Encik Jounis Goliung Timbalan Pengerusi KOKTAS
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh melawat Muzium Taman-Taman Sabah dan aset-aset yang diuruskan oleh KOKTAS sambil diberi penerangan oleh Timbalan Pengerusi KOKTAS, Encik Jounis Goliung dan Ahli Lembaga Koperasi KOKTAS, Encik Daikin Anam.
Beliau berkata demikian sewaktu menjayakan program lawatan kerja ANGKASA ke KOKTAS. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh; Timbalan Pengerusi KOKTAS, Encik Jounis Goliung dan Anggota Lembaga Koperasi KOKTAS, Encik Daikin Anam. KOKTAS didaftarkan pada tahun 1993 dan anggotanya terdiri daripada kakitangan Taman-Taman Sabah dan pekerja koperasi seramai 556 orang dengan syer sebanyak RM124,539.50. KOKTAS mempunyai pelbagai aktiviti perniagaan termasuklah pakej pelancongan, restoran, kedai cenderamata, pusat sukan air, pemborongan alat-alat tulis dan barangan runcit, penginapan, pengangkutan dan sewaan bangunan yang diuruskan oleh 110 orang pekerja dan meliputi tiga tempat iaitu Taman Tunku Abdul Rahman dan Asia City Kota Kinabalu, Taman Kinabalu, Ranau dan Poring Hot Spring serta Taman Bukit Tawau. Menurut Encik Jounis Goliung, beliau berbesar hati dengan cadangan yang diutarakan oleh Dato’ Abdul Fattah dan akan berusaha mengkaji semula strategi perniagaan KOKTAS bagi meningkatkan pendapatan untuk aktiviti sedia ada. Menurutnya, KOKTAS juga akan menambah aktiviti perniagaan lain di luar kawasan Taman-Taman Sabah pada masa akan datang. Beliau juga dalam masa sama akan memantapkan lagi sistem pengurusan koperasi dan meningkatkan keupayaan anggota koperasi agar KOKTAS menjadi koperasi pelancongan terunggul di Sabah satu hari nanti.
» Bergambar di hadapan Koperasi Kakitangan Taman-Taman Sabah Berhad..
» Bergambar di Coop Koperasi Kakitangan Taman-Taman Sabah Berhad.
Disember 2018 PELANCAR
39
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease