Wadah PELANCAR Edisi Disember 2018

Perak

PENAMPILAN DIRI Pengaruhi Keyakinan Pelanggan

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Bengkel Anggun Jelita – ‘Kecantikan dan Penampilan Diri’ anjuran ANGKASA Negeri Perak dengan kerjasama Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA berjaya mencapai matlamat penganjurannya apabila menerima sambutan lebih seratus koperator wanita yang mewakili 41 buah koperasi seluruh negeri Perak.

HAJI MOHD ROSLI HAJI BASRI Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak

» Taklimat ‘Penampilan dan Etika Berpakaian’yang disampaikan oleh Dr. Afkar Md Noraini.

Bengkel selama sehari yang berlangsung di Hotel Taiping Perdana itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri. Beliau mewakili Presiden ANGKASA, Dato’Abdul Fattah Abdullah. Program tersebut juga turut dihadiri Timbalan Pengerusi JPAN Perak, Haji Anjang Ab. Rahman Mat, Setiausaha JPAN

Perak, Encik Ujis Mat Zahid dan barisan Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak yang lain. Dalam ucapan perasmiannya, Haji Rosli berkata, budaya positif terhadap amalan kecantikan dan penampilan diri dalam kalangan individu telah banyak membantu merangsang pertumbuhan perniagaan kosmetik yang berupaya menyumbang kepada pendapatan negara.

34 PELANCAR Disember 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease