“Mengikut statistik, kosmetik merupakan antara lima eksport utama Malaysia bagi industri gaya hidup dengan nilai RM1.23 bilion pada tahun 2016 manakala nilai eksport keseluruhan sejak tahun 2011 adalah sebanyak RM12 bilion,” katanya. Menurut beliau, senario pasaran global kosmetik pada masa kini semakin terbuka dan permintaan terhadap produk kosmetik halal menjadi antara tarikan utama di pasaran. Namun begitu, penggunaan produk yang halal, selamat dan tidak memudaratkan kesihatan perlu diberi penekanan oleh pengguna selain dapat membantu menjana perniagaan melalui aktiviti ekonomi yang dijalankan. Selain berkongsi pelbagai
» Pengerusi JPAN Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri berucap merasmikan bengkel.
informasi seperti taklimat ‘Asas Solekan Wajah’ dan ‘Alat Solek: Cantik atau Mudarat’, peserta turut disajikan dengan sebuah taklimat khas bertajuk ‘Penampilan dan Etika Berpakaian’ yang disampaikan oleh Dr. Afkar Md Noraini daripada Raudhah Marketing. Menerusi taklimat yang disampaikan, Dr. Afkar memberi penekanan kepada beberapa aspek dalam penampilan menerusi segmen ‘Reputasi dan Kreadibiliti Seorang Wanita’ seperti asas penampilan diri, rahsia penampilan diri terbaik dan teknik penyampaian yang lebih efektif dan berkesan. Beliau juga turut berkongsi panduan tentang contoh pakaian yang sesuai bagi wanita korporat berdasarkan tempat dan suasana . Peserta juga turut diberi taklimat mengenai ‘Ruang dan Peluang Perniagaan Melalui Jaringan Coop SPA’ yang disampaikan oleh Pengurus Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA, Encik Jamar Mat Ali.
» Antara pempamer koperasi yang mengambil bahagian.
» Sebahagian daripada 106 peserta yang hadir.
Disember 2018 PELANCAR
35
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease