Tingkat Minat Baca Al-Quran Dalam Kalangan Anggota Koperasi
Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ
Selaras dengan Prinsip Koperasi Ketujuh iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’, ANGKASA mengambil inisiatif dengan membantu membudayakan pembacaan dan pemahaman Al-Quran dalam kalangan anggota koperasi menerusi penjualan berasaskan produk ‘Ál-Quran Bertanda’.
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (lima dari kanan) dan Datin Norhafiza Saad (dua dari kiri) bertukar-tukar dokumen perjanjian kerjasama yang telah ditandatangani antara ANGKASA dan Ar-Rayyan Hijrah Resources.
Berlandaskan kepada komitmen tersebut, ANGKASA telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Bersama Ar- Rayyan Hijrah Resources bagi tujuan pemasaran produk berkenaan kepada warga koperasi. ANGKASA sebagai badan apeks, menerapkan nilai murni dalam amalan berkoperasi dan salah satu mekanismenya ialah melalui pembacaan dan penghayatan terhadap Al-Quran. Al-Quran keluaran Ar-Rayyan mempunyai tanda atau tag yang digunakan untuk melatih tabiat membaca Al-Quran setiap hari dan mencapai objektif khatam dalam masa 16 hari. Selain daripada tanda yang diselitkan pada Al-Quran, terdapat juga doa-doa yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Berserta dengan tag itu juga terdapat doa-doa yang boleh dijadikan sebagai peringatan, perlindungan dan amat diperlukan dalam kehidupan manusia sejagat. Al-Quran keluarannya boleh diperoleh dalam pelbagai saiz dan reka bentuk selain terjemahan dalam bahasa Inggeris. Produk Al- Quran itu juga dikeluarkan dalam keadaan lebih baik dalam pelbagai bentuk yang cantik dan berwarna-warni. Pengasas Sumber Ar-Rayyan Hijrah Resources, Datin Norhafiza Saad berkata, misi dan visi syarikatnya adalah ‘Seorang, Sebuah Quran” memandangkan Al-Quran perlu dijadikan sebagai pedoman hidup. Ia merupakan satu amal yang ingin dilakukan oleh setiap orang Islam, tidak di mana sahaja berada. Bezanya, kini Al-Quran diubah dan diketengahkan dengan wajah baru dan lebih menarik. “Al-Quran Bertanda” melatih pembaca menjadi lebih berdisiplin supaya khatam dalam jumlah hari yang ditetapkan. Tag tersebut melatih seseorang menanam hobi membaca Al-Quran
setiap hari, selain meningkatkan pemahaman kandungan Al-Quran dan ingatan kepada Allah, ayat dan suruhan-Nya. Ar-Rayyan Hijrah mengambil inisiatif mendekati dunia korporat apabila mengadakan kolaborasi dengan ANGKASA dalam memperkenalkan “Al-Quran Bertanda Ar-Rayyan” kepada koperasi ahli ANGKASA. Turut hadir ialah Pengarah Ar-Rayyan Hijrah Resources, Dato’ Ramli Abdul Manaf dan Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Kamarudin Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Dato Che Shukree Che Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 019-26614334, E-mel : heidi@ arrayyanhijrah.com / careline@arrayyanhijrah.com atau , laman web : www. arrayyanhijrah.com
22 PELANCAR Disember 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease