Terengganu
IBR Inisiatif Ke Arah Tadbir Urus Baik Koperasi Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Usaha dalam memupuk kesedaran terhadap kepentingan integriti dan anti rasuah dalam organisasi menerusi lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) terus dipergiat oleh ANGKASA dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terkini, seramai 320 peserta terdiri daripada barisan kepimpinan koperasi dan anggota koperasi negeri Terengganu mempamerkan tanda sokongan terhadap usaha yang dilaksanakan dalam satu Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti ANGKASA anjuran Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu di Kuala Terengganu. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa integriti dan anti rasuah adalah
HAJI MOHAMED YUSOFF Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu
dua elemen penting yang tidak dapat dipisahkan dalam operasi harian koperasi dan ANGKASA. Usaha tersebut adalah selari dengan misi organisasi untuk menyatu dan memperjuangkan kepentingan serta hak gerakan koperasi melalui pengurusan profesional agar dapat dicapai dengan jayanya. Menurutnya, lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan inisiatif SPRM sebagai langkah mewujudkan tadbir urus baik seterusnya mengurangkan ruang dan peluang daripada berlakunya jenayah rasuah dalam organisasi. Katanya, keseriusan dalam hal tersebut boleh dilihat berdasarkan kepada statistik membabitkan koperasi yang dikeluarkan oleh SPRM iaitu sebanyak 276 maklumat salah laku jenayah melibatkan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa bagi tempoh 2013 hingga September 2018.
» Dato’ Shamshun Baharin (tiga dari kiri) dan Pengerusi JPAN Terengganu, Haji Mohamed (dua dari kanan) menunjukkan fail Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dan SPRM . Turut sama ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan (dua dari kiri); Pengarah SPRM Negeri Terengganu, Tuan Mohd Zaki (kiri sekali) dan Pengarah SKM Negeri Terengganu, Encik Wan Abdul Halim (kanan sekali).
26 PELANCAR Disember 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease