Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

SEKTOR KOPERASI SEMAKIN BERKEMBANG MAJU

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

IMBAS KOD QR atau layari PELANCARtv di Youtube

Sektor koperasi di negara ini berupaya terus berkembang maju dan berdaya saing dalam pelbagai cabang perniagaan seperti kredit dan pelaburan, pertanian, pemborongan dan peruncitan, perkhidmatan, pembangunan hartanah dan lain-lain aktiviti pengguna. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Dr. Mohd Hatta Md. Ramli berkata, walaupun peratusan sumbangan daripada perniagaan yang dijalankan oleh sektor koperasi kepada KDNK negara tidak begitu besar, namun koperasi tetap merupakan antara sektor yang berpotensi tinggi sehingga diletakkan pada kedudukan ketiga dalam ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan swasta. Menurut beliau, keupayaan koperasi dalam membantu menjana ekonomi khususnya ekonomi setempat sememangnya

diperakui kerajaan apabila mampu mendominasi ekonomi tatkala berlakunya masalah kejatuhan ekonomi. “Saya meletakkan keyakinan penuh dan harapan yang tinggi kepada sektor koperasi

sebagai salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara serta dapat membantu pihak kerajaan mengurangkan kos sara hidup bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Sekiranya koperasi dapat menggerakkan ekonominya secara betul dan cekap, pasti masalah kesan kejatuhan ekonomi akan mampu ditangkis dan ditangani. Perkara ini sekaligus akan menjadikan sektor koperasi sebagai penggerak ekonomi yang lebih bermakna kepada anggota dan masyarakat,” ujarnya.

YB DR. MOHD HATTA MD. RAMLI Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan

8 PELANCAR Disember 2018

8 PELANCAR Disember 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease