» Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tengah) dan Haji Mohd. Zahidi Husain (kanan) di Seminar Modal Insan untuk Pengetua- Pengetua Negeri Pahang.
» Mesyuarat Agung Koperasi Pengetua MPSM Pahang Berhad.
» Sebahagian para peserta yang hadir.
» Salah seorang peserta mengajukan soalan.
Justeru, bagi memastikan sasaran tersebut tercapai, modal yang besar diperlukan untuk gerakan koperasi, dalam meningkatkan produk keluarannya di pasaran peringkat antarabangsa pula. Tambahnya lagi, sektor koperasi perlu terus diperkasa bagi mencapai sasaran perolehan sebanyak RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Lapan Peneraju Sektor yang sedia ada, berpotensi dimajukan melalui koperasi. Sementara itu, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, koperasi sekolah negara sentiasa menjadi tumpuan dan kunjungan koperator luar negara, di samping berminat untuk mempelajari kehebatan koperasi sekolah negara dan cara ANGKASA membangunkan modal insan. Keuntungan daripada jualan di kedai koperasi, dipulangkan semula kepada anggota dalam bentuk kemudahan di asrama dan sekolah. Kegiatan berkoperasi di sekolah adalah berbeza dengan koperasi dewasa kerana ia lebih kepada mendidik pelajar terhadap ilmu keusahawanan. Terdahulu, Yang Dipertua MPSM, Encik Mohd Ariffin Abd Rahman berkata, seminar dan perjumpaan tersebut dapat mengukuhkan lagi profesionalisme dan prestij tinggi para
Pengetua. Katanya, Pengetua yang cemerlang mampu menjadi pemangkin dalam melahirkan pelajar yang berkualiti. Seminar selama dua hari itu dipenuhi dengan agenda taklimat program, pembentangan tajuk, “Transformasi & Motivasi Jati Diri Koperasi dan Projek Pemborongan dan Peruncitan Koperasi”. Peserta seminar juga turut berkongsi ilmu dengan Pengetua SMK Seberang Temerloh, Sekolah Sukan Negeri Pahang, Encik Ridhuan Mahussin; Pengetua SMA Kota Gelangi 3, Jerantut, Pahang, Mohd Mustafa Saaban dan Pengetua SMA Al Hasanah, Wan Jamaludin Wan Bidin. Kertas kerja lain yang dibincangkan juga turut melibatkan tajuk seperti Kepimpinan Pengetua Memacu Kecemerlangan Pendidikan Negara, Memperkasakan Integriti Koperasi dan Cabaran Membina Generasi Berprestasi Tinggi. Pada hari ketiga seminar, peserta menghadiri Mesyuarat Agung MPSM Pahang, Mesyuarat Agung Koperasi Pengetua MPSM Pahang Berhad serta sesi khas bersama Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Pahang. Turut hadir dalam seminar tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang Zon 1, Haji Mohd Zahidi Haji Husain.
Disember 2018 PELANCAR
37
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease