Selain menceburi perniagaan stesen minyak dan perkhidmatan pembiayaan kepada anggota, Koperasi UNIKEB turut menjalankan perniagaan seperti UMart, Pos Mini, Kedai buku, Perkhidmatan Ar-Rahnu dan Kedai Emas, penyewaan ruang dan tapak perniagaan. UNIKEB juga turut menyediakan pakej pemasaran produk dan perkhidmatan insuran takaful motor dan bukan motor, jualan tiket bas dan kapal terbang, pakej pelancongan dan umrah, kasut kesihatan, air mineral jenama SEGAR serta barangan keperluan harian yang lain. Beliau menyatakan demikian
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Wan Yusoff.
sewaktu menerima kunjungan 11 delegasi ANGKASA yang diketuai Presidennya, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah di Wisma UNIKEB, Bandar Baru Bangi, 31 Oktober lalu. Dalam sesi pertemuan antara kedua-dua koperasi, Dato’ Abdul Fattah menyatakan rasa gembira dengan pencapaian yang dikecapi oleh Koperasi UNIKEB dan berharap koperasi tersebut dapat boleh menjadi mentor dan berkongsi resepi kejayaan dengan koperasi yang lain khususnya koperasi IPT.
» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (paling kiri) menanyakan sesuatu kepada Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Wan Yusoff (dua dari kanan) sewaktu sesi pertemuan antara ANGKASA dengan Koperasi UNIKEB.
» Encik Mohd Zahidi Haji Halim, Pengurus Besar Koperasi UNIKEB
» Wisma UNIKEB turut menempatkan beberapa pejabat urusan perniagaan yang dikendalikan oleh Koperasi UNIKEB seperti Kedai Emas & Ar-Rahnu, Unit Hartanah & Unit Pembiayaan dan kauter perkhidmatan pengguna.
Koperasi UNIKEB Jumlah ahli
4,424 orang RM60.8 juta
Perolehan Jumlah aset
RM92.4 juta Jumlah modal syer dan yuran RM19.6 juta Keuntungan bersih RM2.69 juta
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bergambar bersama Pengerusi Koperasi UNIKEB, Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Wan Yusoff (duduk, lima dari kiri) dan Anggota Lembaga Koperasi UNIKEB. Turut serta ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA; Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (duduk, empat dari kiri), Haji Mohamad Azmi Omaruddin (duduk, empat dari kanan) dan Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa (duduk, tiga dari kiri); Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim (duduk, paling kanan); Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin (duduk, dua dari kanan); Penasihat Korporat Kewangan, Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin (duduk, dua dari kiri); Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (duduk, tiga dari kanan); Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Mohammad Zamri Haji Yaacob (duduk, paling kiri) dan Pengurus Besar Bahagian Sekretariat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim (berdiri, tiga dari kanan).
Disember 2018 PELANCAR
21
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease