koperasi dalam menyebar luas promosi menerusi kerjasama iklan di media massa seperti di TV3, IKIM dan RTM dilihat sebagai sebahagian daripada usaha untuk melihat koperasi terutamanya koperasi kecil supaya lebih berdaya maju. Saya juga mempunyai impian untuk melihat produk dan perkhidmatan koperasi menembusi dan menguasai pasaran awam di peringkat tempatan dan juga luar negara secara tersusun dan terancang. Ini memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk daripada kementerian-kementerian lain yang terlibat dalam usaha mempromosi produk dan perkhidmatan kita di luar negara supaya pasaran dapat diperluas,” katanya. Beliau juga turut menanam keyakinan akan kemampuan serta iltizam tinggi daripada Anggota Lembaga Koperasi melalui sokongan kerajaan dalam merencana strategi secara lebih komprehensif bagi memastikan koperasi terus melakar kejayaan cemerlang kepada anggota dan masyarakat secara keseluruhannya. YB Dr. Mohd Hatta berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan mewakili YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan sempena majlis pelancaran Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2018 dan Sesi Town House Bersama Gerakan Koperasi di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Puan Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi dan kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Hajah Meriam Mohd Nor; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan wakil-wakil koperasi yang lain.
Katanya lagi, amalan-amalan terbaik yang dipraktikkan oleh koperasi-koperasi utama negara boleh memberi inspirasi kepada koperasi lain untuk terus mencapai kejayaan. Kejayaan tersebut perlu dikongsi sebagai pembangkit semangat dan memberi inspirasi kepada koperasi untuk turut berjuang melakar kejayaan yang sama. Kerajaan menganggap sektor koperasi perlu diberi tumpuan secara khusus. Kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan yang dibentuk sejak 2 Julai lalu sentiasa menekankan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) supaya gerakan koperasi dapat diberi nafas dan semangat yang baharu melalui pendekatan tertentu selain pindaan akta koperasi menerusi pembentangan dan perbincangan yang diadakan oleh Majlis Penasihat Pembangunan Keusahawanan. Pendekatan tersebut adalah bagi memastikan peranan SKM dapat terus ditingkatkan bagi menjadikannya sebagai sebuah agensi yang lebih dominan dalam urusan berkaitan kawal selia dan pembangunan koperasi. SKM juga diminta supaya mengambil inisiatif dan memastikan kesemua 14 ribu koperasi yang berdaftar di negara ini agar terus bergiat aktif dan pada masa yang sama terus berusaha untuk membantu mana-mana koperasi yang memerlukan bantuan. Usaha tersebut perlu bagi membolehkan koperasi terbabit dapat bergerak semula dan membangunkan ekonominya sekaligus dapat memberi sumbangan kepada ekonomi negara. “Begitu juga dengan peranan gerakan-gerakan dalaman seperti ANGKASA yang bertindak sebagai apeks kepada gerakan koperasi. Usaha ANGKASA untuk membantu
PROFIL 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2018 Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia merupakan satu naskhah buku terbitan tahunan SKM sejak 2008 dan mengandungi profil serta maklumat koperasi-koperasi terbaik yang mencatatkan rekod kejayaan cemerlang sepanjang tahun. Metodologi penilaiannya bukan sahaja berdasarkan kepada prestasi kewangan malah turut meliputi faktor lain seperti sumbangan kepada anggota dan tadbir urus koperasi. Sehingga kini, koperasi dalam sektor perkhidmatan kewangan kekal mendominasi senarai, diwakili 45 koperasi kredit dan co-opbank. Seterusnya diikuti 16 koperasi dalam sektor pertanian, 15 koperasi dalam sektor perkhidmatan dan 14 koperasi dalam sektor pengangkutan. Baki 10 koperasi lagi adalah daripada sektor pengguna, perumahan dan pembinaan. Tahun 2018 menyaksikan kemunculan 43 koperasi baharu yang membarisi senarai 100 koperasi terbaik Malaysia untuk menyaingi 57 koperasi yang sedia ada dalam senarai tahun sebelumnya. Kecemerlangan 100 koperasi ini terserlah dengan jumlah perolehan sebanyak RM34.71 bilion yang menjadi tulang belakang kepada gerakan koperasi di Malaysia dengan sumbangannya mewakili 86.3% daripada jumlah keseluruhan perolehan. Modal dalaman yang berjaya dikumpul oleh 100 koperasi terbaik 2018 bernilai RM10.09 bilion iaitu 70.36% daripada nilai syer dan yuran gerakan manakala dari segi jumlah aset pula adalah 83.6% daripada aset keseluruhan gerakan yang berjumlah RM116.88 bilion.
Disember 2018 PELANCAR
9
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease