DARI MEJA PRESIDEN
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Salam Sejahtera
Tahun 2018 menyaksikan pertumbuhan pesat sektor-sektor koperasi melalui pelbagai aktiviti ekonomi sama ada secara kecil-kecilan mahupun yang berimpak tinggi. Berdasarkan kepada bilangan koperasi yang kini melebihi 14 ribu buah dan jumlah perolehan yang direkodkan menerusi perangkaan am Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terhadap sektor-sektor koperasi sehingga Jun 2018 yang mencecah angka RM22 bilion, jelas menunjukkan bahawa penglibatan ekonomi gerakan koperasi negara semakin rancak dan maju. Kita perlu akui bahawa kejayaan yang dicapai itu sebenarnya banyak dijana menerusi sokongan dan bantuan oleh kerajaan. Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan telah banyak membantu sektor-sektor koperasi bukan sahaja dari sudut pembangunan ekonominya, malah turut melibatkan aspek-aspek pembangunan yang berkaitan. Tadbir urus koperasi juga semakin cemerlang jika dilihat dari sudut pembangunan ilmu keusahawanan dan peningkatan peluang pekerjaan yang baharu. Banyak usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam memberi nafas baharu kepada sektor-sektor koperasi supaya mampu untuk lebih berdikari, mencatat perolehan yang lebih memberangsangkan dan memberi sumbangan lebih bermakna kepada seluruh anggota dan masyarakat. Terima kasih juga diucapkan kepada agensi-agensi swasta yang telah memberikan kerjasama bagi membantu merealisasikan matlamat perniagaan sektor koperasi. Usaha yang terjalin itu diharap dapat terus diperkukuh bagi memberi manfaat jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi koperasi dan negara. Saya bagi pihak seluruh jawatankuasa di ANGKASA mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan agar pada tahun-tahun yang mendatang, gerakan koperasi negara mampu mencatat kejayaan dengan lebih gemilang. Selamat Tahun Baharu 2019.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd Zakuan Azmi
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd.
Disember 2018 PELANCAR
1
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease