berkata, statistik koperasi yang aktif dalam bidang hartanah menerusi sektor perumahan berjumlah 250 buah koperasi dan telah menyumbang perolehan melebihi RM198 juta manakala sektor pembinaan pula adalah sebanyak 301 buah koperasi dengan perolehan melebihi RM110 juta. Penglibatan aktif sektor koperasi dalam bidang hartanah katanya menunjukkan perkembangan yang sihat khususnya dalam bidang-bidang seperti pemilikan bangunan komersil, pelaburan hartanah, pemilikan dan pajakan tanah, pelaburan amanah harta tanah (REIT) dan pembekalan bahan binaan. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Perniagaan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Zul Yamin Mohamed Radzi; Pengerusi TS Asia Venture Sdn. Bhd., Raja Mazhar Tun Raja Mohar; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Seyd Adwam Wafa.
» Sesi pertukaran dokumen MOU antara ANGKASA dan TS Asia Ventures Sdn. Bhd. yang diwakili, Dato’ Haji Mohd Shukree dan Encik Zulkernian.
“Inisiatif MoU ini sekaligus menyumbang dan menyokong hasrat kerajaan yang mahu menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat dan diharap melalui perjanjian yang ditandatangani ini, akan dapat merealisasikan harapan kerajaan dalam jangka masa terdekat dengan jayanya.
“Pembinaan projek perumahan
rumah mampu milik ini akan menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang lebih kompetitif dengan kadar pembinaan lebih cepat berbanding kaedah pembinaan secara konvensional,” katanya. Sementara itu, Dato’ Abdul Fattah
» Senator Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara ANGKASA, TS Asia Ventures Sdn. Bhd. dan MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. Turut hadir Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (lima dari kanan), Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan), Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (tiga dari kanan), Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa (paling kanan) dan Haji Nasir Khan Yahaya (dua dari kiri).
Disember 2018 PELANCAR
13
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease