Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

Program Amal “ANGKASA PEDULI” Raikan 33 Kanak-Kanak Pesakit Kanser

Oleh : NOR LELA ABDUL GHANI Foto: MUHAMMAD FATHI SYAFIQ JAMA ASIK Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA

» Haji Mohamad Azmi Omarudin bersalaman dengan pesakit Kanser Histiocytosis Sel Langerhans (LCH), Firas Hamim Mohd Firdaus, 4, yang ditemani ibunya Yumatini Maon di Wad KK3, Institut Pediatrik di Hospital Kuala Lumpur.Turut sama ialah Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (dua dari kanan), Haji Borhan Mat Aris (paling kiri), Haji Zaharuddin Alias (tiga dari kiri) dan Encik Marhalim Md Nor (paling kanan).

Sikap peduli kepada golongan insan istimewa dan mereka yang kurang bernasib baik menjadi tumpuan Rakan Sukarelawan

» Rakan sukarelawan Coop Malaysia bergambar kenangan dengan petugas perubatan di wad KK3, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur.

» Haji Mohamad Azmi Omaruddin menyampaikan cenderamata berupa produk-produk koperasi kepada Dr. Thinakaran A/L M. Selvarajah.

Menerusinya, Rakan Sukarelawan Coop Malaysia yang diuruskan oleh Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA telah menjayakan program Lawatan Amal “ANGKASA Peduli” ke Wad Kanser Kanak-Kanak KK3, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan untuk lebih mendekati dan berkongsi keprihatinan bersama pesakit dan keluarga mereka. Lawatan yang diketuai oleh Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa telah disambut oleh Penolong Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Dr. Thinakaran A/L M. Selvarajah dan Pakar Kanser Kanak-Kanak Hospital Kuala Lumpur, Dr. Teh Kok Hoi. Coop Malaysia anjuran ANGKASA dalam usaha berterusannya menabur khidmat bakti kepada masyarakat melalui pendekatan Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR).

Turut hadir ialah Pengerusi Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA), Haji Zaharuddin Alias dan Anggota Lembaga KOPUTRA, Encik Marhalim Md Nor serta Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Haji Borhan Mat Aris. Program tersebut juga turut diceriakan dengan kehadiran “Doktor Badut” terlatih yang menghiburkan lebih 30 pesakit kanak-kanak di Wad KK3 menerusi persembahan “magic show” di samping penyerahan sumbangan kepada kanak-kanak dan petugas perubatan di Wad Kanser oleh ANGKASA dan KOPUTRA. Haji Mohamad Azmi berkata, program CSR adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan ANGKASA dengan anggota masyarakat selain memberi sokongan emosi kepada kanak- kanak yang sedang menjalani rawatan intensif, para ibubapa dan penjaga serta petugas perubatan. ANGKASA menerusi program CSR “ANGKASA Peduli” melalui 20 Rakan Sukarelawan Coop ANGKASA akan terus merapatkan lagi jalinan kemesraan di antara masyarakat dengan para koperator melalui pelbagai program kemasyarakatan dan kesukarelawanan yang dianjurkan oleh ANGKASA.

Disember 2018 PELANCAR

19

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease