASA berharap satu hari nanti CoopHotel menjadi jenama yang disegani serta menjadi pilihan utama pelancong dari dalam dan luar negara.
Disember 2018 PELANCAR
7
SEKTOR KOPERASI SEMAKIN BERKEMBANG MAJU
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
IMBAS KOD QR atau layari PELANCARtv di Youtube
Sektor koperasi di negara ini berupaya terus berkembang maju dan berdaya saing dalam pelbagai cabang perniagaan seperti kredit dan pelaburan, pertanian, pemborongan dan peruncitan, perkhidmatan, pembangunan hartanah dan lain-lain aktiviti pengguna. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Dr. Mohd Hatta Md. Ramli berkata, walaupun peratusan sumbangan daripada perniagaan yang dijalankan oleh sektor koperasi kepada KDNK negara tidak begitu besar, namun koperasi tetap merupakan antara sektor yang berpotensi tinggi sehingga diletakkan pada kedudukan ketiga dalam ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan swasta. Menurut beliau, keupayaan koperasi dalam membantu menjana ekonomi khususnya ekonomi setempat sememangnya
diperakui kerajaan apabila mampu mendominasi ekonomi tatkala berlakunya masalah kejatuhan ekonomi. “Saya meletakkan keyakinan penuh dan harapan yang tinggi kepada sektor koperasi
sebagai salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara serta dapat membantu pihak kerajaan mengurangkan kos sara hidup bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Sekiranya koperasi dapat menggerakkan ekonominya secara betul dan cekap, pasti masalah kesan kejatuhan ekonomi akan mampu ditangkis dan ditangani. Perkara ini sekaligus akan menjadikan sektor koperasi sebagai penggerak ekonomi yang lebih bermakna kepada anggota dan masyarakat,” ujarnya.
YB DR. MOHD HATTA MD. RAMLI Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan
8 PELANCAR Disember 2018
8 PELANCAR Disember 2018
koperasi dalam menyebar luas promosi menerusi kerjasama iklan di media massa seperti di TV3, IKIM dan RTM dilihat sebagai sebahagian daripada usaha untuk melihat koperasi terutamanya koperasi kecil supaya lebih berdaya maju. Saya juga mempunyai impian untuk melihat produk dan perkhidmatan koperasi menembusi dan menguasai pasaran awam di peringkat tempatan dan juga luar negara secara tersusun dan terancang. Ini memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk daripada kementerian-kementerian lain yang terlibat dalam usaha mempromosi produk dan perkhidmatan kita di luar negara supaya pasaran dapat diperluas,” katanya. Beliau juga turut menanam keyakinan akan kemampuan serta iltizam tinggi daripada Anggota Lembaga Koperasi melalui sokongan kerajaan dalam merencana strategi secara lebih komprehensif bagi memastikan koperasi terus melakar kejayaan cemerlang kepada anggota dan masyarakat secara keseluruhannya. YB Dr. Mohd Hatta berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan mewakili YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan sempena majlis pelancaran Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2018 dan Sesi Town House Bersama Gerakan Koperasi di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Puan Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi dan kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Hajah Meriam Mohd Nor; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan wakil-wakil koperasi yang lain.
Katanya lagi, amalan-amalan terbaik yang dipraktikkan oleh koperasi-koperasi utama negara boleh memberi inspirasi kepada koperasi lain untuk terus mencapai kejayaan. Kejayaan tersebut perlu dikongsi sebagai pembangkit semangat dan memberi inspirasi kepada koperasi untuk turut berjuang melakar kejayaan yang sama. Kerajaan menganggap sektor koperasi perlu diberi tumpuan secara khusus. Kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan yang dibentuk sejak 2 Julai lalu sentiasa menekankan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) supaya gerakan koperasi dapat diberi nafas dan semangat yang baharu melalui pendekatan tertentu selain pindaan akta koperasi menerusi pembentangan dan perbincangan yang diadakan oleh Majlis Penasihat Pembangunan Keusahawanan. Pendekatan tersebut adalah bagi memastikan peranan SKM dapat terus ditingkatkan bagi menjadikannya sebagai sebuah agensi yang lebih dominan dalam urusan berkaitan kawal selia dan pembangunan koperasi. SKM juga diminta supaya mengambil inisiatif dan memastikan kesemua 14 ribu koperasi yang berdaftar di negara ini agar terus bergiat aktif dan pada masa yang sama terus berusaha untuk membantu mana-mana koperasi yang memerlukan bantuan. Usaha tersebut perlu bagi membolehkan koperasi terbabit dapat bergerak semula dan membangunkan ekonominya sekaligus dapat memberi sumbangan kepada ekonomi negara. “Begitu juga dengan peranan gerakan-gerakan dalaman seperti ANGKASA yang bertindak sebagai apeks kepada gerakan koperasi. Usaha ANGKASA untuk membantu
PROFIL 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2018 Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia merupakan satu naskhah buku terbitan tahunan SKM sejak 2008 dan mengandungi profil serta maklumat koperasi-koperasi terbaik yang mencatatkan rekod kejayaan cemerlang sepanjang tahun. Metodologi penilaiannya bukan sahaja berdasarkan kepada prestasi kewangan malah turut meliputi faktor lain seperti sumbangan kepada anggota dan tadbir urus koperasi. Sehingga kini, koperasi dalam sektor perkhidmatan kewangan kekal mendominasi senarai, diwakili 45 koperasi kredit dan co-opbank. Seterusnya diikuti 16 koperasi dalam sektor pertanian, 15 koperasi dalam sektor perkhidmatan dan 14 koperasi dalam sektor pengangkutan. Baki 10 koperasi lagi adalah daripada sektor pengguna, perumahan dan pembinaan. Tahun 2018 menyaksikan kemunculan 43 koperasi baharu yang membarisi senarai 100 koperasi terbaik Malaysia untuk menyaingi 57 koperasi yang sedia ada dalam senarai tahun sebelumnya. Kecemerlangan 100 koperasi ini terserlah dengan jumlah perolehan sebanyak RM34.71 bilion yang menjadi tulang belakang kepada gerakan koperasi di Malaysia dengan sumbangannya mewakili 86.3% daripada jumlah keseluruhan perolehan. Modal dalaman yang berjaya dikumpul oleh 100 koperasi terbaik 2018 bernilai RM10.09 bilion iaitu 70.36% daripada nilai syer dan yuran gerakan manakala dari segi jumlah aset pula adalah 83.6% daripada aset keseluruhan gerakan yang berjumlah RM116.88 bilion.
Disember 2018 PELANCAR
9
» Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Dr. Mohd Hatta Md. Ramli bersama Ketua Setiausaha kementerian, Puan Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Hajah Meriam Mohd Nor bergambar bersama lima wakil koperasi yang tersenarai dalam Profil Koperasi Terbaik Malaysia 2018.
10 PELANCAR Disember 2018
Senarai 10 Koperasi Terbaik Malaysia 2018 :
01. 02. 03. 04.
BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD KOPERASI CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD KOPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERHAD
05. KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA MALAYSIA BERHAD 06. KOPERASI NLFCS BERHAD 07. KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD 08. KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD 09. KOPERASI KAKITANGAN FELDA MALAYSIA BERHAD 10. ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (ANGKASA)
11 Disember 2018 PELANCAR 11 PELANCAR
Rumah Mampu Milik Untuk Anggota Koperasi Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara ANGKASA, TS Asia Ventures Sdn. Bhd. dan MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. bakal menyediakan Pakej Pembiayaan Rumah Mampu Milik dan
Pakej tersebut memberikan fasiliti pinjaman perumahan dengan kadar faedah rendah yang mematuhi piawaian syariah bagi tujuan untuk memudahkan pembeli mendapatkan pembiayaan tanpa deposit dan tidak perlu melalui institusi perbankan. Majlis MoU berkenaan telah diwakili oleh Naib Presiden ANGKASA Perjanjian Kolaborasi Pembinaan sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik untuk manfaat anggota koperasi dan masyarakat.
merangkap Pengerusi Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Bina Sdn. Bhd., Encik Azman Mat Wajib dan Presiden TS Asia Venture Sdn. Bhd., Encik Zulkernian Talib sambil disaksikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Senator Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah dan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Senator Kamarul Bahrin Shah, beliau menyatakan bahawa kerjasama strategik seumpama itu diharap dapat menarik lebih ramai pemain industri daripada sektor swasta akan turut mengambil inisiatif yang sama. Katanya, KPKT bersedia memberikan sokongan dan bantuan bagi memastikan kelancaran inisiatif projek sebegini agar lebih banyak rumah mampu milik dapat dibina dalam usaha untuk meringankan bebanan kewangan rakyat pada masa kini.
» Senator Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah berucap di majlis MoU antara ANGKASA, TS Asia Ventures Sdn. Bhd. dan MyANGKASA Bina Sdn. Bhd.
12 PELANCAR Disember 2018
12 PELANCAR Disember 2018
berkata, statistik koperasi yang aktif dalam bidang hartanah menerusi sektor perumahan berjumlah 250 buah koperasi dan telah menyumbang perolehan melebihi RM198 juta manakala sektor pembinaan pula adalah sebanyak 301 buah koperasi dengan perolehan melebihi RM110 juta. Penglibatan aktif sektor koperasi dalam bidang hartanah katanya menunjukkan perkembangan yang sihat khususnya dalam bidang-bidang seperti pemilikan bangunan komersil, pelaburan hartanah, pemilikan dan pajakan tanah, pelaburan amanah harta tanah (REIT) dan pembekalan bahan binaan. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Perniagaan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Zul Yamin Mohamed Radzi; Pengerusi TS Asia Venture Sdn. Bhd., Raja Mazhar Tun Raja Mohar; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Seyd Adwam Wafa.
» Sesi pertukaran dokumen MOU antara ANGKASA dan TS Asia Ventures Sdn. Bhd. yang diwakili, Dato’ Haji Mohd Shukree dan Encik Zulkernian.
“Inisiatif MoU ini sekaligus menyumbang dan menyokong hasrat kerajaan yang mahu menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat dan diharap melalui perjanjian yang ditandatangani ini, akan dapat merealisasikan harapan kerajaan dalam jangka masa terdekat dengan jayanya.
“Pembinaan projek perumahan
rumah mampu milik ini akan menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang lebih kompetitif dengan kadar pembinaan lebih cepat berbanding kaedah pembinaan secara konvensional,” katanya. Sementara itu, Dato’ Abdul Fattah
» Senator Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara ANGKASA, TS Asia Ventures Sdn. Bhd. dan MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. Turut hadir Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (lima dari kanan), Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan), Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (tiga dari kanan), Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa (paling kanan) dan Haji Nasir Khan Yahaya (dua dari kiri).
Disember 2018 PELANCAR
13
Kerajaan Turun Padang Lihat Perkembangan Koperasi Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
» Puan Wan Suraya Wan Mohd Radzi Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan
Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan akan mengambil pendekatan untuk turun ke peringkat akar umbi bagi melihat perkembangan semasa selain meneliti dan memahami sebarang isu serta permasalahan yang ada.
Ketua Setiausaha
(KSU) Kementerian Pembangunan Usahawan, Puan Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, usaha tersebut adalah untuk membantu mengatasi sebarang bentuk masalah dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi sektor-sektor koperasi termasuk koperasi siswa.
» Peserta turut berpeluang mengajukan pertanyaan dan pandangan berkaitan KOSISWA.
14 PELANCAR Disember 2018
14 PELANCAR Disember 2018
Menurut beliau, kepentingan pembangunan keusahawanan yang kini berada di bawah satu bumbung memerlukan satu bentuk koordinasi bagi merencana pelan pembangunan yang lebih seimbang dan komprehensif selaras dengan sasaran yang mahu dijana. Justeru katanya, agenda pembangunan keusahawanan dalam kalangan generasi muda perlu dipupuk dan terus diperkasa. Aktiviti yang dijalankan menerusi pendekatan kosiswa adalah antara pendekatan holistik yang sangat relevan dan diyakini dapat membantu meningkatkan minat dan kecenderungan generasi muda khususnya mahasiswa terhadap budaya keusahawanan. Puan Wan Suraya berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Bengkel Pelan Strategik 2018 Pembangunan Perniagaan KOSISWA UiTM pada 28 Oktober 2018. Sementara itu Presiden ANGKASA, Dato’Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan aluannya berkata, usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang bernaung di bawah koperasi terus diperkasa melalui pelbagai pelan promosi termasuk menganjurkan program-program tertentu yang melibatkan penyertaan golongan muda. Menurut beliau, bengkel pelan strategik yang dianjurkan menepati objektif dan matlamatnya untuk memupuk minat selain mahu memberi peluang kepada pelajar universiti untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti perniagaan koperasi. Katanya, selain dapat membentuk jaringan
“ANGKASA sentiasa sedia untuk membantu dalam pembangunan modal insan secara lebih holistik melalui KOSISWA sekaligus berperanan dalam membantu meningkatkan pengetahuan dan kepentingan ekonomi mahasiswa berlandaskan prinsip-prinsip koperasi. Sehubungan itu, KOSISWA perlu lebih proaktif, memiliki sentuhan inovasi selain sentiasa aktif dan bijak menggunakan peluang untuk mempelajari ilmu keusahawanan melalui koperasi,” ujar beliau. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari di Port Dickson itu telah menghimpunkan seramai 65 peserta dalam kalangan mahasiswa UiTM dari seluruh negara yang terlibat secara langsung dalam aktiviti koperasi siswa. Turut hadir ialah Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat Setiausaha SKM, Encik Zainal Abdin Ab. Manaf; Pengarah SKM Selangor, Encik Rusli Jaafar dan Ketua Jabatan Tunas Mekar dan Operasi Keusahawanan UiTM, Encik Adlan Ahmad Bakri.
perniagaan dan meningkatkan perhubungan antara anggota koperasi, peserta juga dapat berkongsi idea bersama rakan-rakan koperasi siswa yang lain berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) perniagaan koperasi siswa.
» Dato’ Abdul Fattah terima penghargaan daripada Puan Wan Suraya.
» Sesi bergambar bersama peserta program.
Disember 2018 PELANCAR Disember 2018 PELANCAR
15
15
PERSIDANGAN ICA GLOBAL 2018 Oleh : HAJAH ROSZURINA HAJI OMAR Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Persidangan Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) dan Mesyuarat Lembaga ICA bagi tahun 2018 yang berlangsung di Buenos Aires, Argentina telah dihadiri oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Program peringkat tertinggi koperasi dunia yang berlangsung dari 18 hingga 24 Oktober itu merupakan persidangan yang pertama bagi Presiden ICA untuk penggal 2017-2021, Ariel Guarco selepas beliau terpilih sewaktu persidangan di ICAKL 2017.
Mesyuarat Jawatankuasa ICAO Sebelum persidangan, ANGKASA telah menghadiri mesyuarat ICAO (International Agriculture Cooperative Organisation). Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi ICAO, Kim Byeong-Won dari Korea Selatan itu turut dihadiri perwakilan dari negara seperti Norway, Jepun, Poland, India, Turki, Somalia selain negara-negara dari Amerika Selatan Empat laporan daripada ICA Regional dan lima laporan daripada negara anggota telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Hj Kamarudin yang merupakan Jawatankuasa ICA Global dan Jawatankuasa ICAO telah membentangkan laporan projek Heifers Park iaitu program kerjasama antara ANGKASA dengan NACF Korea dan isu kelapa sawit. Lanjutan terhadap pembentangan tersebut, mesyuarat telah mencadangkan agar Malaysia dapat melaksanakan kajian secara lebih terperinci berhubung isu tersebut dan dibentang semula ke dalam mesyuarat ICAO akan datang. Antara perkara yang turut diketengahkan menerusi mesyuarat tersebut adalah seperti masalah bencana alam yang mengakibatkan kerosakan kepada industri pertanian, penggunaan teknologi moden dalam bidang pertanian, pembiayaan kewangan, penggubalan Akta Benih yang seragam, pemerkasaan petani-petani wanita dan belia, masalah populasi, pemasaran, perdagangan antara koperasi berkaitan mesin
» Bergambar bersama Pegawai ICAO Kim Byeong-Won (dua dari kiri).
16 PELANCAR Disember 2018
Selepas sesi perbincangan meja bulat, persidangan ICA diteruskan dan Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hassan yang juga merupakan Jawatankuasa CHI telah mengemukakan tiga cadangan iaitu: Model koperasi sekolah
pertanian, perkongsian teknologi, insuran bencana alam dan langkah bagi mengurangkan masalah pembaziran makanan. Turut sama di dalam mesyuarat tersebut ialah Presiden ANGKASA, Dato’Abdul Fattah Abdullah dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Hajah Roszurina Omar. Pembangunan Pelan Strategi ICA Sementara itu, satu sesi perbincangan’khas ‘Pembangunan Pelan Strategi ICA’ untuk tempoh 10 tahun telah berlangsung pada 20 Oktober dan dipengerusikan oleh Presiden ICA, Ariel Guarco. Peserta perbincangan dipecahkan kepada empat kumpulan dan fokus kepada peranan ICA dalam membangunkan koperasi dunia. Penekanan diberikan kepada perkara-perkara berikut: Penggunaan teknologi. SDG. Perdagangan antara koperasi. Pemerkasaan wanita dan belia dalam koperasi. Mesyuarat Jawatankuasa ICA Mesyuarat Jawatankuasa ICA berlangsung pada hari ketiga (21 Oktober) telah membincangkan tentang persiapan ‘International Day of Cooperatives 2019’. Tema sambutan tersebut mengambil tema SDG 8 iaitu ‘Decent Work and Economic Growth’ dengan mengambil kira koperasi adalah sebuah entiti perniagaan anggota. Mengikut perangkaan daripada ICA, terdapat 1.2 billion anggota koperasi seluruh dunia dan tiga juta perusahaan yang menjalankan 294 juta aktiviti ekonomi. Sebelum persidangan berlangsung, satu perbincangan meja bulat telah diadakan dengan ahli panel yang terdiri daripada: Ariel Guarco – Presiden ICA Vic Van Vuuren – Director of Enterprise Department ILO Marco Marzano De Marinis – Secretary International Fund for Agricultural Development Martin Lowery – ICA Board member yang juga Board NCBA- CLUSA USA sebagai moderator Kesedaran masyarakat tentang faedah berkoperasi. Penjenamaan semula koperasi dan hubungan dengan pembuat dasar, pihak kerajaan. Kaedah penambahan modal koperasi. Mempertahankan prinsip-prinsip koperasi dan mengekalkan jati diri.
Malaysia dijadikan sebagai satu model perkongsian untuk negara-negara lain. Satu jawatankuasa perumahan ditubuhkan di peringkat Asia Pasifik. Jawatankuasa pelancongan ditubuhkan di peringkat ICA Global.
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Koperasi Perumahan Antarabangsa ICA Global
Lawatan ke Koperasi di Buenos Aires Delegasi juga turut dibawa melawat ke beberapa koperasi sekitar Buenos Aires pada hari keempat (22 Oktober) seperti: 1. Banco Credicoop Lawatan ini disambut oleh Naib Presiden Credicoop dan tiga Anggota Lembaga Koperasi. Koperasi ini merupakan satu-satunya bank koperasi di Buenos Aires dan ditubuhkan sejak 1979 melalui penggabungan 44 buah kesatuan kredit. Koperasi tersebut mempunyai 1.5 juta anggota, 2.5 juta pelanggan, 50 orang anggota Lembaga dan sembilan daripadanya mengetuai Jawatankuasa Kecil. Kebanyak pinjaman diberikan untuk sektor pertanian. 65% untuk IKS dan 35% untuk individu. Koperasi tersebut mempunyai 120 juta peso deposit dalam bank dan lima bilion dalam bentuk kredit 2. Campichuelo Printing House (Koperasi Pekerja) Kerajaan Argentina memberi peluang kepada pekerja di Campichuelo Printing House untuk menubuhkan koperasi dan menjalankan aktiviti percetakan. Koperasi turut mendapat hak mutlak daripada kerajaan untuk mencetak dokumen kerajaan khusus untuk surat pembelian kereta dan cukai jalan. 3. Floreal Gorini Centro Cultural de la Cooperacion Koperasi ini berfungsi sebagai sebuah kolej yang memberikan pendidikan seni kepada anggota koperasi seperti teater, tarian, permainan alat musik, seni lukis, penyelidikan sains sosial dan lain-lain yang berkaitan dengan seni.
Kunjung Hormat ke Kedutaan Malaysia di Buenos Aires Sementara itu, Duta Malaysia di Argentina, Dato’ Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak telah sudi menerima kunjung hormat Presiden dan Timbalan Presiden ANGKASA ke pejabat beliau di Buenos Aires pada 23 Oktober. Dato’ Mohd Khalid berkata, beliau sedang cuba untuk membawa masuk produk-produk halal ke Argentina memandangkan kesukaran negara tersebut mendapatkan bekalan makanan halal. Menurut beliau, setakat ini seramai 21 ahli perniagaan Argentina telah berdagang dengan Malaysia dan beliau berharap koperasi dapat mengambil peluang untuk menjadi agen-agen pembekal barang-barang halal di Argentina.
» Bergambar bersama Duta Malaysia di Argentina Dato’ Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak (dua dari kiri).
Disember 2018 PELANCAR
17
Program Amal “ANGKASA PEDULI” Raikan 33 Kanak-Kanak Pesakit Kanser
Oleh : NOR LELA ABDUL GHANI Foto: MUHAMMAD FATHI SYAFIQ JAMA ASIK Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA
» Haji Mohamad Azmi Omarudin bersalaman dengan pesakit Kanser Histiocytosis Sel Langerhans (LCH), Firas Hamim Mohd Firdaus, 4, yang ditemani ibunya Yumatini Maon di Wad KK3, Institut Pediatrik di Hospital Kuala Lumpur.Turut sama ialah Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (dua dari kanan), Haji Borhan Mat Aris (paling kiri), Haji Zaharuddin Alias (tiga dari kiri) dan Encik Marhalim Md Nor (paling kanan).
Sikap peduli kepada golongan insan istimewa dan mereka yang kurang bernasib baik menjadi tumpuan Rakan Sukarelawan
» Rakan sukarelawan Coop Malaysia bergambar kenangan dengan petugas perubatan di wad KK3, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur.
» Haji Mohamad Azmi Omaruddin menyampaikan cenderamata berupa produk-produk koperasi kepada Dr. Thinakaran A/L M. Selvarajah.
Menerusinya, Rakan Sukarelawan Coop Malaysia yang diuruskan oleh Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA telah menjayakan program Lawatan Amal “ANGKASA Peduli” ke Wad Kanser Kanak-Kanak KK3, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan untuk lebih mendekati dan berkongsi keprihatinan bersama pesakit dan keluarga mereka. Lawatan yang diketuai oleh Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa telah disambut oleh Penolong Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Dr. Thinakaran A/L M. Selvarajah dan Pakar Kanser Kanak-Kanak Hospital Kuala Lumpur, Dr. Teh Kok Hoi. Coop Malaysia anjuran ANGKASA dalam usaha berterusannya menabur khidmat bakti kepada masyarakat melalui pendekatan Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR).
Turut hadir ialah Pengerusi Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA), Haji Zaharuddin Alias dan Anggota Lembaga KOPUTRA, Encik Marhalim Md Nor serta Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Haji Borhan Mat Aris. Program tersebut juga turut diceriakan dengan kehadiran “Doktor Badut” terlatih yang menghiburkan lebih 30 pesakit kanak-kanak di Wad KK3 menerusi persembahan “magic show” di samping penyerahan sumbangan kepada kanak-kanak dan petugas perubatan di Wad Kanser oleh ANGKASA dan KOPUTRA. Haji Mohamad Azmi berkata, program CSR adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan ANGKASA dengan anggota masyarakat selain memberi sokongan emosi kepada kanak- kanak yang sedang menjalani rawatan intensif, para ibubapa dan penjaga serta petugas perubatan. ANGKASA menerusi program CSR “ANGKASA Peduli” melalui 20 Rakan Sukarelawan Coop ANGKASA akan terus merapatkan lagi jalinan kemesraan di antara masyarakat dengan para koperator melalui pelbagai program kemasyarakatan dan kesukarelawanan yang dianjurkan oleh ANGKASA.
Disember 2018 PELANCAR
19
» Pejabat pengurusan Koperasi UNIKEB Berhad yang terletak di Wisma UNIKEB, Bangi, Selangor.
Kedudukan tempat ke-17 dalam indeks 100 koperasi terbaik di Malaysia bagi tahun 2018 dan diiktiraf sebagai Koperasi IPT Terbaik negara merupakan satu pencapaian yang sangat bermakna dan dibanggakan buat Koperasi Universiti Kebangsaan Malaysia Berhad (UNIKEB). Pencapaian Koperasi UNIKEB membanggakan Oleh : NADIAH KAMARUDIN
Koperasi yang mula ditubuhkan pada 14 September 1973 itu bermula dengan hanya seorang pekerja dan menjalankan perniagaan berasaskan jualan buku dan alat tulis selain khidmat pinjaman kewangan kepada anggota. Kini, Koperasi UNIKEB mempunyai seramai 79 orang warga kerja dan mampu memiliki dua buah stesen minyak PETRONAS yang beroperasi di Bandar Baru Bangi. Kedua-dua stesen minyak tersebut telah merekodkan keuntungan kasar berjumlah RM1.13 juta pada tahun 2017, peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding pada tahun 2016. Menurut Pengerusi Koperasi UNIKEB, Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Wan Yusoff, pencapaian tersebut tidak mampu dicapai tanpa usaha dan semangat warga kerja koperasi tersebut serta sokongan padu daripada anggota. Tambah beliau lagi, memiliki dua stesen minyak tidak bermakna dapat menjamin pendapatan koperasi dalam jangka masa yang panjang. Koperasi UNIKEB terus memperkukuh dan mengembangkan perniagaan- perniagaan mereka yang lain. Sebagai contoh, perkhidmatan pembiayaan kepada anggota terus menjadi penyumbang utama kepada keuntungan koperasi tersebut secara keseluruhannya. Keuntungan kasar yang dicatatkan oleh Koperasi UNIKEB dalam perkhidmatan ini meningkat daripada RM5.6 juta pada tahun 2016 ke RM6.4 juta pada tahun 2017.
» Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Wan Yusoff, Pengerusi Koperasi UNIKEB
20 PELANCAR Disember 2018
20 PELANCAR Disember 2018
Selain menceburi perniagaan stesen minyak dan perkhidmatan pembiayaan kepada anggota, Koperasi UNIKEB turut menjalankan perniagaan seperti UMart, Pos Mini, Kedai buku, Perkhidmatan Ar-Rahnu dan Kedai Emas, penyewaan ruang dan tapak perniagaan. UNIKEB juga turut menyediakan pakej pemasaran produk dan perkhidmatan insuran takaful motor dan bukan motor, jualan tiket bas dan kapal terbang, pakej pelancongan dan umrah, kasut kesihatan, air mineral jenama SEGAR serta barangan keperluan harian yang lain. Beliau menyatakan demikian
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Wan Yusoff.
sewaktu menerima kunjungan 11 delegasi ANGKASA yang diketuai Presidennya, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah di Wisma UNIKEB, Bandar Baru Bangi, 31 Oktober lalu. Dalam sesi pertemuan antara kedua-dua koperasi, Dato’ Abdul Fattah menyatakan rasa gembira dengan pencapaian yang dikecapi oleh Koperasi UNIKEB dan berharap koperasi tersebut dapat boleh menjadi mentor dan berkongsi resepi kejayaan dengan koperasi yang lain khususnya koperasi IPT.
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (paling kiri) menanyakan sesuatu kepada Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Wan Yusoff (dua dari kanan) sewaktu sesi pertemuan antara ANGKASA dengan Koperasi UNIKEB.
» Encik Mohd Zahidi Haji Halim, Pengurus Besar Koperasi UNIKEB
» Wisma UNIKEB turut menempatkan beberapa pejabat urusan perniagaan yang dikendalikan oleh Koperasi UNIKEB seperti Kedai Emas & Ar-Rahnu, Unit Hartanah & Unit Pembiayaan dan kauter perkhidmatan pengguna.
Koperasi UNIKEB Jumlah ahli
4,424 orang RM60.8 juta
Perolehan Jumlah aset
RM92.4 juta Jumlah modal syer dan yuran RM19.6 juta Keuntungan bersih RM2.69 juta
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bergambar bersama Pengerusi Koperasi UNIKEB, Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Wan Yusoff (duduk, lima dari kiri) dan Anggota Lembaga Koperasi UNIKEB. Turut serta ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA; Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (duduk, empat dari kiri), Haji Mohamad Azmi Omaruddin (duduk, empat dari kanan) dan Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa (duduk, tiga dari kiri); Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim (duduk, paling kanan); Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin (duduk, dua dari kanan); Penasihat Korporat Kewangan, Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin (duduk, dua dari kiri); Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (duduk, tiga dari kanan); Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Mohammad Zamri Haji Yaacob (duduk, paling kiri) dan Pengurus Besar Bahagian Sekretariat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim (berdiri, tiga dari kanan).
Disember 2018 PELANCAR
21
Tingkat Minat Baca Al-Quran Dalam Kalangan Anggota Koperasi
Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ
Selaras dengan Prinsip Koperasi Ketujuh iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’, ANGKASA mengambil inisiatif dengan membantu membudayakan pembacaan dan pemahaman Al-Quran dalam kalangan anggota koperasi menerusi penjualan berasaskan produk ‘Ál-Quran Bertanda’.
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (lima dari kanan) dan Datin Norhafiza Saad (dua dari kiri) bertukar-tukar dokumen perjanjian kerjasama yang telah ditandatangani antara ANGKASA dan Ar-Rayyan Hijrah Resources.
Berlandaskan kepada komitmen tersebut, ANGKASA telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Bersama Ar- Rayyan Hijrah Resources bagi tujuan pemasaran produk berkenaan kepada warga koperasi. ANGKASA sebagai badan apeks, menerapkan nilai murni dalam amalan berkoperasi dan salah satu mekanismenya ialah melalui pembacaan dan penghayatan terhadap Al-Quran. Al-Quran keluaran Ar-Rayyan mempunyai tanda atau tag yang digunakan untuk melatih tabiat membaca Al-Quran setiap hari dan mencapai objektif khatam dalam masa 16 hari. Selain daripada tanda yang diselitkan pada Al-Quran, terdapat juga doa-doa yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Berserta dengan tag itu juga terdapat doa-doa yang boleh dijadikan sebagai peringatan, perlindungan dan amat diperlukan dalam kehidupan manusia sejagat. Al-Quran keluarannya boleh diperoleh dalam pelbagai saiz dan reka bentuk selain terjemahan dalam bahasa Inggeris. Produk Al- Quran itu juga dikeluarkan dalam keadaan lebih baik dalam pelbagai bentuk yang cantik dan berwarna-warni. Pengasas Sumber Ar-Rayyan Hijrah Resources, Datin Norhafiza Saad berkata, misi dan visi syarikatnya adalah ‘Seorang, Sebuah Quran” memandangkan Al-Quran perlu dijadikan sebagai pedoman hidup. Ia merupakan satu amal yang ingin dilakukan oleh setiap orang Islam, tidak di mana sahaja berada. Bezanya, kini Al-Quran diubah dan diketengahkan dengan wajah baru dan lebih menarik. “Al-Quran Bertanda” melatih pembaca menjadi lebih berdisiplin supaya khatam dalam jumlah hari yang ditetapkan. Tag tersebut melatih seseorang menanam hobi membaca Al-Quran
setiap hari, selain meningkatkan pemahaman kandungan Al-Quran dan ingatan kepada Allah, ayat dan suruhan-Nya. Ar-Rayyan Hijrah mengambil inisiatif mendekati dunia korporat apabila mengadakan kolaborasi dengan ANGKASA dalam memperkenalkan “Al-Quran Bertanda Ar-Rayyan” kepada koperasi ahli ANGKASA. Turut hadir ialah Pengarah Ar-Rayyan Hijrah Resources, Dato’ Ramli Abdul Manaf dan Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Kamarudin Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Dato Che Shukree Che Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 019-26614334, E-mel : heidi@ arrayyanhijrah.com / careline@arrayyanhijrah.com atau , laman web : www. arrayyanhijrah.com
22 PELANCAR Disember 2018
Bersedia Tingkatkan Kapasiti Pengeluaran Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
Koperasi disaran supaya lebih bersedia dalam semua aspek pengurusan bagi meningkatkan lagi jumlah pengeluaran sejajar dengan matlamat untuk memenuhi pertambahan jumlah permintaan di pasaraya-pasaraya utama seluruh negara.
Sebagai badan apeks gerakan koperasi, ANGKASA melalui Sektor Pemborongan dan Peruncitan memainkan peranannya dengan sokongan badan-badan tertentu seperti SIRIM Berhad bagi menjayakan misi untuk melihat lebih banyak produk koperasi terjual di pasaraya utama seperti Giant, Tesco, Aeon Big dan Mydin. Pendekatan yang digunakan oleh ANGKASA dengan sokongan pihak Amaxmall dalam berhadapan dengan pihak pasaraya utama dapat membantu meringankan beban koperasi daripada terpaksa menuruti pelbagai syarat dan prosedur ketat sekiranya mereka ingin melakukan usaha tersebut secara persendirian. Ini merupakan satu kejayaan yang harus dibanggakan setelah pelbagai usaha dilakukan menerusi program-program pembangunan produk selain promosi secara berterusan di beberapa pasaraya utama negara termasuk di luar negara. Di samping itu, ANGKASA juga sentiasa menjalankan kerja-kerja promosi menerusi saluran media massa. ANGKASA berharap agar kejayaan yang diraih ini dapat dijadikan sebagai pemangkin semangat dan kesungguhan untuk melihat lebih banyak lagi produk koperasi dapat menjengah pasaran khususnya di pasaraya utama seluruh negara sekaligus dapat menjana perolehan sektor koperasi.
Haji Mohamad Azmi Omaruddin Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pemborongan dan Peruncitan
Berdasarkan kepada rekod pemasaran sedia ada dan perancangan jangka panjang untuk meningkatkan jumlah kemasukan produk koperasi ke pasaraya-pasaraya utama, ANGKASA mensasarkan tambahan sebanyak 100 buah pasaraya utama menjelang tahun 2019 khususnya produk-produk yang bernaung di bawah kategori ‘100 Product Champion’. Justeru, koperasi perlu sentiasa
memastikan agar jaminan kualiti produk mereka sentiasa terpelihara dan mengikut spesifikasi pengeluaran yang betul di sebalik usaha untuk menggandakan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan semasa.
Disember 2018 PELANCAR Disember 2018 PELANCAR
23
23
PROJEK KHAS PEMASARAN PRODUK KOPERASI Jendela
Senarai produk yang telah berjaya disenaraikan dalam pasaraya GIANT
Bil.
Nama SKU
Koperasi
Sadini Fish Cracker 80g Kosas One Bite Peanut Coockies 200g Kosas One Bite Coconut Cookies 200g Kosas One Bite Cheeze Cookies 200g
5.
Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad Koperasi Anak-Anak Selangor Berhad (KOSAS)
Kohilal Chocolate Malt Drink (3 in 1) 30g X 15 paket Orikel Instant Premix Milk Tea 35g X 15 paket
1.
Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad
6.
2.
Koperasi Usahawan Groom Big Pulau Pinang Berhad (KUNANG)
7.
Koperasi Anak-Anak Selangor Berhad (KOSAS)
Warisan Ibu Premix Coffee (2 in 1) 27g X 15 paket Coopiat Fish Crips 70g
3.
Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad
8.
Koperasi Anak-Anak Selangor Berhad (KOSAS)
4.
Koperasi Usahawan IAT Berhad
Senarai pasaraya GIANT yang terlibat
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Giant Hyper Stadium Shah Alam
11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.
Giant Hyper Cheras
21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30.
Giant Hyper Bandar Baru Ampang
Giant Hyper Klang
Giant Hyper Banting
Giant Hypermarket Senawang
Giant Hyper Kelana Jaya Giant Hyper Batu Caves Giant Store Prima Saujana Giant Hyper Bandar Kinrara Giant Hyper Kota Damansara
Giant Hyper Jalan Kebun
Giant Hypermarket Klang Sentral
Giant Hyper Subang Jaya
Giant Falim, Ipoh
Giant Hyper Setapak
Giant Superstore Taman Connaught
Giant Super Shah Alam S18
Giant Hypermarket The Mines
Giant Super Ulu Klang
Giant Superstore ioi Bandar Puteri
Giant Hyper Putra Heights
Giant Hyper Shah Alam
Giant Superstore Nilai
Giant Hyper Seri Kembangan
Giant Hyper Kajang
Giant Hypermarket Leisure Mall
10.
Giant Hyper Kemuning Utama
Giant Hyper Bangi
Giant Superstore South City
24 PELANCAR Disember 2018
ANGKASA – AMAXMAL KE PASARAN GIANT
Seaweed Lemon & Lime Flavoured Drink 200ml
9.
Koperasi Usahawan IAT Berhad
13. Hazleen Coklat Susu Perisa Cempedak 9g X 20 paket 14. Hazleen Coklat Susu Perisa Nanas 50g 9g X 20 paket 15. Hazleen Coklat Susu Perisa Mangga 9g X 20 paket
Koperasi Inang Suri Kedah Berhad
10. Seaweed Strawberry Flavoured Drink 200ml
Koperasi Usahawan IAT Berhad
Koperasi Inang Suri Kedah Berhad
11. Tamarind Drink 200ml
Koperasi Usahawan Groom Big Kelantan Berhad Koperasi Inang Suri Kedah Berhad
Koperasi Inang Suri Kedah Berhad
12. Hazleen Coklat Susu Perisa Durian 9g X 20 paket
» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (duduk tiga dari kanan) dan Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin (duduk tiga dari kiri) bergambar bersama wakil-wakil koperasi dan 15 SKU yang kini dijual di pasaraya Giant. Turut berada di dalam gambar ialah Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA, Haji Anuar Bulin (duduk dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Amaxmall Sdn. Bhd., Datin Dr. Nik Sarina Lugman Hashim (duduk dua dari kanan) dan Pengurus Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA, Puan Norlaili Mohd Yatin (duduk paling kiri).
» Caption
Disember 2018 PELANCAR
25
Terengganu
IBR Inisiatif Ke Arah Tadbir Urus Baik Koperasi Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Usaha dalam memupuk kesedaran terhadap kepentingan integriti dan anti rasuah dalam organisasi menerusi lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) terus dipergiat oleh ANGKASA dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terkini, seramai 320 peserta terdiri daripada barisan kepimpinan koperasi dan anggota koperasi negeri Terengganu mempamerkan tanda sokongan terhadap usaha yang dilaksanakan dalam satu Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti ANGKASA anjuran Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu di Kuala Terengganu. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa integriti dan anti rasuah adalah
HAJI MOHAMED YUSOFF Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu
dua elemen penting yang tidak dapat dipisahkan dalam operasi harian koperasi dan ANGKASA. Usaha tersebut adalah selari dengan misi organisasi untuk menyatu dan memperjuangkan kepentingan serta hak gerakan koperasi melalui pengurusan profesional agar dapat dicapai dengan jayanya. Menurutnya, lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan inisiatif SPRM sebagai langkah mewujudkan tadbir urus baik seterusnya mengurangkan ruang dan peluang daripada berlakunya jenayah rasuah dalam organisasi. Katanya, keseriusan dalam hal tersebut boleh dilihat berdasarkan kepada statistik membabitkan koperasi yang dikeluarkan oleh SPRM iaitu sebanyak 276 maklumat salah laku jenayah melibatkan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa bagi tempoh 2013 hingga September 2018.
» Dato’ Shamshun Baharin (tiga dari kiri) dan Pengerusi JPAN Terengganu, Haji Mohamed (dua dari kanan) menunjukkan fail Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dan SPRM . Turut sama ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan (dua dari kiri); Pengarah SPRM Negeri Terengganu, Tuan Mohd Zaki (kiri sekali) dan Pengarah SKM Negeri Terengganu, Encik Wan Abdul Halim (kanan sekali).
26 PELANCAR Disember 2018
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease