Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

Rumah Mampu Milik Untuk Anggota Koperasi Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara ANGKASA, TS Asia Ventures Sdn. Bhd. dan MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. bakal menyediakan Pakej Pembiayaan Rumah Mampu Milik dan

Pakej tersebut memberikan fasiliti pinjaman perumahan dengan kadar faedah rendah yang mematuhi piawaian syariah bagi tujuan untuk memudahkan pembeli mendapatkan pembiayaan tanpa deposit dan tidak perlu melalui institusi perbankan. Majlis MoU berkenaan telah diwakili oleh Naib Presiden ANGKASA Perjanjian Kolaborasi Pembinaan sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik untuk manfaat anggota koperasi dan masyarakat.

merangkap Pengerusi Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Bina Sdn. Bhd., Encik Azman Mat Wajib dan Presiden TS Asia Venture Sdn. Bhd., Encik Zulkernian Talib sambil disaksikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Senator Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah dan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Senator Kamarul Bahrin Shah, beliau menyatakan bahawa kerjasama strategik seumpama itu diharap dapat menarik lebih ramai pemain industri daripada sektor swasta akan turut mengambil inisiatif yang sama. Katanya, KPKT bersedia memberikan sokongan dan bantuan bagi memastikan kelancaran inisiatif projek sebegini agar lebih banyak rumah mampu milik dapat dibina dalam usaha untuk meringankan bebanan kewangan rakyat pada masa kini.

» Senator Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah berucap di majlis MoU antara ANGKASA, TS Asia Ventures Sdn. Bhd. dan MyANGKASA Bina Sdn. Bhd.

12 PELANCAR Disember 2018

12 PELANCAR Disember 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease