Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

Selangor

Prestasi KKM Cetus Suntikan Untuk Terus Maju Prestasi Koperasi Kariah Masjid (KKM) menunjukkan perkembangan yang positif dengan kadar pertumbuhan direkodkan sebanyak 33.99 peratus dari tahun 2011 hingga 2017. Tahun lalu, bilangan KKM mencapai 410 buah dengan jumlah keanggotaan hampir 29 ribu dan menyumbang perolehan hampir RM10 juta. Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

DATO’ ALIAS HAMZAH Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor

Mengikut rekod yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak 6,336 buah masjid berdaftar di seluruh negara. Berasaskan kepada angka tersebut, pelbagai usaha boleh dilakukan ke arah mempertingkatkan bilangan koperasi kerana penubuhannya boleh memberi kesan besar kepada pembangunan komuniti masjid dan setempat. ANGKASA membantu JAKIM dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk terus mempergiat usaha bagi meningkat dan memantapkan lagi fungsi dan peranan KKM menerusi penganjuran seminar, bengkel dan kursus berkaitan sebagai pendedahan tambahan kepada anggota KKM.

Seminar Pemerkasaan Dan Pemantapan Institusi Koperasi Kariah Masjid Negeri Selangor 2018 anjuran Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor telah diadakan pada 17 Oktober 2018 bertempat di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya. Program tersebut berjaya mengumpulkan seramai 64 peserta yang terdiri daripada barisan kepimpinan 24 KKM sekitar negeri Selangor termasuk 4 buah surau/masjid yang masih dalam peringkat perancangan penubuhan koperasi. Pembentangan kertas kerja seminar berkenaan telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit Kariah JAIS, Ustaz Mohd Khair Zainal bertajuk “Panduan Melaksanakan Aktiviti

30 PELANCAR Disember 2018

30 PELANCAR Disember 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease