Selepas sesi perbincangan meja bulat, persidangan ICA diteruskan dan Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hassan yang juga merupakan Jawatankuasa CHI telah mengemukakan tiga cadangan iaitu: Model koperasi sekolah
pertanian, perkongsian teknologi, insuran bencana alam dan langkah bagi mengurangkan masalah pembaziran makanan. Turut sama di dalam mesyuarat tersebut ialah Presiden ANGKASA, Dato’Abdul Fattah Abdullah dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Hajah Roszurina Omar. Pembangunan Pelan Strategi ICA Sementara itu, satu sesi perbincangan’khas ‘Pembangunan Pelan Strategi ICA’ untuk tempoh 10 tahun telah berlangsung pada 20 Oktober dan dipengerusikan oleh Presiden ICA, Ariel Guarco. Peserta perbincangan dipecahkan kepada empat kumpulan dan fokus kepada peranan ICA dalam membangunkan koperasi dunia. Penekanan diberikan kepada perkara-perkara berikut: Penggunaan teknologi. SDG. Perdagangan antara koperasi. Pemerkasaan wanita dan belia dalam koperasi. Mesyuarat Jawatankuasa ICA Mesyuarat Jawatankuasa ICA berlangsung pada hari ketiga (21 Oktober) telah membincangkan tentang persiapan ‘International Day of Cooperatives 2019’. Tema sambutan tersebut mengambil tema SDG 8 iaitu ‘Decent Work and Economic Growth’ dengan mengambil kira koperasi adalah sebuah entiti perniagaan anggota. Mengikut perangkaan daripada ICA, terdapat 1.2 billion anggota koperasi seluruh dunia dan tiga juta perusahaan yang menjalankan 294 juta aktiviti ekonomi. Sebelum persidangan berlangsung, satu perbincangan meja bulat telah diadakan dengan ahli panel yang terdiri daripada: Ariel Guarco – Presiden ICA Vic Van Vuuren – Director of Enterprise Department ILO Marco Marzano De Marinis – Secretary International Fund for Agricultural Development Martin Lowery – ICA Board member yang juga Board NCBA- CLUSA USA sebagai moderator Kesedaran masyarakat tentang faedah berkoperasi. Penjenamaan semula koperasi dan hubungan dengan pembuat dasar, pihak kerajaan. Kaedah penambahan modal koperasi. Mempertahankan prinsip-prinsip koperasi dan mengekalkan jati diri.
Malaysia dijadikan sebagai satu model perkongsian untuk negara-negara lain. Satu jawatankuasa perumahan ditubuhkan di peringkat Asia Pasifik. Jawatankuasa pelancongan ditubuhkan di peringkat ICA Global.
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Koperasi Perumahan Antarabangsa ICA Global
Lawatan ke Koperasi di Buenos Aires Delegasi juga turut dibawa melawat ke beberapa koperasi sekitar Buenos Aires pada hari keempat (22 Oktober) seperti: 1. Banco Credicoop Lawatan ini disambut oleh Naib Presiden Credicoop dan tiga Anggota Lembaga Koperasi. Koperasi ini merupakan satu-satunya bank koperasi di Buenos Aires dan ditubuhkan sejak 1979 melalui penggabungan 44 buah kesatuan kredit. Koperasi tersebut mempunyai 1.5 juta anggota, 2.5 juta pelanggan, 50 orang anggota Lembaga dan sembilan daripadanya mengetuai Jawatankuasa Kecil. Kebanyak pinjaman diberikan untuk sektor pertanian. 65% untuk IKS dan 35% untuk individu. Koperasi tersebut mempunyai 120 juta peso deposit dalam bank dan lima bilion dalam bentuk kredit 2. Campichuelo Printing House (Koperasi Pekerja) Kerajaan Argentina memberi peluang kepada pekerja di Campichuelo Printing House untuk menubuhkan koperasi dan menjalankan aktiviti percetakan. Koperasi turut mendapat hak mutlak daripada kerajaan untuk mencetak dokumen kerajaan khusus untuk surat pembelian kereta dan cukai jalan. 3. Floreal Gorini Centro Cultural de la Cooperacion Koperasi ini berfungsi sebagai sebuah kolej yang memberikan pendidikan seni kepada anggota koperasi seperti teater, tarian, permainan alat musik, seni lukis, penyelidikan sains sosial dan lain-lain yang berkaitan dengan seni.
Kunjung Hormat ke Kedutaan Malaysia di Buenos Aires Sementara itu, Duta Malaysia di Argentina, Dato’ Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak telah sudi menerima kunjung hormat Presiden dan Timbalan Presiden ANGKASA ke pejabat beliau di Buenos Aires pada 23 Oktober. Dato’ Mohd Khalid berkata, beliau sedang cuba untuk membawa masuk produk-produk halal ke Argentina memandangkan kesukaran negara tersebut mendapatkan bekalan makanan halal. Menurut beliau, setakat ini seramai 21 ahli perniagaan Argentina telah berdagang dengan Malaysia dan beliau berharap koperasi dapat mengambil peluang untuk menjadi agen-agen pembekal barang-barang halal di Argentina.
» Bergambar bersama Duta Malaysia di Argentina Dato’ Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak (dua dari kiri).
Disember 2018 PELANCAR
17
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease