» Pejabat pengurusan Koperasi UNIKEB Berhad yang terletak di Wisma UNIKEB, Bangi, Selangor.
Kedudukan tempat ke-17 dalam indeks 100 koperasi terbaik di Malaysia bagi tahun 2018 dan diiktiraf sebagai Koperasi IPT Terbaik negara merupakan satu pencapaian yang sangat bermakna dan dibanggakan buat Koperasi Universiti Kebangsaan Malaysia Berhad (UNIKEB). Pencapaian Koperasi UNIKEB membanggakan Oleh : NADIAH KAMARUDIN
Koperasi yang mula ditubuhkan pada 14 September 1973 itu bermula dengan hanya seorang pekerja dan menjalankan perniagaan berasaskan jualan buku dan alat tulis selain khidmat pinjaman kewangan kepada anggota. Kini, Koperasi UNIKEB mempunyai seramai 79 orang warga kerja dan mampu memiliki dua buah stesen minyak PETRONAS yang beroperasi di Bandar Baru Bangi. Kedua-dua stesen minyak tersebut telah merekodkan keuntungan kasar berjumlah RM1.13 juta pada tahun 2017, peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding pada tahun 2016. Menurut Pengerusi Koperasi UNIKEB, Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Wan Yusoff, pencapaian tersebut tidak mampu dicapai tanpa usaha dan semangat warga kerja koperasi tersebut serta sokongan padu daripada anggota. Tambah beliau lagi, memiliki dua stesen minyak tidak bermakna dapat menjamin pendapatan koperasi dalam jangka masa yang panjang. Koperasi UNIKEB terus memperkukuh dan mengembangkan perniagaan- perniagaan mereka yang lain. Sebagai contoh, perkhidmatan pembiayaan kepada anggota terus menjadi penyumbang utama kepada keuntungan koperasi tersebut secara keseluruhannya. Keuntungan kasar yang dicatatkan oleh Koperasi UNIKEB dalam perkhidmatan ini meningkat daripada RM5.6 juta pada tahun 2016 ke RM6.4 juta pada tahun 2017.
» Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Wan Yusoff, Pengerusi Koperasi UNIKEB
20 PELANCAR Disember 2018
20 PELANCAR Disember 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease