Menurut beliau, kepentingan pembangunan keusahawanan yang kini berada di bawah satu bumbung memerlukan satu bentuk koordinasi bagi merencana pelan pembangunan yang lebih seimbang dan komprehensif selaras dengan sasaran yang mahu dijana. Justeru katanya, agenda pembangunan keusahawanan dalam kalangan generasi muda perlu dipupuk dan terus diperkasa. Aktiviti yang dijalankan menerusi pendekatan kosiswa adalah antara pendekatan holistik yang sangat relevan dan diyakini dapat membantu meningkatkan minat dan kecenderungan generasi muda khususnya mahasiswa terhadap budaya keusahawanan. Puan Wan Suraya berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Bengkel Pelan Strategik 2018 Pembangunan Perniagaan KOSISWA UiTM pada 28 Oktober 2018. Sementara itu Presiden ANGKASA, Dato’Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan aluannya berkata, usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang bernaung di bawah koperasi terus diperkasa melalui pelbagai pelan promosi termasuk menganjurkan program-program tertentu yang melibatkan penyertaan golongan muda. Menurut beliau, bengkel pelan strategik yang dianjurkan menepati objektif dan matlamatnya untuk memupuk minat selain mahu memberi peluang kepada pelajar universiti untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti perniagaan koperasi. Katanya, selain dapat membentuk jaringan
“ANGKASA sentiasa sedia untuk membantu dalam pembangunan modal insan secara lebih holistik melalui KOSISWA sekaligus berperanan dalam membantu meningkatkan pengetahuan dan kepentingan ekonomi mahasiswa berlandaskan prinsip-prinsip koperasi. Sehubungan itu, KOSISWA perlu lebih proaktif, memiliki sentuhan inovasi selain sentiasa aktif dan bijak menggunakan peluang untuk mempelajari ilmu keusahawanan melalui koperasi,” ujar beliau. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari di Port Dickson itu telah menghimpunkan seramai 65 peserta dalam kalangan mahasiswa UiTM dari seluruh negara yang terlibat secara langsung dalam aktiviti koperasi siswa. Turut hadir ialah Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat Setiausaha SKM, Encik Zainal Abdin Ab. Manaf; Pengarah SKM Selangor, Encik Rusli Jaafar dan Ketua Jabatan Tunas Mekar dan Operasi Keusahawanan UiTM, Encik Adlan Ahmad Bakri.
perniagaan dan meningkatkan perhubungan antara anggota koperasi, peserta juga dapat berkongsi idea bersama rakan-rakan koperasi siswa yang lain berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) perniagaan koperasi siswa.
» Dato’ Abdul Fattah terima penghargaan daripada Puan Wan Suraya.
» Sesi bergambar bersama peserta program.
Disember 2018 PELANCAR Disember 2018 PELANCAR
15
15
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease