Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

Bersedia Tingkatkan Kapasiti Pengeluaran Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Koperasi disaran supaya lebih bersedia dalam semua aspek pengurusan bagi meningkatkan lagi jumlah pengeluaran sejajar dengan matlamat untuk memenuhi pertambahan jumlah permintaan di pasaraya-pasaraya utama seluruh negara.

Sebagai badan apeks gerakan koperasi, ANGKASA melalui Sektor Pemborongan dan Peruncitan memainkan peranannya dengan sokongan badan-badan tertentu seperti SIRIM Berhad bagi menjayakan misi untuk melihat lebih banyak produk koperasi terjual di pasaraya utama seperti Giant, Tesco, Aeon Big dan Mydin. Pendekatan yang digunakan oleh ANGKASA dengan sokongan pihak Amaxmall dalam berhadapan dengan pihak pasaraya utama dapat membantu meringankan beban koperasi daripada terpaksa menuruti pelbagai syarat dan prosedur ketat sekiranya mereka ingin melakukan usaha tersebut secara persendirian. Ini merupakan satu kejayaan yang harus dibanggakan setelah pelbagai usaha dilakukan menerusi program-program pembangunan produk selain promosi secara berterusan di beberapa pasaraya utama negara termasuk di luar negara. Di samping itu, ANGKASA juga sentiasa menjalankan kerja-kerja promosi menerusi saluran media massa. ANGKASA berharap agar kejayaan yang diraih ini dapat dijadikan sebagai pemangkin semangat dan kesungguhan untuk melihat lebih banyak lagi produk koperasi dapat menjengah pasaran khususnya di pasaraya utama seluruh negara sekaligus dapat menjana perolehan sektor koperasi.

Haji Mohamad Azmi Omaruddin Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pemborongan dan Peruncitan

Berdasarkan kepada rekod pemasaran sedia ada dan perancangan jangka panjang untuk meningkatkan jumlah kemasukan produk koperasi ke pasaraya-pasaraya utama, ANGKASA mensasarkan tambahan sebanyak 100 buah pasaraya utama menjelang tahun 2019 khususnya produk-produk yang bernaung di bawah kategori ‘100 Product Champion’. Justeru, koperasi perlu sentiasa

memastikan agar jaminan kualiti produk mereka sentiasa terpelihara dan mengikut spesifikasi pengeluaran yang betul di sebalik usaha untuk menggandakan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan semasa.

Disember 2018 PELANCAR Disember 2018 PELANCAR

23

23

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease