» Penolong Pengarah Unit Kariah JAIS, Ustaz Mohd Khair Zainal menyampaikan kertas kerja bertajuk:” “Panduan Melaksanakan Aktiviti Koperasi Di Masjid Negeri Selangor”.
» Peserta yang mengikuti seminar.
» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (hadapan lima dari kanan) dan Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah (enam dari kanan) bergambar bersama Timbalan Pengarah SKM Selangor, Encik Jaafar Ahmad.
Koperasi Di Masjid Negeri Selangor”, berkisar mengenai pendedahan ilmu ke arah meningkatkan pengetahuan mengenai fungsi dan peranan masjid/surau sebagai pusat pembangunan masyarakat dan pemuafakatan pelbagai pihak. Pemupukan pengimarahan masjid merupakan satu aspek utama dalam pembentukan masyarakat cemerlang dan usaha ini mendorong KKM sebagai platform terbaik menyediakan satu kaedah merangka agenda masjid ke arah menjadikannya institusi komuniti berkesan.
Melalui seminar ini juga, peserta berpeluang meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam aspek pengurusan masjid/ surau menerusi sesi dialog oleh Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan Dan Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki Ismail dan Penolong Pengarah Unit Kariah JAIS, Ustaz Mohd Khair Zainal. Seminar dirasmikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa. Turut hadir ialah Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah dan Timbalan Pengarah SKM Selangor, Encik Jaafar Ahmad.
Disember 2018 PELANCAR
Disember 2018 PELANCAR
31
31
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease