Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 22 kertas siasatan telah dibuka dan sejumlah 13 individu telah ditangkap sepanjang tempoh tersebut dan majoritinya melakukan kesalahan tuntutan palsu, salah guna kuasa dan penyelewengan sepertimana yang termaktub dalam Akta SPRM 2009. “Semua pihak perlu bersedia dalam berhadapan dengan cabaran-cabaran ini agar fungsi utama ANGKASA dapat disampaikan dengan cekap dan efisien kerana senario perkembangan dan aktiviti koperasi sentiasa berubah mengikut peredaran semasa,” katanya. Sementara itu, dalam ucapan disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya menyatakan, pelaksanaan IBR adalah bermatlamat mendapatkan komitmen pimpinan koperasi dalam usaha membanteras rasuah, memastikan koperasi tidak terlibat dengan jenayah rasuah, menanam perasaan benci kepada jenayah rasuah serta berperanan memberi mesej terbaik kepada mereka yang berurusan dengan organisasi agar tidak melakukan rasuah. Ujarnya, majlis tersebut merupakan pemangkin untuk memulakan atau meneruskan aktiviti kepada pembasmian

» Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan (tengah) mengendalikan Forum Integriti ANGKASA “Gejala Rasuah Dalam Organisasi” bersama panel Penolong Timbalan Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM, Tuan Norazmi Shari (kanan sekali) dan Pengarah Bahagian Penyeliaan Tadbir Urus, SKM, Encik Aminuddin Yahya (kiri sekali).

rasuah ke koperasi-koperasi. Inisiatif itu juga amat bertepatan sekali sebagai peringatan kepada semua penggerak dalam gerakan koperasi untuk mengamalkan budaya integriti dan akauntabiliti tinggi dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan. “Kita perlu memastikan tadbir urus, perbelanjaan diuruskan dengan betul dan teratur mengikut perundangan koperasi, mengelakkan pembaziran dan menghindarkan diri dari terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

“Kegagalan sesebuah koperasi akan memberi kesan kepada keseluruhan anggota dan melalui usaha ini diharap gerakan koperasi dapat menjadi institusi yang bebas rasuah dan menjadi teladan yang baik kepada institusi-institusi yang lain,” katanya. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi JPAN Terengganu, Haji Mohamed Yusoff; Pengarah SPRM Negeri Terengganu, Tuan Mohd Zaki Hassan dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Terengganu, Encik Wan Abdul Halim dan ahli-ahli JPAN Terengganu.

Statistik Maklumat, Kertas Siasatan, Tangkapan Dan Pertuduhan Terhadap Koperasi Bagi Tahun 2013 - 2018 (September)

TAHUN

2013

2014

2015

2016

2017

2018 (September)

Jumlah Keseluruhan

Maklumat

56

29

73

34

40

44

276

Kertas Siasatan

3 2 0

2 1 1

3 2 0

3 1 0

5 1 0

6 6 3

22 13

Tangkapan Pertuduhan

4

Sumber SPRM

» Peserta menyatakan sokongan terhadap inisiatif Ikrar Bebas Rasuah (IBR) anjuran ANGKASA dengan kerjasama SPRM.

Disember 2018 PELANCAR

27

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease