Wilayah Persekutuan
Kepimpinan Teras Kemajuan Koperasi
Oleh : RAHMAT MOHD DID
Haji Zulkifli Jamaludin Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan
» Dato’ Haji Kamarudin Ismail bergambar bersama peserta
Pemimpin koperasi hendaklah sentiasa berfikiran kreatif, inovatif dan mempunyai penguasaan yang optimum terhadap selok-belok koperasi. Perkara tersebut penting demi menjamin kejayaan dan kelangsungan sesebuah koperasi.
Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, ANGKASA sebagai badan puncak koperasi di Malaysia berperanan meningkatkan kefahaman dan pengamalan nilai dan prinsip koperasi tulen selaras dengan Kenyataan Jati Diri Koperasi dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (Rekomendasi ILO 193) yang mengiktiraf koperasi sebagai alat pembangunan ekonomi, sosial dan budaya masyarakat. “Kursus ini memberi pendidikan kepada koperasi ke arah melahirkan pemimpin dan bakal pemimpin koperasi yang berwawasan, berilmu, berintegriti dan berstrategi. Di samping itu, kursus ini juga berupaya mengukuhkan kepimpinan koperasi dengan menerapkan kefahaman jati diri, tadbir urus baik, pengurusan kewangan koperasi dan kepimpinan koperasi yang berintegriti,” katanya.
Tambahnya lagi, hal tersebut penting bagi melahirkan pemimpin koperasi yang berilmu dan memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Kursus Kepimpinan Koperasi Wilayah Persekutuan 2018 Anjuran Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin. Seramai 100 orang pemimpin koperasi dari seluruh Wilayah Persekutuan menyertai bengkel selama dua hari tersebut yang membentangkan empat kertas kerja termasuklah Jati Diri Koperasi, Pengurusan Kewangan Koperasi, Tadbir Urus Koperasi dan Kepimpinan Koperasi.
28 PELANCAR Disember 2018 28 PELANCAR Disember 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease